July 29, 2011

Ramadhan yang Bakal Menjelang

Assalammualaikummm.....

Dahh tak lama jer lagi bulan ramadhan bakal menjelang. Preparation korang menjelang ramadhan tu sendiri macam mana?

Mesti dalam kepala dok fikir, bukak puasa aku nak makan ape yer? Destinasi bukak puasa aku pulak kat mana.. Pastu dah habis puasa nak shopping baju raya kat mana.. Haaaaaaaaaa..

Dah salah dah niat korang nie.. Puasa tu kan antara cara untuk kita lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta.. Jadi tak salah pentingkan dulu pahala-pahala puasa dari makanan apa yang korang nak search kat bazar ramadhan. Dan jangan lupa juga, bulan ramadhan ni bulan rezeki.

Berusahalah sebaik mungkin. Mana tahu rezeki korang akan melimpah ruah bulan puasa nie. Maz tak nak cakap banyak pun sebenarnya.. Sebab maz rase ANWAR HADI leyh sampaikan banyak melalui video dia yang nie.. lebih kurang jer apa yang maz nak sampaikan..






Selamat Menonton dan selamat beramal!! hehehe.. selamat menyambut ramadhan.. 

Black Swan Edition

Assalammualaikum.. hari ni update dengan kepantasan pelari pecut di balapan..

Sebenarnye maz geram dengan hencik........... tak payah maz nyatakan namanya di sini. Cuma maz terkilan sikitlah dengan dia kan. Sebab apa dan mengapa, biar maz dan ALLAH jer yang tahu...

Jyeaaahhh!! Maz cuma nak publish gambar nie jer.. Maz buat ni time bosan-bosan. N kejap jer maz buat. Maz tak pakai foundation pun.. Cuma pakai bedak... pastu jadi gini ------



Mekap ni inspire dari Black Swan lakonan Natalie Portman dalam Black Swan.. Dan michelle phan pun ade buat tutorial untuk nie. Tapi maz tak follow 100 percent apa yang michelle buat sebab dah tak ingat step cuma ingat lakaran jer. So, main conteng2 jerlah part mata tu..

Kalau korang tiba-tiba rase macam blur semacam apa bende maz cakap nie, juz search keyword BLACK SWAN jer kat google or yahoo. Konfirm jumpa. Last but not least... bubyeeee!!



P/s: tengok flat 3a kat astro first. Sampai sekarang rase nak muntah. Flat tu buruk sangat!!

July 28, 2011

Kerja Separuh Hari

Assalammualaikum...

Hari rabu bersamaan 27 Julai 2011 telah menyaksikan maz, telah berjaya membangunkan diri seawal 6.20 pagi untuk pergi bekerja. Macam biasa, perangai sehari sebelum pergi kerja tempat baru terjadi. TAK LEYH TIDO. Pusing kiri salah, pusing kanan salah. Maz ade satu masalah, bila terlalu fikirkan sangat sesuatu perkara atau perkara tu maz tak pernah buat, memang otak ni penuh dengan persoalan dan akan menganggu tidur maz secara tak langsung.

Okeyh! Fullstop untuk mukadimah. Seperti yang korang maklum, maz baru jer menamatkan DIPLOMA dan belom berhasrat lagi nak menyambung IJAZAH. Bukan tak mahu sambung. Tapi cuma tangguh jer.

So dalam masa-masa yang terluang nie, maz pun mencari keje.. Habis satu jobstreet tu maz selongkar, nak cari keje yang berminat. Company memilih.. Yerlah. Asal puas hati kan. Tapi satu jer pasal kerja kat malaysia nie, SEMUA PUN NAK EXPERIENCE @ PENGALAMAN.

Memang sakitlah sikit kat budak-budak fresh graduate. Tapi kalau tak cuba, kita takkan tahu kan? Dalam dok cuba-cuba hantar resume tu, ade pulak tersangkut satu job nie. Tempat kerja dekat-dekat dengan HOTEL SRI PETALING.

Maz dipanggil interview hari isnin minggu nie jugak. Diterima.. Tapi untuk pengetahuan semua, maz pergi interview untuk position RECEPTIONIST, tapi ditawarkan position TELE MARKETING... hari rabu masuk kerja.. Waaaahhhh!! Cam semangat terlebihlah kan..

--------------Menjelang hari masuk kerja----------------

Pergi kerja pukul 7pagi sedangkan masuk pejabat pukul 8.30 pagi. Nak kejar bus dan tren. Takut lambat terutama sekali bas. Sampai pejabat pukul 8 pagi. Bosan nak tunggu lagi setengah jam, pergi beli surat khabar metro dulu.. Baca, baca dan baca.. Datang sorang chinese gurl bukak pintu pejabat..

Masuk-masuk disuruh duduk dekat meja receptionist. Penerangan serba sedikit pasal company, kat situ environment semua orang cina dan maz sorang jer melayu! Surau kecik pun tak der. Nak solat kene pergi hotel sri petaling. Maz buat tele marketing, target maz untuk dapatkan 50-100 calls kepada client-client baru yang berminat nak buat web design untuk company. Giler lah!! Satu hari nak buat call banyak tu????!!!

First day, punyerlah berjam duduk kat meja receptionist.. tau tak baper kol jer maz buat? 1 jer! itu pun selang waktu sejam. Punyerlah seriau gila nak call orang padahal before diz kalau urusan-urusan formal memang maz yang banyak deal dengan orang. Tapi tadi tak tau kenapa tak boleh buat.

Yang membuatkan maz rase lagi tak senang duduk cam cacing kepanasan, environment yang terlalu asing. Tak der orang melayu untuk diajak borak. Semua pun cina.. Pastu kerja.....kerja jer! Nak menyampuk, tak paham apa yang diorang cakap. So diam jerlah lagi banyak dari bercakap.

Boleh mati kebosanan kalau maz stay sampai pukul 6 petang. Sebab maz memang aktif bercakap. Tak boleh kalau tak bercakap. Disebabkan itu maz ambik keputusan, berhenti walaupun dah kerja separuh hari. Nasib baik boleh berhenti dan nasib baik jugak maz tak tandatangan lagi offer letter dari company tu.

Kemas-kemas barang, keluar office sambil turun tangga dengan perasaan gembira tak terkata. Semua orang maz nak kol cakap dah berhenti kerja.. Hehehe.. Tapi betullah kan. Kalau nak kerja, first thing first kite kene seronok dan happy dengan tempat kerja dan kerja yang kita buat. Baru boleh bertahan lama.

So, janganlah jadi macam maz yer. Tak salah mencuba untuk 1 hari penuh.. Tapi kalau tak mo kerja, blah dengan cara baik dan ingat, jangan tandatangan sebarang surat atau pun contract keyh!!


Fightingggg!!!! Hehehehe


July 26, 2011

Photoshoot Go with the Rock Theme

Assalammualaikum n salam sejahtera bagi yang bukan muslim..

Hari ni maz nak update pasal photoshoot yang baru-baru nie maz pegi. Maz jarang sket update pasal photoshoot coz kebanyakkan gambar dah upload kat facebook kan. Tapi dalam banyak-banyak photoshoot yang maz pergi, yang ni paling best.

Event berlangsung pada hari ahad, 24 Julai 2011.. Tempat event sekitar KL.. Kawasan bangunan lama kat jalan Raja Chulan dan kawasan grafiti kat Central Market.

Apa yang maz paling puas hati adalah pasal mekap dan tema photoshoot hari tu. Memang kene konsep yang ingin dibawa. Paling penting organizer tahu ape yang dia nak.. Bukan main taram jer. Itu memang best part lah..

Tema untuk photoshoot adalah ROCK.. So rock ni boleyh macam-macam. Depends pada baju-baju yang talent bawaklah. So kitaorang decide buat rock chic dan J-Rock.. Pasal mekap pulak, memang maz cakap tulah pertama kali maz cuba buat berlapis-lapis warna sampai maz sendiri puas hati dengan hasil yang maz dapat.

Antara contoh mekap-mekap yang maz dapat tunjuk adalah:

 Dalie Deluna


Suhaila

Gambar yang atas tu ambik waktu petang time dah nak balik. Maz selalu terlupa nak snap pic untuk simpanan sendiri bila mekap orang. Tu masalah maz.. So, bila teringat pun dah petang, warna kat mata talent pun dah tak berape vibrant.. Tapi yang gambar bawah diambil sejurus siap mekap.. Nampak macam sikit je warna kan? Tapi banyak tuuuu.. Ade dekat 5 color.

Maz tersangat puas hati. But tak derlah puas hati giler-giler.. Nak cuba banyak lagi gabungan color.. Big thanks dan two thumbs up untuk photographer yang sudi panggil maz untuk mekap. Idea beliau memang sangat fresh.. Dan tu jugak sebab kenapa saya suke artwork dan style dia..

Kalau nak add dia untuk sebarang keje photography, juz search kat facebook SLAM JAM BOND atau click jer kat nama tu. Tak terlupa jugak photographer lengchai for dat day.. Aiyaaaa.. Manyak hensem maaaa.. hehehehe.. Nanti maz letak link nama dia jugak.. Dah tutup facebook.. Alalala~~

Sampai situ jerlah. Nak tido dulu nie. Dah letih sangat badan hari nie.. Dan tak terlambat lagi untuk bagi tahu, maz dapat keje tau.. Alhamdulillah!!! Wish me luck. Maz masuk keje rabu nie.. Muahhhh333!! Gud nite everyone!

July 21, 2011

REVIEW PRODUK; BB CREAM

Assalammualaikum..

Disebabkan sekarang fenomena korea. Dimana-mana pun nak korea.. Aigooo!! [alamak!] Hahahahaha..

Semalam maz dok kecoh-kecoh lah kat facebook pasal rahsia kulit artis perempuan korea nie. Ayat maz memang kontroversi sketlah.. nak tau??

"Jeles dengan kulit flawless gadis-gadis korea especially pelakon-pelakon perempuan korea. Saya dah tahu rahsia kulit berminyak2 diorang tu. Senang jer... !!! :)"


Ini jer ayatnya.. Tapi feedback yang dapat memang memberangsangkan.. Semua pun nak tahu. Nampak sangat fenomena korea ni memang susah nak dikikis.





So maz nak review pasal produk BB CREAM. BB cream atau BLEMISH BALM asalnye digunakan untuk cover dan rawat kulit selepas pembedahan.. tapi sekarang telah dikomersilkan jadi antara produk foundation yang terhangat di pasaran. 

Tekstur memang ringan.. Tak menutup pori-pori. Kulit pun elok jer bernafas.. Senang kata produk ni memang baguslah.. Dan maz sendiri memang mencari lah BB cream dari korea nie. Tak sedar rupanye dah beli satu. hahaha.. *sah2 banyak sangat produk mekap!

Yang maz beli jenama MISSHA, light pink beige.. Teksturnya macam berminyak sikit.. lepas apply kat muka, muka rasa cam panas sket. Bukan tak sesuai yer.. Tapi mungkin kesan haba tangan dan kulit muka sebab apply pakai jari jer. Psssttt!! Pakai jari lebih bagus. Cepat menyerap dalam kulit.

Kemudian, juz ambik loose powder jer. Bila dah pakai bb cream nie, maz jadi malas nak guna compact. Coz compact ade foundation gak.. Nanti kulit nampak tebal. So nak rase ringan, pakailah loose..

Habis dahhhh.. Gmbar produk sila skroll sampai bawah:



















[ muka maz pakai bb cream missha]

July 19, 2011

Majalah Jepun Berbahasa Melayu??

Assalammualaikummm.. Moshi-moshi.. [tetiba tah jadi jopun lak nie..]

Haaaa...!!!! Pernah tak korang baca majalah JEPUN tapi dalam bahasa melayu??? Kalau yang dah pernah tu tak perlah. Ni yang tak pernah. Majalah tu pulak penuh dengan model-model kawaii dari negara matahari terbit tu. Memang comel!!! Tak terkata tau..

Pastu-pastu, baju-baju, fesyen-fesyen dan gaya diorang semua memang fresh dari JEPUN+KOREA sikit. hehehhehe. Konpem korang suke kan. Yerlah. Sejak K-POP wave melanda seluruh benua kot. Even Paris pun ada tayangan KBS WORLDS. Malaysia pun terkena tempiasnya sekali. Tapi tak derlah macam TSUNAMI...

Sekarang ni apa-apa pun nak KOREA... tak korea,  JEPUN.. tapi fenomeman J-POP macam dah kurang sikit berbanding fenomena KPOP nie..

Makin ke arah lain pulak ni.. Berbalik kepada majalah fesyen jepun tapi dalam bahasa melayu tu.. maz dah belek-belek.. Memang tak puas tengok fashion yang ada dalam tu sebab kalau boleyh nak cuba sendiri. Dan kebanyakkan baju memang tak susah nak cari kat sini. Korang pergi je jejak kaki kat TIMES SQUARE/ SUNGAI WANG, konpem bersepah baju gaya-gaya jepun dan korea nie.

Majalah tu pun bukan pasal baju jer. Ada jugak selitkan make over slot dan juga gaya rambut blogger terkenal.. Macam-macam ada dalam tu. Dari A sampai Z pasal fashion yang perempuan perlu tahu.

Tapi majalah nie satu jer problemnya.. Nak mencari kedai-kedai runcit memang tak jumpalah. Maz jumpa majalah ni pun kat ALAMANDA PUTRAJAYA. Adoissshhh!! Punyerlah jauh mencarik.

Kalau dah orang jepun yang mengalih bahasa, korang bayangkanlah sendiri kosa kata dan ayat-ayat dalam majalah tu.. Heheheheehe.. Memang TERBAIK!!!! Tapi tu tak penting. Yang penting kalau korang adalah mereka-mereka yang baru nak belajar berfashion tapi tak der rujukan terbaik, DO FIND THIS MAGAZINE QUICKLY!!! Mesti tak menyesal...

[SCAWAII bulan Julai 2011]

Shoutbox dah HILANG?????!!!

Salam semua.. saper perasan maz dah tak letak shoutbox chat kat sidebar??

Hohhooh. Bukan delete sebab nak berlagak sombong keyh. Berlagak macam otai blogger. Tidak, tidak dan tidak!!!

Maz delete sebab maz rasa tak mampu nak reply semua chat-chat tu. Kalau korang ikhlas, apa salahnya tinggalkan jejak kat komen box. Dengan cara tu maz boleh detect yang korang memang betol-betol membaca entry maz dan secara tak langsung membantu maz menjejak korang jugak.

Sebab maz tahu, sesetengah blogger yang tinggalkan komen kat chatbox tu bukannya baca pun entry maz. Lagi best, guna nama yang lain-lain tapi direct ke satu link blog. Maz dah detect banyak kali dah bende nie.

[maz tau tu korang] heheheh

So, konklusinye maz dah tak nak letak shoutbox chat tu.. Kalau korang rase nak maz jejak korang, komen lah seikhlas hati korang yer kat komen box maz.. Tengs.. Sekiannnnn...





Perlibahasa: seperti memecut laju kat highway tapi bayar tol kat laluan tunai

Hehehe.. tak der kaitan pun. sajer jer :)

July 18, 2011

Hatiku Milikmu Pujaan Hati

Memang sakit sangat hati nie biler dengar lirik lagu KANGEN BAND-PUJAAN HATI... Mula-mula macam tak faham sangat tau. Tapi makin lama, makin dekat sangat dengan situasi yang maz hadapi sekarang.

"mengapa kau tak membalas cintaku
Mengapa engkau abaikan rasaku
Ataukah mungkin hati mu membeku
hingga kau tak pernah pedulikan aku

cobalah mengerti kehadapku
dan cobalah fahami keinginanku
ku ingin engkau menjadi milikku
Lengkapi jalan cerita hidupku"

Maz memang dah lama sangat sukakan dia... Dari dulu lagi. Dari saat dia bersama-sama orang yang maz kenal sebagai junior maz kat sekolah. Saat tu maz lost contact dengan dia sebab tak nak kacau hubungan dia.. Apalah kelayakan maz untuk terus berada di sisi dia dan menganggu hubungan orang lain.

Tapi tak lama lepas tu maz dapat tahu dia dah tak der apa-apa dengan junior maz tu. Bukan maz masuk jarum yer. Tapi maz rasa tak salah kalau kawan balik dengan dia dan jadi he's best fren ever. Tapi betullah cakap orang, lelaki dan perempuan memang takkan pernah jadi kawan baik.

Maz mula sukakan dia balik. Maz ingat perasaan tu akan hilang bila maz dah lost contact dengan dia. Tapi bila sentiasa borak dengan dia, maz makin tak boleh lupakan perasaan tu..

"disisimu aku terdiam seribu bahsa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu"

Susahnye perasaan tak berbalaz ni. Dan baru nie, maz dengar dia dah ade orang lain... Maz tak harap secepat ni dia ada orang lain. Dan maz yakin apa yang dia pernah bagitahu maz yang dia takkan berkapel lagi. Tapiiiii....... kata-kata hanya tinggal kata-kata. Pandainya dia bermain kata.. Maz inginkan dia yang dulu. Dia yang sangat baik, manis dan bukan seperti sekarang walaupun maz bangga dia dapat ubah sifat pendiam dia tu.

Maz cuma dapat doakan dia bahagia. Mungkin kali ni maz akan hilangkan diri dari dia lagi. Tapi mampu ke maz buat macam tu? Maz tahu maz tak mampu...







Nera- hatiku milikmu

July 17, 2011

Ice Queen Look Tutorial Make Up

Assalammualaikummm.. Selamat Petang..

Wah. Sikit punyer lama nak tunggu pic-pic ni upload. Biasalah kan.. Broadband dah mintak tambah quota. Duit tuuuuhhhh!

Nak sambong pasal tutorial. Hari ni tutorial ICEQUEEN LOOK MAKE UP. Maz sajer-sajer jer try mekap ni sebab kebetulan rase nak cuba mekap yang lain sket. Tapi still tak leyh lawan PROJECT X BY ANNAS EASKEY punyer mekap lah yang MUA nye IAN SHAM tuu. :) terbaik dari ladang wokkk!

Mekap ni inspiration dari movie NARNIA.. tapi maz ubah sket. Kalau tengok mekap QUEEN NARNIA tu, kulit dia memang pucat dan putih sangat. Mekap yang ni cuma part mata maz guna warna-warna sejuk.. and confirm kalau korang tengok gambar-gambar tutorial pun, korang akan terase SEJUK gak! Apekah?


ICE QUEEN MAKE UP TUTORIAL


1. Sapukan warna putih highlight di tulang kening dan bahagian eyelid juga.





2. Ambik warna biru air laut dan sapukan di soket mata. Buat seperti
 huruf  U terbalik.


3. Ambik pulak warna biru muda dan sapukan di bahagian yang kosong tadi.




4. Untuk bahagian kening pulak, ambik warna biru samar dan sapukan hingga ke tulang kening
[seperti dalam gambar]. Jangan lupa sapukan juga di hujung tearduct. 

 [dun forget to blend the color. Dan tambah mana yang patot keyh]





5. Sapukan warna biru samar yang sama di bahagian bawah mata. Sapu tebal n besar sedikit untuk bagi 
ilusi mata besar.




6. Jangan pakai eyeliner hitam!! Sebab ini akan mencacatkan ice queen look. 
Sebaliknye ambik eyeliner matelik nie, dan sapukan macam biasa. Macam pakai eyeliner hitam gak.
Untuk garis mata bawah, ambik celak putih dan sapukan di bahagian tersebot. Jangan biarkan kosong keyh!





7. Pakai bulu mata palsu. Sila abaikan bulu mata yang nampak cam nak tercabut tu yer.. hehehe




8. Bulu mata bawah jugak ye..[sorilah.. baru belajar pakai bulu mata bawah. agak tak berape 
nak jadi sangat. Sori!]




9. Untuk bibir, maz tak pakai lipstick nude. Maz gunakan concealer untuk hasilkan nude looks.
Memang superb hasilnye. Juz sapukan concealer satu titik atas n bawah kemudian blend.
Last sekali pakai lipgloss... 




10. Untuk nampak lebih ala-ala ice queen kan, maz lukis snow flakes kat bahagian pipi..
Juz guna pencil celak putih, dan lukis bentuk snow flakes tu. Siapppp!!!


Meyh tengok FINISHING LOOK!!!!






Cubalah buat sendiri keyh.. Senang jer kan?? heheheh.. Gud Luck!!




July 11, 2011

CELCOM nak bagi 25 pass percuma ke MTV WORLD STAGE???!!

Selamat Pagi semuaaaaa... sejuk jer kan pagi-pagi nie.. Badan pun dah tak letih cam semalam. Otak pun dah fresh.. So meyh kite tengok apa bende yang best pagi-pagi nie.

Tadi sajerlah dok jalan-jalan kat nuffnang kesayangan tu kan. *kenelah bodek-bodek sekarang. Nak dapat duit cam cik YUYU ZULAIKHA  tu haaaa.. Niat dah tak ikhlas dah.. teeetttt!! Lepas tu.. lepas tu jumpelah benda ni kat home page nuffnang.. Baru perasan yang CELCOM dah jadi antara salah satu EVANGELIST PROGRAM kat nuffnang.. Korang tak tau ke ape EVANGELIST tu?? Meyh check link: EVANGELIST PROGRAM REFRESHER "ekceli maz pun baru tau!! Hik....Hik.. Hik.. "


Selain dari DiGi yang telah lama menjadi  EVANGELIST, CELCOM juga mula mengorak langkahnya. So, apa yang best bile CELCOM dah jadi EVANGELIST nie?? Diorang akan bagitau pasal product yang diorang baru keluarkan, events, promosi gempak-gempak dan macam-macam lagi. Then cepat-cepatlah listkan CELCOM dalam EVANGELIST korang so diorang tau korang pun antara XPAX ANGEL!!

And tak terlupa jugak, MTV STAGE is coming to the worldddddd guys!! CELCOM sangat berbesar hati untuk memberi 25 pairs [bukan 25 keping yer, tapi 25 pasang!] pass masuk ke MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA yang akan berlangsung di I-CITY Shah Alam pada 24 Julai 2011. Ada rockers popular Thirty Second To Mars dan Malaysian band jugak, Pop Shuvit.

Apa yang korang kene buat ialah buat entry selama 30saat untuk bagitau diorang [nuffnang advertiser] lagu 30Second To Mars ataupun Pop Shuvit mana yang korang akan nyanyi kat diorang untuk yakinkan diorang yang korang ni LAYAK dapat pass masuk ke MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA. Tapi before tu jangan lupa sign up sebagai Xpax Evangelist kat nuffnang dashboard yer. Baru korang boleyh buat entry tu.

Lepas tu bagitau readers korang gak yang korang adalah salah sorang Xpax Angel Community dan jangan lupa letakkan ini sekali di blog korang : http://xpax.nuffnang.com.my

Last sekali biler korang dah siapkan entry korang yang yang 30 saat tu, korang kene post link entry ke: http://xpax.nuffnang.com.my/2011/06/welcome-to-the-xpax-evangelist-program/ untuk diorang memilih dengan sebaik-baiknya saper yang BETOL-BETOL LAYAK ke MTV WORLD STAGE!!!

That’s it! The 25 best written entries will win a pair of passes each to MTV World Stage 2011. Hurry already, the deadline for the contest is 11.59pm, 10 July 2011. And remember, it’s ONLY open to Xpax Angels so start evangelising from your Nuffnang dashboard now! [ni dah ayat orang pemalas coz copy jer..]


So hurry up!!! Hehehe


Credit to Nuffnang..



July 10, 2011

SUMMER SUNSET EYES LOOK TUTORIAL

Assalammualaikummm... Rasenye macam lama sangat tak update tutorial.. Macam biasa lah.. Setiap kali mukadimah mana-mana entry pun, bende yang same jer asyik ulang tayang cakap.. Rasenye korang pun dah bosan kot.. hehehehe.. Tak per-tak per.. Kejap lagi ade pengubatnya.

Kebelakangan ni ramai yang mengaku kat facebook maz, yang diorang pengikut tutorial maz di blog. Ini telah membuatkan maz rase sedikit terharu+malu-malu tahap kucing mengiau comel.... Ehek! Yer! Haruslah mengaku memang malu biler orang baca jugak blog yang tak seberapa nie. Alhamdulillah.. Kalau ada yang suke, maz apakan lagi.

Untuk menceriakan hari yang sedikit mendung dan cam gloomy jer nie kan, meyh kite nyanyi lagu Tanya Sama Pokok.. eyh!! Meyh kita usha tutorial yang maz nk buat nie. Insya Allah tau, tutorial video akan menyusul lepas nie. Tunggu nak edit dan tunggu STREAMIX line masok umah jer nie.


SUMMER SUNSET EYES TUTORIAL

Mekap ni menggabungkan warna-warna panas macam kuning, oren, merah dan juga ungu dalam satu paduan warna untuk menghasilkan summer sunset look. Kalau nak tau, meyh tengok gambar-gambar tutorial.


1. Letak warna kuning yang melambangkan warna matahari di waktu pagi [cewahhh!!] di hujung sudut mata ke tengah sedikit jer.. Kalau boleyh jangan kuning yang matte yer.. Nak kuning shining gini. 



2. Letak juga warna kuning di bahagian hujung sudut bawah mata. 



3. Ambik warna oren shining yang melambangkan warna matahari tenggelam, dan letakkan sebelah warna kuning tadi. Sedikit jer. Tak perlu tarik warna oren sampai ke sudut luar mata.



4. Kemudian ambik pulak warna merah yang melambangkan api dan letakkan di hujung sudut mata yang kosong tu. Buat sedikit bentuk U terbalik tapi tak payah tarik panjang sangat. Macam gambar kat bawah nie:

(rujukan gambar nombor 4)



5. Ambik pula warna ungu untuk digabungkan dengan warna merah api tadi. Letak sedikit jer di sudut hujung mata.



6. Jangan lupa sapukan juga warna ungu di bahagian bawah mata macam dalam gambar.




7. Ambik eyeliner dan sapu nipis-nipis jer di garisan atas bulu mata. Jangan buat eyeliner tebal coz tak sesuai dengan keseluruhan mekap sunset look nie.  Untuk mata bawah, maz guna celak pensil warna hitam sebab celak pensil warna biru tak der.. Tapi jangan lukis tebal-tebal jugak.

8. Akhir sekali, untuk bibir, sapukan warna nude untuk mengimbangi solekan warna-warna garang di mata.. Finishing Look!









SIAPPP!! Senang tak tutorial kali nie?? Abaikan gmbar yang last tu.. Tu gambar menggedik jer tu.. Hehehehehe.. So korang... Ape lagi? Cuba tau.. Jangan tak cuba.. Muaaaaaahhhh!!!!

July 3, 2011

LAGI BEST... OOOOOOOO!!!

Assalammualaikummmmmmmm!!! yellow hellow semua.. Hehehehehe

Apekah yang terjadi pada maz nie?? Mungkin terlebih excited dengannnnnnnnnn...

Meyh-meyh korang.. Kita SCROLL SAMPAI BAWAHHHHH!!


<<

<<<


<<<<



<<<<<



<<<<<




<<<<<





<<<<<























SCROLL JERLAH.. HEHEHE














MYVI ELEGANCE [PURPLE COLOR]

Maz memang tengah gila dengan MYVI PERODUA yang baru nie.. Dahlah warna favorite pulak tu.. Nasib baik dulu time MYVI pink kuar, maz tak paksa-paksa ayah beli. Sebab MYVI ELEGANCE ni sangat elegant dari myvi lama tu..

Spesifikasi paling best mestilah sebab ade GPS build in. Wuishhhhhh!! Boleyh mimpi ngeri weyh tiap malam fikir kereta nie.. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lah kan, korang TERJAH jer!! Sebab maz dah tak sanggup nak citer kat korang betapa kegilaan maz melampau-lampau tahap LANGIT KE TUJUH dah tengok kereta ni. Tinggal tak tengok kereta ni meluncur atas jalan jer. 

Kalau dah ade atas jalanlah, boleh pengsan kat situ jugak weyh. Doakanlah maz cepat dapat kerja so dat maz boleyh grab kereta kegilaan ramai ni cepat-cepat..


Tata... titi... tutuuuuuuuuuu


P/s: Dah tengok iklan MYVI baru kat tv?? LAGI BESSSSTTTTTTT!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...