July 28, 2011

Kerja Separuh Hari

Assalammualaikum...

Hari rabu bersamaan 27 Julai 2011 telah menyaksikan maz, telah berjaya membangunkan diri seawal 6.20 pagi untuk pergi bekerja. Macam biasa, perangai sehari sebelum pergi kerja tempat baru terjadi. TAK LEYH TIDO. Pusing kiri salah, pusing kanan salah. Maz ade satu masalah, bila terlalu fikirkan sangat sesuatu perkara atau perkara tu maz tak pernah buat, memang otak ni penuh dengan persoalan dan akan menganggu tidur maz secara tak langsung.

Okeyh! Fullstop untuk mukadimah. Seperti yang korang maklum, maz baru jer menamatkan DIPLOMA dan belom berhasrat lagi nak menyambung IJAZAH. Bukan tak mahu sambung. Tapi cuma tangguh jer.

So dalam masa-masa yang terluang nie, maz pun mencari keje.. Habis satu jobstreet tu maz selongkar, nak cari keje yang berminat. Company memilih.. Yerlah. Asal puas hati kan. Tapi satu jer pasal kerja kat malaysia nie, SEMUA PUN NAK EXPERIENCE @ PENGALAMAN.

Memang sakitlah sikit kat budak-budak fresh graduate. Tapi kalau tak cuba, kita takkan tahu kan? Dalam dok cuba-cuba hantar resume tu, ade pulak tersangkut satu job nie. Tempat kerja dekat-dekat dengan HOTEL SRI PETALING.

Maz dipanggil interview hari isnin minggu nie jugak. Diterima.. Tapi untuk pengetahuan semua, maz pergi interview untuk position RECEPTIONIST, tapi ditawarkan position TELE MARKETING... hari rabu masuk kerja.. Waaaahhhh!! Cam semangat terlebihlah kan..

--------------Menjelang hari masuk kerja----------------

Pergi kerja pukul 7pagi sedangkan masuk pejabat pukul 8.30 pagi. Nak kejar bus dan tren. Takut lambat terutama sekali bas. Sampai pejabat pukul 8 pagi. Bosan nak tunggu lagi setengah jam, pergi beli surat khabar metro dulu.. Baca, baca dan baca.. Datang sorang chinese gurl bukak pintu pejabat..

Masuk-masuk disuruh duduk dekat meja receptionist. Penerangan serba sedikit pasal company, kat situ environment semua orang cina dan maz sorang jer melayu! Surau kecik pun tak der. Nak solat kene pergi hotel sri petaling. Maz buat tele marketing, target maz untuk dapatkan 50-100 calls kepada client-client baru yang berminat nak buat web design untuk company. Giler lah!! Satu hari nak buat call banyak tu????!!!

First day, punyerlah berjam duduk kat meja receptionist.. tau tak baper kol jer maz buat? 1 jer! itu pun selang waktu sejam. Punyerlah seriau gila nak call orang padahal before diz kalau urusan-urusan formal memang maz yang banyak deal dengan orang. Tapi tadi tak tau kenapa tak boleh buat.

Yang membuatkan maz rase lagi tak senang duduk cam cacing kepanasan, environment yang terlalu asing. Tak der orang melayu untuk diajak borak. Semua pun cina.. Pastu kerja.....kerja jer! Nak menyampuk, tak paham apa yang diorang cakap. So diam jerlah lagi banyak dari bercakap.

Boleh mati kebosanan kalau maz stay sampai pukul 6 petang. Sebab maz memang aktif bercakap. Tak boleh kalau tak bercakap. Disebabkan itu maz ambik keputusan, berhenti walaupun dah kerja separuh hari. Nasib baik boleh berhenti dan nasib baik jugak maz tak tandatangan lagi offer letter dari company tu.

Kemas-kemas barang, keluar office sambil turun tangga dengan perasaan gembira tak terkata. Semua orang maz nak kol cakap dah berhenti kerja.. Hehehe.. Tapi betullah kan. Kalau nak kerja, first thing first kite kene seronok dan happy dengan tempat kerja dan kerja yang kita buat. Baru boleh bertahan lama.

So, janganlah jadi macam maz yer. Tak salah mencuba untuk 1 hari penuh.. Tapi kalau tak mo kerja, blah dengan cara baik dan ingat, jangan tandatangan sebarang surat atau pun contract keyh!!


Fightingggg!!!! Hehehehe


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...