Haaaa...!!!! Pernah tak korang baca majalah JEPUN tapi dalam bahasa melayu??? Kalau yang dah pernah tu tak perlah. Ni yang tak pernah. Majalah tu pulak penuh dengan model-model kawaii dari negara matahari terbit tu. Memang comel!!! Tak terkata tau..
Pastu-pastu, baju-baju, fesyen-fesyen dan gaya diorang semua memang fresh dari JEPUN+KOREA sikit. hehehhehe. Konpem korang suke kan. Yerlah. Sejak K-POP wave melanda seluruh benua kot. Even Paris pun ada tayangan KBS WORLDS. Malaysia pun terkena tempiasnya sekali. Tapi tak derlah macam TSUNAMI...
Sekarang ni apa-apa pun nak KOREA... tak korea, JEPUN.. tapi fenomeman J-POP macam dah kurang sikit berbanding fenomena KPOP nie..
Makin ke arah lain pulak ni.. Berbalik kepada majalah fesyen jepun tapi dalam bahasa melayu tu.. maz dah belek-belek.. Memang tak puas tengok fashion yang ada dalam tu sebab kalau boleyh nak cuba sendiri. Dan kebanyakkan baju memang tak susah nak cari kat sini. Korang pergi je jejak kaki kat TIMES SQUARE/ SUNGAI WANG, konpem bersepah baju gaya-gaya jepun dan korea nie.
Majalah tu pun bukan pasal baju jer. Ada jugak selitkan make over slot dan juga gaya rambut blogger terkenal.. Macam-macam ada dalam tu. Dari A sampai Z pasal fashion yang perempuan perlu tahu.
Tapi majalah nie satu jer problemnya.. Nak mencari kedai-kedai runcit memang tak jumpalah. Maz jumpa majalah ni pun kat ALAMANDA PUTRAJAYA. Adoissshhh!! Punyerlah jauh mencarik.
Kalau dah orang jepun yang mengalih bahasa, korang bayangkanlah sendiri kosa kata dan ayat-ayat dalam majalah tu.. Heheheheehe.. Memang TERBAIK!!!! Tapi tu tak penting. Yang penting kalau korang adalah mereka-mereka yang baru nak belajar berfashion tapi tak der rujukan terbaik, DO FIND THIS MAGAZINE QUICKLY!!! Mesti tak menyesal...
[SCAWAII bulan Julai 2011]
Tweet
2 comments:
mags ni ada kat sabah ke? susah la nak cari. hehe
@Amanda Sasha: tak sure lah ade kat sabah ke tak dear.. mmg susah nak cari sket.. akak pun cari smpai ke alamanda.. klu kat sabah ade kinokuniya, popular, mph ke.. msti ade majalah nie..hehehe
Post a Comment