July 10, 2011

SUMMER SUNSET EYES LOOK TUTORIAL

Assalammualaikummm... Rasenye macam lama sangat tak update tutorial.. Macam biasa lah.. Setiap kali mukadimah mana-mana entry pun, bende yang same jer asyik ulang tayang cakap.. Rasenye korang pun dah bosan kot.. hehehehe.. Tak per-tak per.. Kejap lagi ade pengubatnya.

Kebelakangan ni ramai yang mengaku kat facebook maz, yang diorang pengikut tutorial maz di blog. Ini telah membuatkan maz rase sedikit terharu+malu-malu tahap kucing mengiau comel.... Ehek! Yer! Haruslah mengaku memang malu biler orang baca jugak blog yang tak seberapa nie. Alhamdulillah.. Kalau ada yang suke, maz apakan lagi.

Untuk menceriakan hari yang sedikit mendung dan cam gloomy jer nie kan, meyh kite nyanyi lagu Tanya Sama Pokok.. eyh!! Meyh kita usha tutorial yang maz nk buat nie. Insya Allah tau, tutorial video akan menyusul lepas nie. Tunggu nak edit dan tunggu STREAMIX line masok umah jer nie.


SUMMER SUNSET EYES TUTORIAL

Mekap ni menggabungkan warna-warna panas macam kuning, oren, merah dan juga ungu dalam satu paduan warna untuk menghasilkan summer sunset look. Kalau nak tau, meyh tengok gambar-gambar tutorial.


1. Letak warna kuning yang melambangkan warna matahari di waktu pagi [cewahhh!!] di hujung sudut mata ke tengah sedikit jer.. Kalau boleyh jangan kuning yang matte yer.. Nak kuning shining gini. 



2. Letak juga warna kuning di bahagian hujung sudut bawah mata. 



3. Ambik warna oren shining yang melambangkan warna matahari tenggelam, dan letakkan sebelah warna kuning tadi. Sedikit jer. Tak perlu tarik warna oren sampai ke sudut luar mata.



4. Kemudian ambik pulak warna merah yang melambangkan api dan letakkan di hujung sudut mata yang kosong tu. Buat sedikit bentuk U terbalik tapi tak payah tarik panjang sangat. Macam gambar kat bawah nie:

(rujukan gambar nombor 4)



5. Ambik pula warna ungu untuk digabungkan dengan warna merah api tadi. Letak sedikit jer di sudut hujung mata.



6. Jangan lupa sapukan juga warna ungu di bahagian bawah mata macam dalam gambar.




7. Ambik eyeliner dan sapu nipis-nipis jer di garisan atas bulu mata. Jangan buat eyeliner tebal coz tak sesuai dengan keseluruhan mekap sunset look nie.  Untuk mata bawah, maz guna celak pensil warna hitam sebab celak pensil warna biru tak der.. Tapi jangan lukis tebal-tebal jugak.

8. Akhir sekali, untuk bibir, sapukan warna nude untuk mengimbangi solekan warna-warna garang di mata.. Finishing Look!









SIAPPP!! Senang tak tutorial kali nie?? Abaikan gmbar yang last tu.. Tu gambar menggedik jer tu.. Hehehehehe.. So korang... Ape lagi? Cuba tau.. Jangan tak cuba.. Muaaaaaahhhh!!!!

6 comments:

pink said...

Fehwitttt akk gojesss woo! :D

diana said...

keliru sekejap dengan letak komen blog ni..kat bawah ke kat atas eik???hheheh

Nurul Mazni said...

@pink: tengs dear.. trylah wat yer.. :)

Nurul Mazni said...

@diana: kat bawah dear.. naper yer? selalunye komen memang kat bawah entry kan.

Adzriel AB said...

mmg beranilah... kak liza suka

Sarah Naiema said...

Mekap nie nmpk lebih berani la..

ceria g2..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...