January 16, 2013

Resipi Makaroni Cheese Cik Maz



Assalammualaikummm...

Angkat tangan cepat-cepat saper kat sini suka makan? Dia suka makan apa-apa sahaja yang HALAL pastinya, tolak kayu dengan batu jer? 

Hehehe.. Bukan ape.. Maz nak kongsi resipi dengan semua nie.. 

Ini adalah resipi sendiri.. well, boleh kate sendirilah sebab maz try sendirian berhad sebab maz cuba nak dapatkan rase macaroni cheese macam yang maz pernah makan dulu. Dan tau tak, i did it!!! yeayyyy!

Meyh jamu mata duluuuuu :)




okeyh.. senang jer.. ini resipinye


1. macaroni (ape-ape brand pun boleh)
2. buttercup
3. sos tomato puri kimball
4. cendawan butang.. yang dalam tin punye pun boleh
5. hot dog ayam or daging
6. kepingan cheese.. korang boleh pakai chesdale atau pun kraft cheese
7. bawang cina, 4potong nipis (potong dadu)




cara-cara nak buat aka masak makaroni cheese..

1. lembutkan dulu makaroni.. letak garam sket dalam air.. bila dah lembut, toskan dan ketepikan

2. panaskan kuali, letak 2sudu besar buttercup... tumis bawang cina yang dipotong dadu

3.  masukkan 1sudu setengah (sudu besar) tomato puri.. kacauuuu...

4. masukkan lagi buttercup sampai rase masam tomato puri hilang.. sbb kalau boleh tak nak rase masam sangat.. tomato puri hanya nak bagi warna untuk masakan jer.

5. masukkan cheese, sekeping sekeping.. kalau masak makaroni dalam suku plastik, gunakan 3 keping cheese jer.. kalau lebih makaroni, pandai-pandailah tambah yer..

6. bila cheese dah cair, masukkan makaroni dah kacau sebati..

senang kan? nak buat makaroni cheese baked pun boleh.. bila korang dah masak, masukkan makaroni dalam bekas segi empat, pastu tabur cheese atas makaroni tu. masukkan dalam oven n bakar dlm 180c selama 5-10minit. Yummy! double cheese.. heheehe :)


itu jerlah.. nak pergi mandi n study.. bubyeeee :)

follow saya kat twitter n instagram: mazmiyuki

2 comments:

Unknown said...

Sedapnya !

boni kacak said...

lama tak makan makaroni ni..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...