October 11, 2011

Kesalahan-kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Wanita

Assalammualaikummm.. Selamat petang semua.. Hari ni maz nak kongsi beberapa kesalahan bila korang bermekap.. Biasanya perkara ni dipandang remeh sesetengah wanita ehemmm.. i mean gurls.. Tak kisah lah wanita bekerja, gadis-gadis atau mak gadis.. Yang penting mereka sukakan kecantikan..

Biasanya kesalahan ini sering dilakukan tanpa sedar.. Tapi dalam jangka masa panjang akan beri efek tak baik untuk kondisi kulit korang sekarang.. Mungkin sekarang korang boleyh kata:

"alah.. kulit i no problemslah.. Flawless lagi.. Kedut pun tarak"

Tapi selepas 2 ke 3 tahun berlalu, masih melakukan perkara sama.. Mungkin ayat ni pulak yang akan keluar:

" owh tidakkkkk!! What happen to my skin?? Wrinklesss.. Big pores.. eeerrrr!" [pengsan]

Haaaa.. Sebab tu maz nak bagitau korang, bukan sekadar nampak cantik jer.. Yang paling penting korang masih menjaga kondisi kulit korang sekarang.. Sebelum pakai mekap, ketika pakai mekap dan selepas.. Apa yang perlu dan jangan korang buat. The Do's and Don'ts in makeup!

gambar sekadar hiasan.. dari hencik google

SEBELUM MAKE UP:

1. Jangan lupa pakai moisturizer n toner.. Foundation korang mungkin tidak mengandungi moisturizer.. So pakai moisturizer macam biasa.. then baru apply foundation.. Ini untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2. Kalau tak nak pakai mosturizer, pastikan foundation korang ade SPF dan korang boleyh gantikan pelembap dengan air avian atau make up mist untuk beri kesegaran dan kelembapan pada kulit. Ini jugak membantu penyerapan foundation ke dalam kulit.

3. JANGAN skip 3 rutin asas penjagaan muka.. Membasuh, toner dan pelembappp.

KETIKA MEMAKAI MAKE UP:

1. Kesalahan: menggunakan jari telunjuk dan menekan-menekan permukaan eyelid dengan kuat adalah satu tindakan KURANG BIJAK. Kenapa?? Cuba lah buat dalam jangka masa yang panjang, pasti mata korang akan nampak tidak berapa anjal disebabkan aktiviti tersebut. Jari telunjuk korang mempunyai tekanan yang sedikit kuat berbanding jari manis atau jari sarung cincin.. Tekanan yang dikenakan pada eyelid boleh menghasilkan kedutan tidak matang [premature wrinkles]..

2. JANGAN tarik hujung mata dengan kuat sehingga kelihatan sepet bila memakai eyeliner.. Ini juga bakal menghasilkan prematures wrinkles.. Adalah baik korang cuma tarik dengan lembut sahaja atau tidak perlu menariknya.. Lukis mengikut bentuk garisan mata sahaja.. Dan latih tangan korang.

3. JANGAN tekan bahagian bawah mata dengan kasar. Bila memakain foundation, skip bahagian bawah mata.. Hanya pakaikan concealer disitu.. Dan kemudian dap tapi jangan terlalu kuat... Dan tutup dengan bedak.


SELEPAS MAKE UP:

1. Untuk memastikan mekap tahan lama, sediakan kertas penyerap minyak untuk menyerap minyak yang berlebihan.. Jika ingin memakai tisu untuk lap peluh, cuma tekan dan jangan tarik atau korang terpaksa bermekap balik. 

2. Akhiri pemakaian mekap dengan make up fix mist untuk mengekalkan mekap di muka..Dan supaya ia bertahan lama.

3. JANGAN pemalas bersihkan mekap dan bawa mekap sehingga tidor.. Penat mana pun, pastikan muka korang bersih dari sebarang mekap. Kulit korang kene bernafas jugak. Disebabkan itu selepas 8jam memakai mekap, bersihkan dengan make up remover yang bagus.. tapi kalau kocek kering, baby oil pun boleyh.. Tapi jangan sapu seluruh muka.. Hanya bahagian mata dan bibir sahaja. Apa-apa pun lebih baik gunakan make up remover sebab boleh membersih dengan lebih mendalam. 

4. Dan basuhlah muka korang seperti biasa.. Lebihkan amaun pembersih dan buatlah masker jika berkesempatan.

Haaaaa.. Itu jerlah yang maz nak kongsi.... agak panjang sedikit.. Tapi nilah kesalahan-kesalahan yang biasa korang buat.. Even maz pun buat jugak kadang-kadang. Sekadar peringatan.. Jangan nanti dah kene baru nak sibok-sibok cari penawar.. 

Bak kate orang putih, "prevention is better than cure".. Selamat Mencubaaaa!!







Dah baca tu rajin-rajinlah klik nuffnang yer.. Terima kasihhh

suke?? Kliklah LIKE. hehe

16 comments:

Paris Lipton said...

wahhh nice2

Peah Glemer said...

wahh nice info! :)

Cik Bambam said...

terima kasih cikguuu!!hehehe

kita x pakai toner n moisturizer pon..huhuh..

IFA Athirah said...

almk!tknik pkai eyeliner sy salah la pulak..hehe

Pendamba Mawar said...

betul tu, yang masa pkai tu,jari yang patut digunakan adalah jari manis, tekanan tak kuat sangat berbanding jari telunjuk,

shara bunga said...

tengs my dear :) i get it

BiQa HatmiN said...

ok faham :).hehehe

Zaza Zafran 귀여운 said...

nice tip dear,,
zaza mintak share yer

GincoMerahJambu said...

dear maz..tengs for singgah blog syie ni comment my tutorial tu..banyak yg syie belajar dari comment tu and tengs cz x kedekut ilmu..lepas ni syie akan buat yg lebih baik..tengsss sangat2...

Nurul Mazni said...

@Cik Bambam: lepas ni kenalah pakai yer... so dat kulit pun same2 terjaga.. :)

Nurul Mazni said...

@IFA Athirah: haaa.. ni msti biasa buat mata sepet tu kan?? hehe

Nurul Mazni said...

@Pendamba Mawar: betol2.. tpat sekalilah tu.

Nurul Mazni said...

@GincoMerahJambu: uhuk.. no biggie dear.. mane yg maz nmpak maz tegorlah.. lebih baik bertegor2 dari tak tegor langsung :)

Hunny Kitty said...

good info..n satu lagik petua nak make up tahan lama..cuci muka ngan air ais before make up! hehehehe

mOoN said...

nice info... thanks sharing dear... :)

:: Ika :: said...

salam dh follow bLog awk
nice bLog + bnyk infO yg leyh sye dpt =)
ade mse jnguk2 bLog sye ye
chentahati19.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...