December 9, 2011

Mentang-mentang Aku Pakai Biasa Jer, Ko Pandang Aku Sebelah Mata!

Assalammualaikummmmm

Amacam tajuk entry?? Bunyi lain macam yer? Baca sampai habis yer.. 

Entry ni mungkin sedikit khusus untuk golongan gadis dan juga wanita.. Errrrr.. Selama ni bukan entry kat blog ni banyak untuk kaum hawa je ker?? Mane adeeee!!!

Cuma-cuma.. Yerlah~ Kalau cerita pasal kedai-kedai mekap.. Konfirmlah kaum hawa yang lebih banyak jejakkan kaki mereka ke situ berbanding lelaki.. Kalau lelaki pun, mereka-mereka yang terpaksa ditarik tangannya untuk teman yang tersayangggggg... Betol tak? Betollah tu..

Well... well.. Tadi maz singgahlah satu kedai ni.. But before that, sehari or dua hari before maz pergi kedai tu .. Maz terbaca status kawan mua maz.. Pengalamannya bila hanya pakai baju biasa, bawak beg sandang belakang,  jeans n selipar jer masuk kedai mekap tapi dilayan serupa tak der saper kat kedai mekap tu.. Huhuhu.. Memang panas gaklah bila mua-mua lain pun masuk komen sekali.



Maz bukan nak mengkritik kedai mekap tu.. For me, produk dari kedai mekap tu adelah antara produk yang best yang ramai jugak mua guna. Murah pun murah. Tapi bila layanan yang diterima tidak memuaskan hati, terimalah kalau customer angkat kaki.

Apakah hanya kerana seseorang itu berpakaian biasa sahaja cam orang tak der duit maka layanannya pun biasa-biasa jer? Atau diorang nak orang yang datang tu ala-ala datin, dok kelek beg COACH, high heels, mekap tebal seinci, bibir sebatu boleyh nampak juihnya, permata dok kelip-kelip gitu baru layanan high class?? 

Kalau cam tu lah mentaliti pekerja-pekerja kedai mekap tu, maz rase memang patot diorang sediakan satu kotak survey tentang layanan diorang. Biar customer isi, pastu pandai-pandailah supervisor diorang bacakan.

Bukan maz sorang jer tau dok bising-bising pasal nie. Ramai lagi yang kata. Ramai jugak yang menyokong sebab pernah kena. Maz bukan suka-suka tau nak tulis entry gini. Tapi sebab kita ada hak. So maz rasa ini medium terbaik.

Apa-apa pun maz tak kata maz akan reject untuk masuk kedai mekap tu. Barangan mereka is still the best. Tapi perbaikilah kualiti perkhidmatan setaraf dengan barang-barang yang dikeluarkan. 

Tak berhak salahkan jenama barang mekap tersebut.. Tapi salahkan mereka yang memberi perkhidmatan aka bekerja di bahagian kaunter. Opssss! Sebelom tu, bukan semua branch jenama nie yang perangai cam kureng sket... Cuma segelintir sahaja.

Itu jerlah.. Maz tak mo sebut nama kedai.. Korang teka-teka sendirilah yer. 

Jom klik nuffnang.. sayang korangggg!!








5 comments:

Syairah Suhaimi said...

sokong... slalu kalo pkai selekeh2 dorg tak bape nak layan...

✿ pink velvet ✿ said...

tension jugaq kalau masuk kedai camtu ye daq :)

GincoMerahJambu said...

yeah its true..bukan kedai makeup je..kdg2 kdai bju pun macam tu..

IFA Athirah said...

apa kata maz try buat cmtu gak pegi kedai tu?hehe.

Miss Kagimoto said...

miya selalu kena mcm tu..hehe, kdg2 menyampah nak masuk kdai klu pkerja macm tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...