November 15, 2011

Maz dah putus asa dengan semua ni!

Assalammualaikum.. 

Korang pernah tak mengalami saat-saat dimana korang rase ingin berputus asa jer dari apa yang korang buat sekarang? Well, itulah yang maz rase sekarang.. Mungkin akan ramai yang kata maz tak kuat semangat. BETOL! Luaran maz korang akan nampak maz cam kuat. Hakikatnya dalaman maz hancur!

Tapi maz sentiasa berpegang pada kata-kata maz sendiri. Walaupun maz create sesuka hati [hik3] tapi bagi maz dah ramai yang guna pakai ayat nie. 

"BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL"..

Itu yang maz pegang dari time belajar kat kolej.. Sebab time belajar kat sekolah maz main-main banyak sangat. Tu yang result cam haprak kannnn.. Nasiblah.



Tapi sekarang ni, bila maz tengok kejayaan orang lain.. Maz nak jadi cam diorang.. Tapi kenapa susah sangat maz nak capai macam apa yang diorang dapat? Kenapa jalan menuju kejayaan tu berliku sangat? Dan kenapa tangga-tangga menuju kegemilangan tu rompong-rompong? Cam tak bagi maz naik jer? 

Memang siyesly sekarang ni kalau boleyh maz perlukan seseorang untuk bagi kata-kata semangat kat maz. Maz dah hilang semangat fighter yang maz rase. Nak nangis pun ada. Tapi maz tahan sebab tak nak nanti entry ni berEMOSI sangat. 

Sekarang ni pun maz rase badan cam lemah sangat.. Cam nak demam.. Semalam lagi dah rasa. Tapi maz dah makan ubat. Maybe sebab keje banyak sangat kot. Sebab tu maz demam. Itu jerlah semua.. Maz rase makin lama menaip, makin merudum semangat maz nie.. Maz perlu muhasabah diri.. Assalam...


7 comments:

NOVA said...

dear.. itu semua dugaan dari ALLAH kamu jngn cepat mengalah dngn semua tu... jalan menuju kejaya tu bukan senang.. ianya banyak rintangan.. so besabar yaa... allah takan menduga umat lebih dari kemampuan nyaa.. ^_^

RazFiRa said...

maz kena tabah ok. jgn lupa doa selalu supaya dipermudahkan.. saya doakan Maz

MaYa MustWany said...

dont give masz.cayok3.
(uhh mas pun tengah give up tak keje2 lagi ni)hihihi

mia said...

dear, ujian ALLAH hanya pada hambaNya yang mampu tau. maz banyakkan berdoa oke. maz yakinkan diri, dengan dugaan yg maz dapat skrg ni, kejayaan berganda-ganda maz akan dpt esok tau.

maz doa ya. smile dear :)

Fara Zakaria said...

Lorhh, kenapa neh kak maz? Sedih jerrr, huhu.

Nurul Mazni Sawal said...

@NOVA: tengs dear.. maz hargai sgt2.. maz akan cuba kuatkan hati..

NOVA said...

macm tu baru nama nyer maznnie... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...