May 28, 2010

Cahaya Atas Nama Cinta

Hai Kawan2 Bloggers n yang sudi membaca..
Dalam dunia nie, korang pernah tak ada IMPIAN nak jadi apa suatu hari nanti???
Mestilah pernah kan??
Hehehe~~Saya pun macam tu jugak.. Sebab bagi saya cita-cita akan menyebabkan kita menjadi bersemangat untuk berusaha mencapainya..






Oke-oke!! Cukup mukadimah sampai kat sini. 
Sebab apa yang saya cakap ni kira ada kaitan gak lah dengan cita-cita saya dulu.. Yang tak mungkin kesampaian...
Ngaaa... Apakah cita-cita saya tu??
Well...dolu-dolu lah.......punyer cerita saya pernah impi nak jadi penyanyi berjaya..
Idola saya dalam dunia nyanyian:

1. DATUK SITI NURHALIZA BINTI TARUDDIN


Sampai sekarang pun dia masih idola saya... Biarlah orang berkata buruk tentangnya..
Saya tak mampu nak membela Siti sebab mak cik, pak cik saya yang mengutuk dia.. Saya cuma boleh mendengar jer and membalas, "Dah tu rezeki Allah untuk dia..Kita tak leh nak pertikai semua benda nie".

Haaaa!! Berhenti gak diorang mengata~~!
Tapi still diorang ada jer point nak mengutuk Siti Nurhaliza.. Macam lah diorang tu rapat dengan Siti, tau apa yang dia buat, apa yang dia usahakan selama ini.

Seberat mana ujian dan cabaran yang Siti harungi dan hadapi, dia masih berdiri di persada seni negara yang tercinta ini. Masih memperjuangkan karya-karyanya dan masih juga diterima ramai peminat bahkan bertambah-tambah peminatnya. Baik kecil, yang muda, mahupun yang tua, warga emas sekalipun, Siti Nurhaliza adalah artis sepanjang zaman..

Kalau ditanya pada ibu-ibu, pasti nya mereka mahukan menantu persis Siti Nurhaliza. Yang merendah diri, bersopan santun, cantik, murah dengan senyuman, berbudi bahasa, menghormati orang tua.. 

Biar sepopular mana pun Siti Nurhaliza hingga dapat membuat persembahan di Royal Albert Hall, London.... Orangnya masih lagi merendah diri. Jarang meninggi diri kerana sejak dari zaman mudanya dia mengenal erti susah payahnya menjadi seorang artis. Menaiki bus ditemani ibu tercinta untuk ke studio merakamkan lagu dan bermacam lagi.

Kini bergelar usahawan berjaya pula bila mengeluarkan produk nya sendiri dengan tagline "Kini Rahsiaku Milikmu", SimplySiti....Jika dulu apa produk yang Siti pakai kita tidak tahu, tapi sekarang Siti ingin berkongsi dengan para peminatnya semua apa yang telah membuatkan mukanya sentiasa kelihatan jelita.. 

Ya!! Saya dah tengok produk Siti yang boleh didapati di Watson. Saya suka dengan eyeshadow nya sebab teksturnya dan warnanya yang cantik-cantik...Cepatlah singgah Watson!!!~~~


Siti Nurhaliza akan sentiasa menjadi artis popular di kalangan peminatnya biarpun dia dah mengumumkan persaraan dari ABPBH... dan dia juga akan sentiasa di hati saya... [Bilalah dapat jumpa Siti nie...waaaa]

2. SRI ROSSA ROSLAINA HANDIYANI



Atau nama glamornya Rossa.. Penyanyi yang saya kira suaranya lunak merdu.. Suke semua lagu Rossa mula dari Aku Bukan Untukmu, Wanita Yang Kau Pilih, Hey Ladies, Ayat-Ayat Cinta, Atas Nama Cinta dan macam-macam lagi lagu yang telah menaikkan namanya di persada seni Indonesia mahupun Malaysia..

Dugaan pernah singgah di dalam hidupnya apabila diceraikan suami tersayang dan kini mendung telah berlalu pergi, sinar mentari pula hadir apabila punya teman baru dalam hidupnya. 

Paling terbaru, Rossa bakal mengadakan Konsert di Malaysia, 29 Mei 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan nama Konsert Melodi Cinta Rossa...

Owh!! Besoklah konsertnya kan?? ngaaaa..saya tak perasanlah...heheheh... Terlepas lah peluang saya nak tengok dia menyanyi live.. Lagi pun mesti tak dapat pergi sebab saya di kampung. Tak perlah...lain kali mungkin ada untuk saya kan???Hehehee...

Ini jerlah yang sy nak kongsi hari nie..
Korang pulak minat siapa???
Jom kita kongsi2...lalalala...sy nak nyanyi lagu Siti jap.. Cahaya Cinta Jom Klik3~~
~~~Dia telah menentukannya...Kita bertemu dan bercinta...~~WaaahHhhh!!!

Little Love Always: FIRSYA MELISSA





8 comments:

nabilah_2908 said...

erm...siapa eh..? xde kot...huhu..

jom ke APA KATA HATI pulak,
SPONGEBOB & PARTRICK

Nurul Mazni Sawal said...

nabilah-2908: sure ke tak der saper yg nabilah minat??
heheh~
kta dah tengok dah...best entry tau~

~cik tiram~ said...

kite suke yuna...
smart.kiut.pandai maen gitar.suara best...
hehe..

Nurul Mazni Sawal said...

owh..cik tiram minat kat yuna eyh~~
hehhee..yup..dia komposer n penyanyi serba boleh~~

Niar Ningrum said...

wah cantik nya siti nurhaliza.. :)

Nice too see your blog yaa :)

Nurul Mazni Sawal said...

@Niar Ci Luk Baa: siti memang sentiasa cantik :)

Niar Ningrum said...

iyaa, and you so beautiful.. i want make up like you, so pretty :)

Nurul Mazni Sawal said...

@Niar Ci Luk Baa: boleh.. check my youtube channel.. i do some tutorial there :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...