June 10, 2011

TUTORIAL MEKAP: Romantic Look

Assalammualaikum... Hari ni maz tak mo cerita pasal urusan kerja kahwin tau.. Kite tutup buku jap. Yerlah. Sebab baru part 1 kan?? Mesti ada yang antara korang menanti-nanti part 2 atau mungkin juga part 3. *harapnye tak panjanglah nyahhh...

Okeyh semua... Hari ni adalah hari untuk tutorial mekap. Gambar dah lama publish kat facebook. Tapi baru sekarang dapat buat tuto. Dah dasar pemalas. Memanglah macam tu. Dok teaser picture jer. Ingat artis ker. Main teaser-teaser nie?? Hahahahahaha

Korang biasa dengar kan ROMANTIC LOOK? Romantic Look atau dalam bahasa melayunya [erk! tak perlu kot] adalah penggunaan kaler-kaler yang tidak berat ataupun terlalu tajam untuk kanvas mata. Penggunaan warna-warna seperti hitam ataupun silver mahupun biru gelap bukanlah warna-warna romantic look. Mungkin penggunaanya boleyh digunakan sedikit, tapi kene blend lebihlah. So, malaz nak citer panjang lebar, meyh kite terjah terus ker TUTORIAL ROMANTIC LOOK

MAKEUP TUTORIAL: ROMANTIC LOOK


1. Letak warna pink atau pun korang boleyh guna blusher korang, dan letakkan pada bahagian mata seperti yang maz buat nie. Bahagian tengah mata biarkan kosong.


2. Sapu warna hightligh putih dulu di bahagian yang kosong tadi. Kemudian baru letak warna coklat matte di antara garisan highlight putih dan warna pink.


3. Jangan biarkan warna yang disapu tadi macam tu sahaja. Korang kene blend supaya tak nampak harsh edges. Gunakan fluffy brush, dan blend warna coklat tadi supaya sebati dengan warna pink. [cam buat kek pulak] hehehe

[hasil selepas blend dengan fluffy brush]



4. Sapukan highlight di tulang kening untuk memberi ilusi tinggi dan bercahaya.


5. Untuk bahagian hujung mata, maz gunakan eyeshadow hitam untuk buat kesan cat eyes macam dalam gambar. Kemudian baru maz guna liquid eyeliner dan lukis nipis-nipis serta rapat dengan garisan alis mata. Ingat, ni untuk hasil romantic look. Kalau lukis eyeliner tebal, takut nampak garang sangat nanti.


6. Untuk bahagian bawah mata, sapukan warna coklat matte separuh dan highlight putih dari hujung tearduct dan temukan dengan warna coklat matte tadi.

7. Akhir sekali pakai bulu mata palsu. Pilih yang sederhana jer sebab tak mahu nampak heavy look sangat. Siap!!! Untuk lipstick, maz pakai warna nude. Memang cantik dan ramai dah tanya maz pakai lipstick jenama ape. hehehehe. Nanti maz list barang kat bawah yer.


FINISHING LOOK: ROMANTIC LOOK!







LIST BARANG-BARANG

Manly 120 pallet color-pink n black eyeshadow
Elianto eyeshadow color-coklat matte
Secret 4 pallet, highlight
Sendayu Tinggi Liquid Eyeliner
Blusher
The Body Shop 06 code color [lip]

Have a fun everyone!! And gudluckkkkkkk.

3 comments:

En Hazwan & Cik Syazz said...

suka part bibir:) sangat comel, i love your looks maz..

Wanie said...

sangat cantik kamu mekap..
klu buat video mesti lagi senang pham..:)

Nurul Mazni said...

@Wanie: tengs dear.. tunggu another 4 weeks. insya allah nk buat video balik.. :)
lambat sebab baru nak masok internet power sket kat umah.. heheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...