August 18, 2011

Bergaya Ala Angelina Jolie.. Meyh Check Tutorial nie!!

Assalammualaikum.. Sambil ditemani lagu-lagu dari windows media player maz kat laptop nie haa.. Maz ingin menunaikan janji untuk publish tutorial. Walaupun tutorial tak mo gerak-gerak, sebab problem dengan pemasangan streamix tapi maz cuba yang terbaik untuk membantu gadis-gadis di luar sana untuk kelihatan menawan [walaupun hakikatnye video lagi berkesan.. hehehe]

Gaya ni diinspirasikan dari make up look Angelina Jolie dalam muvie THE TOURIST.. Maz tak pernah pun tengok muvie ni. Tapi sebab guru maz, Michelle Phan pun pernah buat. So, maz nak cuba dengan cara maz sendirilah.

Ni gambar angelina jolie dalam muvie nie
Fokus pada mata yer.


ANGELINA JOLIE LOOK IN THE TOURIST


Step pertama: Apply warna pink sebagai base di kawasan kelopak mata. Matte pink yer. Jangan yang shining.


Step Kedua: Ambik warna light coklat dan sapukan di atas bahagian lipatan mata. Itu sebagai garisan untuk buat socket eyes.


Step ketiga: Ambik warna hitam matte dan buat garisan seperti di dalam gambar. Dan blend dengan berus. Untuk warna nie sebenarnye maz campur hitam dan coklat gelap.. Sebab tak nak bagi nampak garang sangat dengan warna hitam.



Step Keempat: Sapukan warna yang sama dalam step ketiga untuk bahagian bawah mata...



Step Kelima: Apply eyeliner. Maz gune marker eyeliner untuk hasilkan cat eyes dan juga tirus di bahagian hujung mata dekat dengan tear duct. Dan jangan lupa sapukan sedikit di bahagian bawah mata. Untuk waterline, maz guna gel eyeliner atau pun eyeliner pencil untuk digariskan disitu.


Last Step: Korang boleh bandingkan mata atas dan bawah.. Yang atas look kalau mata dibuka, dan bawah kalau look mata ditutup. Untuk pipi maz cuma pakai bronzer jer. Dan ni finishing look. Sila tatap sampai puas.




Dah cukup besar dah maz letak.. Kali ni maz tak listkan barang-barang yang maz guna. Sebab untuk akan datang ni maz nak publish tips-tips untuk kelihatan flawless dan menawan di pagi raya. Insya Allah maz akan siapkan second video maz untuk gaya tu. Kalau korang sabar menanti, maz janji akan buat the very best.
 
Kalau korang tak berapa paham, silalah visit youtube, search nama Michelle Phan.. Sampai sini jer.. Dah dekat waktu nak berbuka. Ada lagi sejam yer.. Maz nak kene siap-siap untuk.................... bukan memasak. Tapi tukang hidang jer. Tulah keje tetap di bulan puasa nie. Buhbyeeeee!!!

8 comments:

nurayunni said...

cantik giler la!

meaw said...

amboi-amboi dia mekappppp :D

Nurul Mazni said...

@nurayunni: tengs.. cubalah keyh~

Nurul Mazni said...

@meaw: hehehe.. cubalah. konpem tak nyesal.

fiefa mohd ali said...

rajin kak maz buat entry mekap..bilalah bole jmpa kak maz for real kan?

Nurul Mazni said...

@fiefa mohd ali: boleyhlh klu tak buzy.. hehehe.. insya allah ade rezeki kite jumpe.

Anonymous said...

mazni.. lawanye.. sgt2 lawa.. aku ase nk tmpor2 mke kaw coz sgt lawa.. aku da tgk sume vid kaw n try... tp xjd...... waaa................

Nurul Mazni said...

@Anonymous: cik anon ni cm kawan sekolah sy lak.. sebab org kat sini panggil maz.. hehehe.. sabar yer..jgn tampar dlu.. huk3.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...