March 5, 2011

Ni Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Penyanyi???

*Nampak selipar burokku???

[Aik!!! "Asal pulak gambar ku disitu??".. Sajerlah tempek kan. Nak jugak popular.. Aishhhh~~~]

Mendung jer kan hari nie?? Tempat korang mendung tak?

Assalammualaikum.. Terlupa pulak bagi salam sebab tengok cuaca mendung. Time-time ni kalau tidur memanglah best. Tapiiiiii!! Tak boleh dah~~ Sebab hari ni dah berjaya menidurkan diri sampai pukul 2. Pukul 2??!! Sungguhlah anak dara sorang nie.

Yelah. Bukan senang tau nak dapat tido yang cukup macam tu sebab "saper suwoh ko tido kul 3 pagi semalam?".... Erk!!

Okeyh..Okeyh!! Cukuplah tu memberitahu korang-korang semua rahsia turun temurun nie. Hak3..

Sekarang ni kan, cuba korang bukak televisyen kat rumah korang. Paling tidak pun tunggu malam sikitlah dalam pukul 9malam ke. Drama melambak betul sekarang kat televisyen. Tapi nak tengok?? HAMPEH!! Tak der masa. Tapi kalau bagi cerita USTAZ AMIRUL, USTAZ AMIRUL.... USTAZ AMIRUL, tak boleh lepas okeyh. *Asyraf Muslim sangat hensem dan adorable. Waaaaahhhhhh~


Sekarang ni macam trend, pelakon buat lagu tema drama. Maknanye disini, tak payah susah-susah pihak penerbitan nak pinjam lagu dari recoding artis, diorang suwoh mana-mana pelakon yang agak-agak boleh menyanyi dan nyanyikan lagu tema drama tersebut.

Contoh paling terdekat... USTAZ AMIRUL [lagi!].. Kenapa pulak kan??? Tak tahulah korang tengok sampai habis ke tidak kan. Tapi kalau tengok, akhir sekali drama, ada video EIRA SYAZIRA nyanyi lagu tema drama USTAZ AMIRUL kan? [tak payah anggok. memang betol pun] Hehehe


Tajuk lagu tak payah tanya sebab dah lupa. Dan sebelum ni pun Eira Syazira dah pernah nyanyikan lagu tema untuk drama CINTA BALQIS bertajuk ISTANA CINTA.. Lagu tu pun best tapi masih menanti, 'biler EIRA SYAZIRA nak buat album sendiri?'....

Yang sorang artis ni pun nak jugak tunjuk bakat menyanyinya dalam filem yang bakal ditanyangkan tak lama sahaja lagi. Popular menerusi rantaian drama NUR KASIH.. Mesti korang kenal si cantik+seksi meksi nie kan. Siapalah lagi kalau bukan TIZ ZAUQYAH

Beliau telah menunjukkan bakat nyanyiannya di dalam FILEM NUR KASIH THE MOVIE. Nyanyian bersama YASSIN THE BROTHERS. Kalau korang tak pernah dengar lagi, meyh check LINK ni!


Dua-dua gambar pinjam dari Pak Cik Google.. Alahai si cantik manis dua orang nie.. Dah jadi penyanyi korang yer~ Setiap kali google cari gambar korang, tak derlah yang sopan belaka. Semua stock kasi bukak-bukak punya. Tak per.. Kita sebagai pemerhati doakan yang terbaik jerlah yer..

Pendapat saya, Eira mungkin boleh diketengahkan sebagai penyanyi tapi Tiz..... Suaranya harus diasah lagi dengan latihan vokal yang bagus sebab vokal Tiz masih tak berapa nak mantop! [pandailah aku komen orang]
Tak percaya korang bandingkanlah sendiri. Lakonan Tiz lebih menyerlah dari suaranya tau! Erk!

Itu jerlah kot. Nak citer panjang-panjang pun, sekarang kan trend entry pendek-pendek. Saper nak baca panjang-panjang nie? Malas den tahu!


P/s: Memang teringin nak jadi popular.. Tapi nanti hidup dah tak seprivacy sekarang. Hak3!! Layak ke nak jadi artis?? Tutorial mekap?? Tunggu ade mood. Tadi dah nak buat, tapi spoil betullah~ Adoiiii!!!

3 comments:

nur amalina bt athman said...

join sini http://shqpewsqiq.blogspot.com/2011/03/jom-join-bloglist-amalina-athman.html

Nurul Mazni said...

insya allah dear~

Anonymous said...

mengapa tidak:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...