March 31, 2011

Nak Panggil Apa Yer???

Assalammualaikum readers.. Good morning. [entry ni nak post pagi tadi. Tapi rupanye dah tengahari. Tak sedar!]

Pagi yang agak cerah campur mendung-mendung sikit dengan perasaan yang geram+tak sabar menanti duit MASUK KE AKAUN TERCINTA. waHahahaha!!!!

Rasanya adelah dekat sepuluh kali singgah CIMBCLIKS tu semata-mata nak check baki. Kalaulah tak der kemudahan internet macam nie, mau sepuluh kali jugak singgah KOTAK HARIMAU eyh!!! ATM mesin tu lah untuk check BAKI....

Cukup dengan mukadimah pagi yang ala-ala nak rase pelempang jer orang yang uruskan kemasukan duit tu kan.... Hari ni punyer topik ringan jer. Sering gak berlaku sekeliling kita. Cuma kadangkala kita tak sedar atau kita sendiri yang tak mahu ambik tahu.

Kita tengok dialog kat bawah ni yer:

Pelanggan: Berapa semua nie?

Penjual: RM19 jer KAK…… 

Okeyh~~ Stop there!! Korang pernah rasa situasi ni tak apabila korang sebenarnye lebih muda, tapi dipanggil dengan panggilan kakak atau abang sedangkan orang yang panggil tu korang rase lebih tua dari korang?

Haaaa…Haaa…. Mestilah korang pernah rasa kan.
Dan pastinya jugak korang lebih suke dipanggil dengan panggilan adik. Selalunyer situasi macam ni hanya golongan perempuan jer yang lebih-lebih sikit. Yerlah~ Karang kalau panggil KAKAK terasa macam “aku ni tua sangat ker dia panggil aku kakak”???

Kadang-kadang ada berlaku, orang tu lebih muda, tapi dipanggil kakak sedangkan yang memanggil tu sah-sah lebih tua. Wahhhh!! Bajet muda pulak lah kan. Kalau dapat orang yang tak kisah dengan panggilan hormat ni, mungkin akan rasa “tak perlah.. Tak penting pun. Asal hormat”.. Tapi buatnye orang yang dipanggil akak tu kisah, tak ker pedih hati biler dia cakap macam nie, “eyh! Sejak biler mak aku beranakkan ko nak panggil aku akak??”

Kalau lelaki, saya tak berapa pasti sangat penerimaan mereka dengan panggilan “abang”.. Tapi kalau perempuan, mereka sangat-sangat sensitif. Lebih-lebih lagi isu berkaitan panggilan AKAK niiii…
Saya sendiri pun kadang-kadang ada gak rasa macam tu. Tipulah kan kalau tak rasa macam nak suruh orang yang panggil tu tunjuk ic dia. Motif?? Nak tahu saper lagi tualah. Hahahahaha..

Untuk selamat dan tak menyakitkan hati saper-saper, lebih baik panggil cik atau miss, atau untuk lelaki, awak atau kamu.. Terpulang asalkan kita tidak terpanggil mereka dengan panggilan-panggilan sensitif ni. Kang tak pasal-pasal ada yang tak bercakap pulak sebab tak suke dipanggil begitu. Situasi formal, janganlah guna panggilan tidak formal yer.  Tunjukkan yang korang tahu nak guna panggilan yang mana satu dan jangan sampai tak reti hormat pulak sebab tak tahu nak panggil ape. Fikirlah sendiri yer…



Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-cita Itu SAYA………….

P/s: Kadang-kadang faktor fizikal pun jadi sebab seseorang tu dipanggil akak. Sebab nampak cam tua. Ye ker??? Pendapat korang????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...