Wuhuhu..Kali ni menulis dengan semangat untuk join satu lagi kontest.. Kali ni kontest bersifat ilmiah.. Memang baguslah untuk saya and sesiapa lagi yang cintakan ilmu. Bukan begitu??
Hehehe.. Kontest ni datangnye dari Bro Azrai Ahmad Zamri.
Tajuk kontest ni pula adalah AKSARA PENCORAK HIDUPKU.
Kenapa aksara?? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Mukasurat 26, Aksara itu bermaksud 1.huruf; 2. (komp) huruf, angka, dan lain-lain yang dapat dilambangkan dengan kod komputer.
Huruf-huruf ini penting sebagai penjana sesebuah perkataan yang seterusnya berubah menjadi ayat dan diangkat pula menjadi baris-baris indah di dalam sebuah karya dan judul karya itu sendiri... Tanpa huruf-huruf ini tidak mungkin si celik dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh penyampai dan mesej tidak terlaksana. Wuarggghh!! Susah betul nk buat ayat nie.
Oke..inilah banner untuk kontest ni.. Korang leh tekan banner untuk maklumat lanjut mengenai kontest nie.
Ada syarat yang saya kena patuhi untuk kontest nie. Oke..Saya cuba seboleyh mungkin..huhuhu. Inilah syarat-syaratnya-
Gambar Cover Buku:
Judul Buku: Cinta Sufi
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Bilangan Muka Surat: 509 Helai
Harga: RM 19.90
Sebenarnye saya nak letakkan seleksi karya Ramlee Awang Murshid yang ada dalam gambar ni dalam judul buku. Tapi rasanya saya pilih karya RAM yang paling saya suka sekali iaitu Cinta Sufi. Merupakan karya finale kepada triologi Bagaikan Puteri. Apa yang membuat saya sukakan buku ini adalah kerana watak Laksamana Sunan yang ditampilkan, seorang lelaki berduka dari Tanah Rencong. Jiwanya dipenuhi ajaran oleh bapa angkatnya, Wali Sufi dari Acheh, dan menghambakan diri kepada-NYA dalam memerangi musuh-musuh ALLAH dan kuasa kegelapan yang menyelebungi Tanah Melayu sekitar tahun datangnya Portugal ke Melaka.
Bukan itu sahaja, pendekatan surah-surah Al-Quran dan hadis-hadis juga berjaya meruntun hati saya yang mendambakan diri untuk dekat pada sang Pencipta. Selain dari sudut penceritaan yang mungkin berbeza dari segelintir penulis, dia juga merupakan novelis thriller no. 1 di Malaysia dan membaca karyanya seakan kita sendiri berada di alam itu, merasai jerih perih yang dilalui watak tersebut dan adakalanya apabila babak seram dipaparkan, terasa juga meremang bulu roma. Membaca novel Cinta Sufi ini seakan membaca buku motivasi.
Tiada bukti atau hujah untuk mengaitkan diri saya dengan karya ini. Cuma saya merasakan timbulnya perasaan merendah diri dan takutkan ALLAH melebihi takutkan perkara yang enteng. Dan membaca karya ini sebenarnye mengajak para pembacanya melalui satu relung waktu ke zaman penjajahan Portugis dan andai diangkat menjadi filem, pastinya ia satu karya yang terhebat sehebat karya Merong Mahawangsa.
**Okelah.. Sampai sini jer rasanye. Siapa-siapa yang nak join, jangan lupa tekan dekat gambar keyh? Daaa~~
Little Love Always: FIRSYA MELISSA
6 comments:
alamak..baru nak wat Cinta Sufi juga...hehe..
kena cari bacaan lain lah ni..:p
nice!..sy sgt minat RAM..:)
minat dengan trilogi sang puteri RAM..sekarang dah ada yang ke-4 Cinta Sufi..tak berkesempatan membaca lagi..Kredit untuk RAM..memang tersentuh dengan perwatakan Laksmana Sunan
ni mcm mana ye? sy xpaham sgt contest ni mcm mana. means u gotta do some review regarding to the novel picked?
ehe..just wondering. interested jgk.
sbb sy pun suka membaca.
my link:
bulatscary.blogspot.com
salam ziarah..
syukran sis c0z sudi menyertai c0ntest ni..sy da semak semuanya, penyertaan anda diterima =)
m0ga berjaya yer..
nantikan keputusannya 26hb nanti
unik jugak kontest ni
Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat
Bintun Sazali: nampaknye saya dah ambik dlu.tapi klu awk nk ambik bku yg sma, apa slhnyer..mungkin pndangn kita berbeza kan??
Suhana: kena cepat2 baca..tapi kena sabar sket dengan penghujung cerita yer..hehe
Post a Comment