February 13, 2013

Susah Kan Nak Jadi Jujur?



Assalammualaikum..

Hari ni bangun awal sikit.. Cuba ubah rutin sebab selalunye bangun dah terlajak tengahari.. *ye ker terlajak? Disebabkan hari nie rumah rase cam gloomy semacam sebab adik bongsu maz demam dan adik no 2 dah balik UTM tetiba rase ruang hati ini kekosongan.. Sebab tak der kawan gaduh. uhuk!

Maz nak tanye.. pernah tak dalam sepanjang korang hidup nie, korang pernah (tidak/ya) berlaku jujur dengan orang sekeliling? Tak kisahlah parents ker, kawan-kawan, pasangan hidup atau sesiapa pun? Maz berani kerat jari kalau ade yang kata tak. Sebab walaupun kita tak cakap kat mulut, hati kita sebaliknya kan?

Memang susah untuk kita berlaku jujur.. Lagi-lagi kalau perkara itu akibatnye akan menyulitkan lagi keadaan sedia ada.. macam mane tu? Meyh maz bagi contoh:

Situasi: Kawan baik kita selalu cerita masalah dengan boypren dia kat kita.. boleh kata hari-hari.. Sampai satu tahap kita pun tak larat nak dengar, tapi kita berpura-pura dengar sebab dia kawan baik kita.

Baiklah kat sini ape korang akan buat? Kalau korang rase korang nak jujur adakah korang akan cakap cam nie?

Kawan A: Maz, boypren aku nak putus dengan aku... (sambil buat muka sedih ala-ala nk mintak kaki sebelah)

Kawan B: Jujur aku cakap, putus jer dengan dia dari ko susah hati gini.. hari-hari dia sakitkan hati ko sampai aku pun naik muak nak dengar cerita ko. (okay! stop kat situ)

Adakah kita betol-betol akan kata perkataan cam tu kat kawan baik kita sendiri? Selalunye demi menjaga hati, kita akan gunakan ayat yang lebih sopan, lagi pun kita kan orang melayu.. Penuh adab tata susilanya.. contoh penggunaan ayat menjaga hati adalah seperti di bawah:

Kawan A: Maz, boypren aku nak putus dengan aku... (muka sedih lagi)

Kawan B: Lisa, aku sebagai kawan kau hanya dapat nasihat jer.. Kau cuba face-to-face dengan dia.. Cakap baik-baik.. Ape pun aku sebagai kawan aku sokong kau. Kalau ade masalah cerita jer kat aku. (fullstop)

"Kalau ade masalah cerita jer kat aku" ..... Ayat ni memang biasa bermain di bibir.. Jujur? Betol kannnn?  Well.. maz pun tak terkecuali. Sebab ape? Sebab kita sayang kat kawan kita. Tapi kenapa susah kita nak jujur dengan dia walaupun sedetik?

Kadang-kadang ade situasi kita harus pasang topeng di muka supaya kita sentiasa kelihatan bersahaja dan menjadi pendengar setia. Sebagaimana kita menerima kebaikan yang serupa, apa salahnya kita berkorban untuk kawan kita pulak..

Kat atas ni maz cuma bagi contoh untuk antara kawan-kawan.. Tapi kalau untuk ibu bapa, pasangan sehidup semati, baiklah kita berlaku jujur dalam setiap perlakuan dan pertuturan kita. Bagi anak-anak, syurga di bawah telapak kaki ibu, bagi para isteri syurga di bawah telapak kaki suami. Turutilah dan jadilah yang terbaik.


Itu sahaja.. Terima kasih sebab membaca :)


Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tammim Bil Khoir.. 
insya Allah

1 comment:

Fienazzuki said...

Itulah manusia...
Nak buat macam mana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...