February 14, 2013

Review: Foundation Revlon Colorstay Whipped



Assalammualaikum...

Sambil-sambil edit video, maz taip enty jugak.. sorry sebab terlambat.. Semalam maz tak der mood nak update entry sebab mengantok.. Tapi mengantok-mengantok pun tido lambat jugak sebab menghadap novel.   hihhii.. Karya Ramlee Awang Murshid memang susah nak lepas sekali dah pegang.. Kali ni maz bace novel baru beliau tajuk Aku Bercerita.. haaa! cepatlah dapatkan di kedai buku yer!

Okeyhlah.. Hari ni maz nak buat review produk sikit sebab dah lama sangat maz tak buat review.. Btw, maz bukanlan jenis rajin beli barang.. Cuma kadang-kadang ade tu maz terbeli tapi tak terbuat review.. haaaaa!

So kali ni review terbaru adelah..... jeng3.. FOUNDATION!

Saper kat sini suke foundation angkat tangan tinggi-tinggi!!




REVLON COLORSTAY WHIPPED

Ape yang best pasal foundation nie? Maz suke sebab teksturnya tak berat sangat.. Full coverage.. Cuma kalau kulit ade masalah, kene sapu lebih sikit.. Macam maz ade jeragat, memang kene sapu lebih sikit supaya dapat cover jeragat. 

Mulut bekas ni besar jugak..  Tapi sebab dia bukan jenis liquid, so kalau korang terbalikkan pun, dia takkan tumpah senang-senang. Boleh kate dia macam jenis mousse.. tapi bukan mousse.. Kirenye kalau nak samakan, macam susu tin buat milo tu korang letak dalam peti ais.. Bila korang nak terbalikkan, kene tunggu lama.. Cam tu lah tekstur foundation nie..

Maz biasanye pakai main calit-calit jer.. Tak pakai span pun.. Tapi korang mungkin boleh cuba apply dengan span.. Berus maz tak cuba lagi.. Sebab maz tak suke nak pakai berus-berus nie.. Calit sikit pun cukup untuk kulit yang tak der masalah..



Kod color kulit maz 250, Medium beige.. Ada banyak selection color, juz korang kene tau pilih yang mana sesuai. Foundation nie 24 hours coverage.. memang best sebab setakat nie maz pakai, foundation nie memang oke sangat..



ini gambar permulaan hari.. Time pukul 9-10 pagi macam tu..




Ini petang-petang sket.. nampak kurang sket, tapi tak kacau mekap sangat sebab maz duduk kat tempat panas.. Berpeloh-peloh.. Lainlah dok kat aircond sepanjang hari kan.

Owh! Harga untuk foundation ni mahal sket. Tak silap maz dalam rm68 macam tu.. Betolkan maz kalau silap.. Sebab dah lama beli.. Tak ingat dah harganya. 

Kalau yang berminat tu, bolehlah cari kat kaunter revlon yer.. Watson atau pun guardian.. 




SUKE: 
* 24 hours coverage
* full coverage
* tak melekit


TAK SUKE:
* mahal
* bekas besar, susah nk simpan dalam beg mekap 
* berat



itu jer.. Terima kasih sudi bace.. 


instagram: mazmiyuki

twitter: @mazmiyuki

5 comments:

Cikgu Fikri said...

wah.. ni klu fiq story ngan classmate fiw yg gegurl tu, mesti diowg suka..huhu..
btw, novel aku bercerita tu, cover dia cm menarik...novel tu best x?

Why Farouk said...

so far why x jumpa lagi la maz foundation yg sesuai utk why. i mean yg betul2 best. mungkin patut try yg ni. tapi tulah, mahal la pulak kan. btw, i love ramlee awang murshid too! paling best novel Bagaikan Puteri. sangat brilliant.

Nurul Mazni Sawal said...

@Cikgu Fikri: best fiq.. u should go get one.. or mybe maz akan buat review psl novel tu sket2.. hehe

Nurul Mazni Sawal said...

@Why Farouk: carik foundation yg ssuai mmg susah why.. kene tau condition kulit.. once dah tau, why boleh jer tanye org kat kaunter jenis foundation yg ssuai dgn kulit why.. jgn beli semberono jer tau..

Cik Ekin said...

maz, saya dh beli foundation ni. n masalahnya mcm tsalah beli kaler je. waaa. sedih! padahal ms beli siap tanya kawan lg mana yg sesuai. tp still rs salah beli. klu pakai tdg boleh cover ke klu salah warna foundation?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...