February 5, 2013

TIPS mendapatkan bulu mata macam unta



Assalammualaikum...

Haih! Malam-malam ni mata segar pulak nak menaip.. So disebabkan tak der idea nak buat ape. Maz nak kongsi tips sikit.

Saper kat sini ade masalah bulu mata sikit? Tak lebat? Tak lentik? Tak lebat? Tak lebat lagi?! haha!!

Kalau nak tahu, perempuan memang suke bulu mata lebat sebab kiranye macam aset jugaklah.. Kalau tak der bulu mata or bulu mata sikit, bantuan bulu mata palsu sering digunakan. Tapi kan... Takkanlah sampai bila-bila nak bergantung harap pada bulu mata palsu? mestilah kita nak nampak natural.. Tak gitu?

Disebabkan maz rajin nak update tips nie, maz nak kongsi satu penemuan hebakkkkkkk (bak kate yuyu zulaikha) ehem! tak hebak sangatlah pun. Rasenye ade jer orang dah tau.. Tapi maz nak jugak kate penemuan ni dari maz! bhahahaaaa

Ape dia tips nak lebatkan bulu mata tu? Banyak sangat ko membebel ni mazni sampai lupa tujuan asal. hihi

Oke mudah jer.. pastikan korang ade bahan-bahan nie, dan yang paling penting semangat untuk buat hari-hari sampai dapat hasilnya. Boleh? Tak boleh jangan bace. lalala~~

1. Pastikan korang beli Minyak Zaitun jenama Syahirah.. Botol kecik pun tak per..
Macam gambar kat bawah nie..


2. Make sure ade kapas muka, facial cotton tu.

3. Titikkan dalam 2-3 titik minyak zaitun ke atas kapas, dan sapukan kat bulu mata. Kalau tak nak pakai kapas pun boleh. Guna jari jer..

Kelebihan Minyak Zaitun Syahirah: Bukan sahaja bagus untuk merapikan rambut yang kering dan bercabang, melembapkan bibir, boleh digunakan sebagai minyak urut malahan bagus sebagai solution utk bersihkan mekap. Boleh tanggalkan mekap waterproof lagi. Tak percaya cubalah!

Macam mana maz kata ini penemuan terHEBAKKKK maz?
----> mudah jer tu.. maz kan selalu mekap.. Dan maz selalunye guna mascara waterproof sebab muka maz senang berpeloh.. Kalau pakai yang bukan waterproof nanti jadi air mata hitam pulak. Jadinya maz bersihkan mekap mata guna minyak zaitun nie. Bila hari-hari buat, maz perasan bulu mata maz lebat dan tak jarang-jarang.. Lagi pun harganya pun murah berbanding penanggal mekap yang lain.. Kalau tak silap maz around RM3.90 cam tu..


Macam mana? Best tak? Of courselah. Tapi maz ade satu lagi tips.. Tips ni orang bagi kat maz.. So kalau korang nak cuba pun boleh jer..

Pernah dengar vaseline tak? Petrolium Jelly Vaseline? Perghhh! Kalau korang tak der satu dalam beg, bukan perempuan lahhhh... tak3! gurau jaaa...


Ini dia rupanye Vaseline tu. Beli botol kecik pun dah oke.. Tahan lama. Sangat bagus untuk pakai kat bibir, bahagian-bahagian badan yang kering cam siku, buku lali dan boleh pakai kat bulu mata jugak!

Caranye, korang calit sikit pada jari telunjuk.. Lepas tu sapu kat bulu mata sebelum masuk tido.. Insya Allah kalau hari-hari buat, hasilnya korang akan nampak.. Yang penting kene konsisten. 

Untuk minyak syahirah zaitun tu pun korang boleh pakai sebelom masuk tido. Apa-apa pun kalau kita berusaha, insya Allah ade hasilnya. Jangan harap nak cantik cepat, tapi PEMALAS! (perghhh! sedas kat muka sendiri!) 


Terima kasih sebab sudi bace =)



twitter dan instagram: mazmiyuki

5 comments:

mimi nasir said...

nak cuba lah nanti .. :)

Niar Ci Luk Baa said...

minyak zaitun dengan merk lain bisa kah?

di indonesia vaseline seperti itu tidak ada sist, huhuuhuhu :(

Nurul Mazni Sawal said...

@mimi nasir: kene cuba yunk! :)

Nurul Mazni Sawal said...

@Niar Ci Luk Baa: minyak lain tu macam mana? sebab saya hanya bagi cadangan yang nie.. yang lain saya kurang pasti..

fasha said...

like..likee..huu..anyway slamat berkenalan =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...