Assalammualaikum..
Kebelakangan ni macam malas semacam melanda diri ni nak taip entry.. Tapi bila tengok jumlah follower, cekalkan jugak hati.. Kene hasilkan jugak entry paling tidak sehari satu supaya tak lost contact dengan readers.. Ye ker?
Hari nie, maz nak buat review pasal satu produk nie.. Before this maz pernah tengok review yang sama kat blog cik ZOEY ZAU YAH.. Jenuh menekan older post sebab nak cari post ni balik.. hehehehe..
Oke, so maz akan review dua produk dari essence nie.. Actually adik beradik jer.. Cuma warna lain-lain. Kualiti?? Kita tengoklah nanti ye...
Kajal Pencil dari ESSENCE
-11 cool breeze
-04 white
Amende pulak 11 dan 04 tu? Itu code untuk warna pencil di atas.. So kalau korang carik nanti, tak derlah tersilap. Kat bawah nie kejap lagi gambar-gambar dari effect pencil nie.. Maz tak mekap.. So hanya bahagian mata jer dapat tunjuk.. Contact lens pun tak pakai bebeh..
Maz sapu selapis pun dah terang.. Tapi untuk yang ni maz sapu berlapis-lapis sikit.. Sesuai untuk yang sukakan mekap simple.
Dan yang ini untuk waterline.. sama jugak, kalau sapu selapis pun dah nampak warnanye.. Tapi yang ni maz sapu lebih sikit.
Ekceli, dua-dua pun boleh sapu kat waterline.. Nak jadikan white pencil tu sebagai base eyeshadow pun boleh.. Cuma bila sapu, korang kene sapu lembut-lembut sikit sebab pencil ni senang patah.
Kualiti memang terbaik.. Harga pun memang terbaik.. Percaya atau tidak, kalau beli dua pencil ni pun tak cecah RM10 tau!!!
Harga sebatang pencil ni cuma RM4.90.. Korang boleh beli kat kaunter essence di WATSON.. Cuma watson jer ade kaunter essence.. Lagi satu kaunter essence kat MIDVALLEY, COCI-COCI..
Tahan lama ke tidak? Op kos.. Maz pernah pakai pergi jalan-jalan, berpeloh-peloh semua.. Still warna eyeliner melekat jugak.. Memang bestlah!
Maz memang ingat nak buat tuto pakai pencil ni.. Tapi sekarang ni malas betol nak rakam, lepas tu edit.. Tunggulah bila rajin sikit.. Nak siapkan tutorial mekap alyah di AJL 26 pun tak lepas-lepas lagi..
Ape-ape pun maz pasti akan update kat blog.. Before tu, jom jamu mata tengok gambar nie.. Upcoming tutorial maz:
Inilah teaser untuk mekap Alyah di AJL 26.. Ade kesilapan sket sebab maz tak study betol-betol.. Untuk video nanti maz buat betol-betol.. Bubyeeee!!!
4 comments:
nice tips kak maz :)
oooo kat watson ade ye? tq2
best kan white eyeliner tu?
cntiklah kak maz. suke suke. saya pun ada beli sebatang. tapi jarang jugak la pakainyaa. sebab tak reti. haha. mata pulak nmpk pelik bila sapu eyeliner putih. hehe mybe sbb tak pro sgt kot :p slalunya pkai eyeliner itam kat atas aje.
Post a Comment