February 6, 2012

3 Langkah Untuk Kulit Yang Cantik


Assalammualaikum...

Menjaga kulit muka sememangnya bukan satu perkara yang mudah.. Kalau sedari awal kita sudah didedahkan dengan pelbagai pencegahan, mesti tak derlah kulit jadi macam sekarang kan?

Walaupun maz cuma ada pore yang besar, brown spot/jeragat [maz kurang pasti], black head dekat hidung.. Maz still rase kulit maz tak perfect.. Kalau boleh memang idamkan kulit licin cam baby.. Sebab senang nak keluar.. Mekap tak payah nak heavy dan boleh jer keluar tak mekap.. 

Tapi kalau sekarang baru nak sedar, memang dah terlambat.. Jadi ape langkah terbaik untuk kite menjaga kulit kita sekarang?


Kebanyakkan kita tidak sedar kebaikan 3 langkah penjagaan kulit.. Cuma 3 langkah mudah.. Itu pun tak dapat nak luangkan mase dalam 10-15 minit depan cermin.. Tapi lepas tu merungut bila jerawat naik, warna kulit tak sekata.. Sebenarnye semua salah sendiri.

So, jom check 3 langkah mudah untuk menjaga kulit wajah:

1. Pencuci Muka

-pencuci muka adalah penting untuk kita semua.. Bila kita berada di luar pastinya kita akan bermekap. Paling lama mekap tahan di muka 5-8 jam.. Bila balik rumah, bersihkan muka dahulu sebelum membasuh muka. Pilih pencuci muka bersesuaian dengan keadaan kulit muka kita... Bila basuh, buat sapuan ikut putaran jam dari bawah dagu naik ke dahi..

2. Toner

Ade yang kata toner ni tak bagus untuk kulit.. Maz pun tak pakai sebab skincare baru maz tak der toner.. Tapi kadang-kadang maz pakai sebab cara untuk kecilkan liang roma yang besar adalah dengan memakai toner.. Pemilihan toner pilihlah dari produk yang same dengan pencuci muka untuk hasil yang lebih baik. 

3. Pelembap muka

Ini penting sebab selepas mencuci muka, kulit kita akan jadi kering kerana kehilangan minyak muka.. Pakai pelembap muka untuk memberi lembapan yang diperlukan untuk kulit.. Pilih pelembap yang ade SPF sebab boleh melindungi kulit dari sinar uv yang kuat.. 

TAMBAHAN

MASKER, MOISTURIZER MALAM, SCRUB

Masker- Pakailah masker 2 kali seminggu.. Kalau korang ade big pores cam maz, pakailah jenis clay.. Ia boleh membantu pengecilan liang roma.

Scrub- Buatlah 2-3 kali seminggu.. Bergantung pada jenis kulit.. Pilih yang ada micro scrubber kerana lebih membantu menghilangkan kulit mati di muka. Kalau kulit jenis kering, kurangkan penggunaan scrub yer.

Moisturizer malam- Pakailah sebelum melelapkan mata untuk penjagaan kulit di waktu malam.. 

Tips: Minum air masak secukupnya.. Pastikan lapan gelas sehari.. Kalau lebih, lagi baik. Insya Allah

Itu sahaja perkongsian untuk hari nie.. Harap dapat membantu.. Insya Allah maz akan kongsi skincare baru maz.. Tunggu yer..

11 comments:

msredcheesecake said...

selalu cuci muka je, yg lelain tu tengok tahap kerajinan... hheee

Nurul Mazni Sawal said...

@msredcheesecake: tu yang salah tu. benda ni kita kene rajin.. walaupun kulit tak der masalah..

NUR FARHANA ZAIDI said...

kita baru ingat dah macam malas nak pakai toner. huhu.

Magic Chic said...

Hi Maz, sya pun tengah pikir camne nk hilangkan pori2 besar kat muka ni...lately muka ada large pores...thanks for the skincare tips~

Nurul Mazni Sawal said...

@NUR FARHANA ZAIDI: macam tu kenelah rajin yunk..

Nurul Mazni Sawal said...

@Magic Chic: no prob dear.. gud luck keyh.

eyida said...

kulit muka sangat teruk sekarang..bnyk jerawat..:( xtau nak pakai produk apa dh..huhu

eyida said...

dah try search fb awk tapi tak jumpa pon..add saya boleh...klik fb sy dekat blog :)

Nisa Fuzi said...

nisa sinngah baca tips ni. thanks. rasa nak pi cari mask sekarang jugak !

Anonymous said...

I just wanna give you some advice, hurm, I think you should find a foundation that suits yr skin colour bcus, if you apply foundation that are lighter than yr skin tone, you'll look fake.

Nurul Mazni Sawal said...

@Anonymous: mr/mrs anon.. tengs for ur advice.. but have u know my own skin tone? i dunt think i choose the wrong color for my skin. n i dunt think i look fake. unless it was so different until 2-3 shade different. think before say :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...