January 31, 2012

Sambung Study atau TAK??

Assalammualaikum..

Hari ni dah penghujung hari untuk bulan Januari.. Cepat jer mase berlalu.. Saper yang terlambat tu, hi-hi bye-bye jerlah jawabnya.. 

Tak lama lagi result untuk kemasukan ijazah ke UiTM akan diumumkan.. Semalam maz check, keputusan keluar pada hari khamis nie iaitu 2 Februari 2012.. 

Maz memang excited sangat nak pergi sambung belajar balik.. Rindu nak bergelumang dengan kertas-kertas, assignment, dan rindu nak ke kelas semula.. Tapi kenapa bila result dah nak keluar, hati ni berbelah bahagi pulak?

muka sedih sangat!

Maz masih lagi ragu-ragu nak sambung study.. Tambahan pulak maz risau kalau kene pergi jauh-jauh.. Satu sebabnya, maz risau kerjaya maz yang sekarang akan terjejas bila maz pergi jauh-jauh. Tulah sebab maz try mohon masscom sebab nak duduk kat Shah Alam.

Tapi satu sebab lagi maz pilih masscom, maz dah tak mo ambik subjek yang link dengan course time maz diploma.. Maz nak lari dari kebiasaan dan cuba sesuatu yang baru.. Mungkin maz patot develop perasaan cam ni untuk tempat baru yang maz tak tau lagi kat mana..

Siyesly sekarang ni memang perasaan ni 50-50 jer rasanya.. Antara nak pergi kalau dapat Shah Alam atau tak kalau dapat jauh-jauh...

Doa maz moga dapat Shah Alam.. Bukan sebab maz anak manja tak boleh berenggang dengan family.. Tapi maz fikirkan kerjaya maz.. Kalau kate maz tercampak jauh, macam mane dengan kerjaya yang maz dah tempuh nak dekat setahun nie?? 

Maz percaya rezeki seseorang tu telah ditentukan oleh ALLAH.. Maz tak ragu-ragu dengan itu.. Cuma maz berharap doa maz dimakbulkan DIA... 


Thanks sebab bace.. Korang pernah tak rase cam ni? Kongsi-kongsilah :)

15 comments:

Farah Dania said...

sambung la belajar..insya-Allah rezeki ada di mana2...tambahkan ilmu seberapa banyak yang boleh :D

starzieti said...

same la kite maz. bdebar2 tgu result uitm kua khamis nih. ;)

Cheyah said...

Semoga maz dapat study dkt shah alam, dkt ngn family n dpt teruskan kerjaya. Semoga success :)

Ckin Kembaq said...

ada hikmahnya kalu dpt jauh, ada hikmahnya kalu dpt dekat...insyaAllah.. ^_^

Makwe Kintan said...

maz sifat ragu-ragu itu biasa pada manusia. namun itu hanyalah bisikan syaitan dalam hati kita. Supaya kita was-was untuk melakukan kebaikan. terutama mencari ilmu. Syaitan tak suka pada manusia yang berilmu. Cadangan saya andai dapat Uitm tu pergilah. mungkin maz dpt kembangkan lagi karier maz dgn lbh jauh. Adik sy pun blja masscom uitm skang. bidang ni bagus. dapat kembangkan sosial dan komunikasi dgn org rmai. Hal bisnes tu apa kata bincang dgn fmly. klu dieorg leh tlg maz utk sama2 uruskan.lagipun weekend kan ada.nak seribu dayakan.Ramai dah contoh org yang study fulltime tp kerjaya jg seiringan. Cthnya photographer Annas Easkey. klu tak silaplah. Peluang yg ada jgn dilepaskan. Bersusah dulu senang kemudian.sy jgk excited tgu result apply uitm 2 feb ni..nk smbg study jgk tahun ni...hehe pnjng sy mengarut...maz jgn mrh ye...

Nurul Mazni Sawal said...

@Farah Dania: insya allah farah.. terima kasih yer..

nur anis said...

semoga dapat rezeki kat shah alam..:)

Nurul Mazni Sawal said...

@starzieti: zati pun mohon jugak situ ye? mohon ape?

Nurul Mazni Sawal said...

@Cheyah: che yah, amin2.. semoga termbakbul doa cheyah tu..

Nurul Mazni Sawal said...

@Ckin Kembaq: yer ckin.. maz harap yg terbaik utk nie :)

Nurul Mazni Sawal said...

@Makwe Kintan: tak panjanglah.. suke bace.. terima kasih yer.. insya allah.. maz jadikan orang2 yg berjaya sebagai pendorong semangat.. kalau annas yg study jauh kat johor boleh turun kl buat keje dia, takkan maz tak boleh kan?? tengs2 :)

mizerni said...

hye maz, i'm ur new follower..

Maz proceed je dgn niat tu tok study, nnt dh smbg still leh wat bisness gak,of cos ur talent tu diperlukn student2 especially time dinner o others function..

mizerni said...

hye maz...i'm ur new follower..wee


Maz proceed je dgn niat maz tok study tu,Insyallah evrythng akn dipermudhkn n Maz still boleh buat bisness gak time study tu,khidmat Maz mmg sgt2 dperlukn student if ad event.(ni brdsrkn pngalamn time study kat uitm s.alm dlu)

Unknown said...

huhu..smbung jee..bleyh tmbahkan klayakan kta lg..^^

Qa said...

kak maz, sambung je coz peluang blaja ni ssh na dapat, tambah2 skang ni byk pesaing, btw sambung degree ni byk sgt2 benefit salah satu nye tangga gaji between diploma n degree pun beza, better sambung stdy. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...