Assalammualaikum...
Little Love Always telah melangkah setapak lagi apabila berjaya membuat second blog khas untuk hasil kerja maz untuk customer-customer maz.. [ceyh ayat!! skema gila]
*welcome to my wonderland :)
Sebenarnya maz buat second blog tu bukan sebab bajet hot.. Kalau bajet hot blog sedia ade sekarang mesti dah cecah follower banyak-banyak.. Kan?? Tapi follower maz pun berapa kerat sangat.. Terima kasih yer..
Maz tak boleh nak uruskan semua kat blog sedia ada.. Sebab tu walaupun berat hati sebab takut tak boleh manage dua-dua sekali.. Maz cuba jugak.. Maka terciptalah blog kedua maz khas untuk mereka yang ingin melihat hasil kerja maz.
Maz akan update pelan-pelan.. So maz mintak maaflah kalau progress tu agak lambat sebab maz pun kene fokuskan pada blog kesayangan maz ni jugak.. Mana boleh tinggal-tinggal blog nie.. Nanti rindu-rinduannnnnn.....
Korang boleh carik blog maz tu kat sini: LITTLE LOVE ALWAYS
Kenapa nama second blog sama dengan first blog? Sebabnya nama LITTLE LOVE ALWAYS ni dah jadi branding name untuk blog dan jugak business maz.. So sayanglah kalau maz tukar nama semata-mata untuk business kan.. Nanti orang tak dapat carik dah.. Lagi pun nama ni comel kan??? [angguk cepat!!]
Segala yang korang ingin tahu mengenai hasil kerja mekap maz boleh dilihat di situ.. Price dan juga service yang maz tawarkan juga ade disitu.. Number telefon pun ada.. Tapi please!! Maz tak layan number yang nak ajak mesej bukan-bukan yer.. Hanya untuk mereka yang serius sahaja!
Dan blog kedua maz tu pun masih dalam renovation.. Header pun tak der.. Kesengalan melanda bila terpaksa bukak photoshop dan study balik macam mana nak buat header. Tapi tak per.. Cabaran sebenarnye tu.. Heheehehehe.. Nak usik HTML memang lagi tak reti.. Nak upah orang?? Tak mampu dah!!! hehehe
So itu jerlah.. Nanti bila navigation kat blog ni dah siap maz akan letak satu tab bertajuk M.U.A. Kat situ korang boleh terus direct ke kedua maz tu untuk sebarang rujukan..
Terima kasih pada semua sebab sudi membaca.. dan terima kasih jugak pada yang menyokong maz.. Maz sayang korang semua ketat-ketattttt!!
Pssst: Followlah blog maz untuk sebarang update.. Maz akan follow blog korang balik yer.. :) Jangan segan silu tanya harga mekap.. hehehehe
Tweet
1 comment:
semoga bisness maz berjalan dgn lancar hendaknya :) gogogo...
violencexx.blogspot.com
Post a Comment