November 20, 2011

Mentaliti Penonton Melayu Terhadap Cerita Melayu Sekarang!

Assalammualaikum...

Cam lama pulak maz tak buat font maz ketepi cam nie.. Asyik dok tengah jer. Bosan pulak kan.. Sekali sekala tukar.. Nanti font ke kanan pulak.. hehehehehe

Okeyh-okeyh.. Saper yang tengok cerekarama PAYUNG EMAS tadi sila angkat tangan tinggi-tinggi.. Wuishhhhh.. Boleyh tahan ramai.. Yang tak angkat tangan tu tengok citer ape tadi?? Well, maz tak tau citer apa yang ade kat rancangan lain tadi. Tapi maz teringin nak layan citer ni bukan sebab REMY ISHAK, bukan jugak sebab FARAHDHIYA yang putih gebu tu, dan bukan jugak sebab pelakon yang pegang watak KHATIJAH tadi.


Ikhlasnya citer tu biasa-biasa aje.. Tapi apa yang buat maz melekat dan setia menonton bila maz terfikir apa mentaliti sesetengah dari penonton cerita melayu terhadap drama-drama melayu kita kat televisyen?

Konpem ada yang jadi pengarah tak bergaji atau penulis skrip tak bertauliah menjangka patah-patah ucapan atau scene yang bakal berlaku selepas ini.. Paling tak best bila awal-awal dah label telefilem ni telefilem sedih..

Sepanjang maz menonton cerita ni, maz boley kira berapa kali maz menangis.. Tapi bukan sebab part tu sedih sangat sampai pelakonnya menangis beria-beria untuk tarik simpati.. Tapi sebab kata-kata yang dilontarkan dan dibaitkan oleh penulis skrip dan diucapkan dengan baik oleh pelakon yang buat maz sedih.. Itu bagi maz lah..

Owh-owh.. Maz bukan nak jadi pengulas drama hatta pengulas filem keyh.. Cuma maz rase minda melayu kita ni haruslah ade sifat jati dirinya jugak untuk kita sama-sama membantu industri seni di negara kita berkembang seiring arus permodenan.. Dan jugak lebih ramai anak muda yang bakal dilahirkan untuk menghasilkan sebuah karya yang bagus dan terbaik..

Sampai sini jerlah maz membebel.. Macam panjang jer bercakap.. Dan macam lama jer tak buat tutorial mekap.. Haishhhhh.. Insya allah esok maz cuba edit video secepat yang mungkin dah publish..




P/s: Payung emas buat isteri yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan suaminya dan kesinambungan zuriat.. Dalam zaman sekarang nie, masih ramai tak yang sudi BERKORBAN?

1 comment:

Razf said...

WAHHH maz feelingnye sampai nangis.. hehehe.. tengok gak citer ni. susah kan nak jadi adil. huhu. lelaki fikir-fikirkanlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...