August 24, 2011

Wordless Wednesday #1: Wall post Merpati Dua Sejoli

Assalammualaikum... Alhamdulillah dah hampir 24 hari kita berpuasa. Eyh!! Belum cukup 24 hari lagi yer. Kang time maghrib baru cukup. Kirenye senang cakap kite dah masuk hari ke 24 ramadhan lah kan.. Haaaa.. Baru senang nak paham kalau gitu.

Sebenarnye maz siyesly tak berapa paham mula-mula apa maksud wordless Wednesday tu.. Kenapa ramai sangat blogger yang wat tajuk gitu? Tapi lama-lama maz paham. Mungkin untuk hari rabu dan juga khamis akan jadi tajuk yang sebegini. Mungkin sebab huruf WW tu gabungan yang menarik. Mungkin jugak. Dan siap ada number siri pulak tu. Contoh cam maz sekarang, baru nak start buat entry Wordless Wednesday nie kan, so maz kene letak number 1 kat hujung. So orang tau, "owh!! Baru nak wat entry gini". Hihihi

Okeyh! Mesti korang pelik kan naper maz cakap WALL POST MERPATI DUA SEJOLI??? [*maz, tak peliklah. Juz konfius!] Alahhhh.. Lebih kuranglah tu!

Arakiannya maka tersebutlah kisah *lipur lara pulak! Okeyh-okeyh tak. Serius keyh! Citernye gini. Ada tak kawan-kawan facebook korang yang mungkin berkapel, atau sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang tu, atau mungkin skandal atau mungkin jugak teman tapi mesra???? Kalau ada, cuba korang perhati home wall facebook korang, diorang ni rajin tak wall post?

*sumber google

Kawan maz dulu pernah lah mengadu pasal kapel kolej maz yang keje diorang asyik wall post padahal masing-masing ada number tepon. Bukannya susah pun nak mesej... Lagi senang and privacy pun terjaga. Maka tidak adalah yang bakal muntah hijau depan laptop!

Itu citer lain. Maz pun tak penah tengok diorang wall post. Tak taulah apa jadi kalau maz sendiri yang tengok kan.. Pengsan dah agaknyaaaa... [tak der keje aku nak pengsan lah!]

Yang terbaru nie, kawan-kawan facebook maz sendiri. Siapa? Maz tak perlu kenalkan. Okeyh! Maz tak kata maz sakit mata dengan apa yang ada di depan mata maz. Yerlah dah macam keje tetap pulak bile asyik dok membaca wall post diorang kan.. Mana tak nye, setiap kali bukak home, wall post diorang yang rajin keluar. Kalau wall post tu hide tak perlah gak. Ni maz rase adelah dalam semua mutual frens diorang boleh baca. 

Yang best part tu, "i tarik hidung u kang" pun nak wall post. IM lah guys! Macam kelihatan pathetic sangat diorang nie. Agak-agak dah lama sangat kenal tu, mintak je number phone. Mesej! Habis citer. Daripada dok berwall post bagai. Kalau sekali dua tak per. Ini HARI-HARI!!! Orang lain pun bercinta gak tak derlah teruja sangat macam korang.

* Sumber google

Sekali lagi maz tegaskan, maz tak sakit mata. Cuma carilah cara yang lain selain dok wall post hari-hari. Maz pun wall post gak. Tapi bile perlu jer atau lama sangat tak bertegur dengan orang tu. Haishhhh.. Yang wall post pun bukan budak-budak kecik. Dah besar dah. Boleyh fikir panjangggggggg....... 

Sampai disini sahaja celoteh hari nie.. Bubye dan selamat berbuka semuaaaa.. 







P/s: Teringin nak delete fren yang macam tu.. Tapi bila fikir mutual fren dia dengan kita ramai. Tak jadilah.... Ni baru wall post. Kalau yang dok rajin update status tu pun orang dah tak senang tengok.. Macam-macam!


2 comments:

the dietitian said...

kalu xclp wordless wednesday adelah entry mcm letak gamba je ke..or just due tiga perkataan jek..means cm xde xplaination but only picture yg cite everything..

Nurul Mazni Sawal said...

@en.doktor & cik dietitian: a'ahlah.. betol2.. silap lah nie.. sah tak tau.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...