Maz tak nak cerita panjang, sebab maz nak cepat. Insya allah tak esok, mungkin lusa maz akan update satu lagi tutorial mekap di pagi raya. Mekap kali ni adalah inspirasi dari KIM KARDASHIAN. Kalau korang tak kenal memang masalah besar lah. Hehehee.. Ni haaaa orangnye..
*dalam banyak-banyak gambar, ni jer yang sopan habis.
Kim Kardashian sangat sukakan kaler-kaler earth dan juga warna-warna gelap cam hitam, coklat, putih, krim.. So, inspirasi mekap kali ni adalah daripada gaya kebiasaan Kim apabila muncul di majlis-majlis. Meyh kite check!!
KIM KARDASHIAN INSPIRATION LOOK
Sapukan warna hitam macam dalam gambar nie. Jangan lupa blend dengan berus.
Lepas tu ambik warna coklat dan sapukan atas warna hitam tadi untuk softkan sikit look tu.
Bahagian tengah yang kosong tu, warna dengan white eyeliner pencil. Penuhkan bahagian
yang kosong sahaja.
Untuk bawah mata pulak, sapukan warna hitam yang dicampur coklat tadi. Dan sapu
sampai ke hujung.
Sapukan warna krim highlight di bahagian tulang kening.
Pakai celak seperti dalam gambar. Jangan lupa sapukan hitam di garisan air mata.
So... Dah pun siap. Untuk lipstick maz akan pakai warna nude dari The Body Shop. Dan akhiri dengan lipgloss. Sebab mekap ni dah nampak berat. Lips atau pun pipi jangan tebal sangat. Owh!! Untuk pipi maz pakai blusher pink tapi yang tak terang sangat.. So yang bawah nie adalah finish look..
So, apa pendapat korang??? Selamat mencuba yer.. Senang jer nieeeee.. Rujuk jer gambar. Sepuluh kali pun tak per.. Hehehehe
Kalau tak paham, jangan lupe tanye soalan yer.. Bubyeeeee!!!
P/s: Tak letak list produk naper maz??? "eyh! ye ker tak letak. Alah dah publish lah..hehehehehe..
Tweet
No comments:
Post a Comment