June 9, 2011

URUSAN KERJA KAHWIN PART 1

Bismillah... Haiiii semua!

Korang ni macam ade satu kepantangan kan biler citer pasal bab KAHWIN.. Laju jer nak komen, laju jer nak bukak mulut pasal IMPIAN PERKAHWINAN korang yang tak sudah tu. Nak dalam tamanlah, tepi sungai, atas tasik, dalam air.. Gitu, gini.. Tu belom cakap lagi pasal hantaran, baju kahwin, pelamin, goody bag, doorgift, segala macam gift korang nak sumbat dalam beg kecik comel tu kan. Kalau boleyh segala macam khazanah kat kedai hantaran tu pun korang nak bagi kat tetamu korang sebab TERLAMPAU HAPPY sangat...

Tapi korang kene fikir berape banyak budget korang yang keluar. Baper banyak duit korang kene laburkan. Memanglah kalau cerita pasal bab KAHWIN ni, sampai 1000 purnama pun belum tentu habis. Apakan lagi yang dah berkahwin. Kalau zaman mak ayah kite kahwin dulu, bajet murah jer. Duit pun tak banyak berhabis. Tapi sekarang jangan cakaplah. Pung pang, pung pang pun konpem 10-20 ribu berhabis untuk kenduri jer.

Meyh kite selongkar sket urusan kahwin mahwin ni dari segala segi:

Kad Kahwin
Kenapa agaknya kad kahwin dulu?? Sebab maz dah skip step-step cam musyawarah bersama kaum tetangga di kawasan kejiranan dan sebagainya. Itu tak pakai duit sebab konfirm-konfirm kalau nak buat mesyuarat adik beradik, takat jamu air bujang jer. Teeetttt! Kedokut bonar ko kan.. Okeyh2. Kad Kahwin ni motifnye adalah untuk memberitahu semua di seluruh dunia [kalau sampailah kan] yang korang bakal mendirikan masjid bersama pasangan korang.

Kad kahwin nak cetak cam ner pulak? Ada muka time beso, time kecik, gambar cincin dua pasang, or kosong jer juz kerawang-kerawang bunga. Warna warni or satu satu warna, wangi tak wangi? Memang banyak... Banyak sampai tak terlist disini. Lepas tu kene fikir nak cetak berapa banyak pulak. Sekarang ni memang senang, ade FACEBOOK. Create jer EVENT, ajaklah ratus-ratus atau ribu riban kawan korang kat facebook tu. Tapi maz kurang berkenan sikit. Maz tetap suka cara lama, BAK MAI KAD KAHWIN KORANGGGG KALAU NAK MAZ DATANG. *bajet VVIP sekali sekalalah kannn..

*Credit Uncle Google


MEKAP DAN PHOTOGRAPHY, VIDEOGRAPHER

Perkara penting untuk majlis korang. Jangan bagitahu maz yang korang tak teringin kelihatan cantik atau segak di hari bahagian korang. Dan jangan beritahu jugak yang korang tak nak moment terindah korang di abadikan untuk tatapan anak cucu cicit korang nanti..

Penting untuk korang tahu. Semua ni menggunakan khidmat manusia. Means bukan robot mekapkan korang, bukan teddy ambikkan gambar dan bukan jugak spongebob yang jadi videographer. MANUSIAAAA! Sila paham yer. Maka itu, korang haruslah menempah dan bertanyakan mereka adakah tarikh begini-begini FREE. Mereka-mereka ini golongan professional. Kalau boleh 3 bulan atau 6 bulan sebelom kenduri korang dan pasangan dah kene reki saper yang nak mekap, saper yang nak ambik gambar. 

Memang bertuah sangat-sangat kalau korang banyak click dari golongan-golongan nie. Apa-apa korang senang runding dan boleyhlah mintak diskaun lebih sket. Hehehehehe..



*Credit uncle Google

PELAMIN DAN BAJU KAHWIN

Bagi yang nak merase duduk di atas kerusi pelamin, kalau takat korang hadir kenduri orang, pastu duduk di kerusi pelamin tanpa baju kahwin yang meriah, takkan terase feelnye.. Pelamin sekarang macam-macam jenis. Ada yang simple, dan ada juga yang meriah terutama bagi yang berpoket tebal. Hiasan bunga keliling pelamin tak payah cakap. Tak mau bunga plastik. Nak bunga segar, import lagi. Lampu chandeliar kalau boleyh yang tahap nak cecah kepala tu. Biar banyak kristal-kristalnye.

Kerusi tinggi tak hingat, pelamin kene ikut tema. Bali tradisional, dalam taman, moden, gaya istana dulukala, arabic theme.. Poning jap mikir.. Huhuhuhu

Tutup pasal pelamin, bukak pasal baju kawin pulak. Sekarang macam-macam trend baju kahwin kat butik. Yang lace 4-5 lapis, velvet gitu-gini. Veil panjang 1-5 meter. Belom masuk hiasan kepala, hiasan tangan, kaki. Memang macam-macam. Ada tambahan tukar-tukar baju untuk sesi bergambar pulak. Ala-ala puteri cina, kimono, puteri jawa. Tinggal tak style ala-ala avatar ker, superwoman ker, wondergirl ker. Eyh! Tu kumpulan korea popular. Hehehehe



     *Credit Uncle Google


Nak stop sampai sini dulu.Dah tak larat menaip dan memikio kan pasal urusan dan keje kahwin nie. Ceyh! Macam maz pulak mau kahwin kan?? Baru tiga hal jer maz sebut. Ni belom masuk lagi kerusi, meja makan, khemah, lauk pauk, hiasan bilik pengantin, katil baru, almari solek baru, rantai baru, gelang baru.. Hanguslah duit. Botak kepala gini!

Sambung lagi nanti yer... Muaaaaaahhhhhhh~~ SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA YANG SUDAH DAN AKAN MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. SEMOGA KEKAL HINGGA AKHIR HAYAT!! AMINNNNNN

P/s: Usah dikisahkan urutan subjek-subjek tu yer. Sebab maz tak ikut urutan pun. Suke hati koranglah nak buat step mana dulu. Bukan panduan untuk pengantin pun. Cuma sekadar pandangan. 

2 comments:

Najah SHakiLa said...

Good luck 4 ur dream..10 tahun akn dtg ye..;)

Nurul Mazni Sawal said...

@Najah ShakiLa: rasenye tak der pulak citer pasal impian maz dlm entry tu. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...