Alhamdulillah.. Selesai sudah ADEQ MODELLING AGENCY GRAND DINNER AND FASHION SHOW 2011 kat hotel di shah alam. Fuhhhhhhhhh!!!! Pergggghh!! Gaya cakap macam organizer event jer kan?? Tak derlah.. Saya datang situ sebab nak mekap model jer. Itu pun jemputan dari organizer sendiri sebab team MUA tak cukup orang.
Best sangat tau!! Walaupun penat kejap berdiri, kejap mencangkung dok mekap orang. Tapi hasilnya puas hati. Saya sendiri mekap dekat 3 oranglah jugak. Dan hasilnya, nasib baik akak-akak model tu suke. Yerlah. Sebab saya orang baru, banyak benda lagi saya tak tahu.
Petang ni pun ada job mekap lagi. Tapi jauh nun di SEREMBAN. Nak kesane kene naik KTM. Wuuuuuu.. Ulat gonggok tu lagi..
Sekarang ni doa saya, kalau bisnes ni boleh pergi jauh saya dapatlah beli sebiji kereta. Dapat second hand pun tak perlah. Asalkan ada. Sebab senang kalau nak kemana-mana. Apa guna renew lesen kalau tak drive. Membazir duit jer tauk!! Tuhan marah kalau kita membazir.. Hehehehe
So, sedikit snapshot sekitar tempat mekap. Jangan tanya mana model-model lain. Saya tak menang tangan nak snap gambar, nak mekap orang. Tu yang tak der gambar sebelum dan selepas mekap tu. Kalau ada yang ingatkan, adalah gambarnye. Kalau tak, maka tak derlah.. Hahahahhaa
Dan antara model yang saya mekap tu, ada seorang model yang dah popular.. Baru-baru ni jadi cover majalah NUR edisi MEI 2011.. Tak sangka dapat mekap model ternama tau.. Yang dah biasa keje dengan nama-nama besar. Thanks akak.. Nanti nak guna khidmat saya, panggil jer. Murah pun murah..
Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-cita Itu SAYAAAA......!!!
P/s: Untuk sebarang soalan berkaitan perkhidmatan mekap saya, bolehlah add facebook saya: MELISSA RAMIRO. Saya akan jelaskan segalanya mengenai perkhidmatan mekap yang saya sediakan yer..
2 comments:
gud job adik ;)
smga success di masa akan dtg ye..
make up kan sis skali tau pasni ;)
♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥: thanks sis pinky.. mekapkan akak?? akak punyer mekap pun superb lah.. hehehe
Post a Comment