March 13, 2011

Untuk Mudahkan Korang Loading

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ni macam bahagia semacam jer kan? Kenapa eyh??

Seperti yang korang boleh baca kat tajuk entry nie kan.. Saya dah buat beberapa perubahan kecil yang impaknya besar pada blog ini dan korang jugaklah. Okeyh.. Terus teranglah kan, korang suka blog yang senang nak loading atau yang lambat nak loading walaupun tujuan korang cuma nak baca entry beliau jer??

Mestilah jawapannya nak yang senang loading kan. Tahu dah~ Sebab bukan semua kemudahan internet kat MALAYSIA TERCINTA ni laju. Kalau laju pun, korang maklumlah sendiri mahal tak mahal kalau subscribe.. Konon nak upgrade itulah, inilah.. Hasilnya tak kemane jua. Samalah cam perkhidmatan KOMUTER ULAT GONGGOK tu. Panas jer hati kalau terpaksa naik ulat gonggok.

So... Apa perubahan yang CIK PENULIS MALAS YANG PENUH CINTA DAN CITA-CITA @ CIK LITTLE LOVE ALWAYS ni dah buat kat blog dia?? Sikit jer..  Tak banyak pun. Meyh review gambar kat bawah nie


Nampak tak??? Nampaklah kan.. Scroll box yang ada banner HEARTBEAT. Yup! Saya dah mudahkan untuk korang view blog ini dengan meletakkan banner HEARTBEAT, NuffNang dan juga FACEBOOK LIKE BOX ke dalam scroll box ini. Motifnya adalah untuk menyenangkan korang dan tak derlah serabut+bersepah-sepah blog saya nie kan.
  • Saya juga kurangkan gambar kat section SIAPA SAYA. Kalau sebelum ni ada 4 gambar. Saya telah buang 3 daripadanya menjadikan hanya ada satu gambar sahaja di situ. 
  • Section JOINLAH SEKALI KALAU BERMINAT yang ada SAHABAT BLOG dan juga FACEBLOG banner juga telah mengalami formasinya tersendiri. *uiks!! Sama macam SECTION KLIK SINI KALAU NAK TAHU
  • Dah buang lagu kat blog. Kalau sebelum ni saya galak letak lagu kat blog.. Ada lagu Surga Cinta-Ada Band, Lewat Semesta-Randy Pangalila dan sebagainya.. Dengan rasminya saya dah buang sebab saya sendiri yang rasa macam annoying gila. Yerlah korang bayangkan. Setiap kali nak tengok blog selepas publish post, asyiklah lagu yang sama. Sampai nak muak dengar. Last-last buang. Tu pun lepas ada seorang ahli SAHABAT BLOGGER post pasal lagu kat wall post.
  • Widget Acruose [betul ker eja nie?] yang ada gambar gadis muslimah tu pun saya dah buang. Sebab malaslah nak paksa orang komen-komen entry. Kalau korang suke, korang komen. Kalau tak suke, tutup mata jer. Tapi baca entry WAJIB!! Lalalala~~~
Itu jerlah rasanya. Rasa ringan sikit blog nie bila tengok kemas macam tu kan.. Mata korang pun tak derlah sakit tengok widget banyak2 kat blog. Ini sekadar pesanan kepada blogger-blogger kat luar sana. Tak kiralah korang baru ker dah lama ker. Kemas-kemaskanlah sikit blog korang. Terpulanglah kalau korang dah lama tak update blog, tinggal sampai dah tahap bersawang gila babeng pun tak perlah. Yang penting kemaskan blog korang. Kurangkan widgets yang ada.

Ada ker orang datang blog korang nak tengok jam padahal laptop diaorang sendiri dah ada jam?? Dan ada ker pembaca datang blog untuk main game kat blog?????? FIKIRLAH SENDIRI. DAH BESAR PANJANG.. [ayat standard]

Dah habis citer dah... Sampai sini jerlah. Nak tamatkan mukadimah dengan............... KALAU RAJIN, KOMEN, KALAU TAK RAJIN BACA PUN JADILAH. JANGAN LUPA TINGGAL LINK KAT SHOUTBOX!!

Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-Cita itu SAYA.....

P/s: Saya suke blog YANG SIMPLE DAN SENANG LOADING. Lagi simple, lagi saya suke singgah. Tapi entry kasi KEBABOOM lah yer!!

2 comments:

Ze_Mhis said...

good.....entri!! tapi blog awak pun da lawa daaaa.. tang tengok jam dengan lagu kat blog tu pun saye setuju. pandai2 la pembaca pasang lagu senirik dan tengok jam senirik kalu deme nak. kalu nak letak lagu jugak boleh je, tapi letak la skali butang pause/stop supaya diorang bleh decide senirik nak dengar ke tak.

hepi blogging.

Nurul Mazni Sawal said...

Piah Becok: haaaa.. betol sangatlah tu cik piah becok.. hehehe.. datz y saya rase mmg patut ramai lagi blogger kurangkan widget yang ada kat blog. kdg2 serabut dah tengok. poning se..poning!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...