March 27, 2011

Bisnes Kecintaan Hati

PESANAN: ENTRY INI SEDIKIT PANJANG, PENUH DENGAN GAMBAR, KALAU NAK MUNTAH, SILA MUNTAH DAN BLAH DARI BLOG SAYA. TAK HERAN PUN... Lalalala~~~

Assalammualaikum...

Wahhhhh!!! Agak lama mendiamkan diri dan tidak post sebarang entry pun selama hampir 4 hari!! Okeyh.. 4HARI!!! Terbaikkkkk.. Dulu yer-yerlah setiap hari mesti ada post. Ini terjadi kerana kekangan masa yang berlaku secara tidak sengaja [erk!] ....

Sebenarnye bukanlah sibuk mana pun. Cuma seminggu ni saya sibuk uruskan hal-hal tarian dan hal-hal mekap. Untuk pengetahuan semua, sekarang saya dah jalankan bisnes. Bisnes apakah???

TAJUK BISNES:

FREELANCE MUA.....

Lokasi: Dijalankan sekitar KUALA LUMPUR sahaja.

Hahahaha.. Dah macam wat bisnes proposal gitu. Saya tak sempat lagi nak buat pamphlet ker atau apa-apa advertising untuk bisnes nie sebab saya masih berfkir-fikir lagi. Boleyhkah saya jalankan bisnes tanpa kenderaan persendirian?? Hurrrrrmmmmmmm... Tapi jangan risau. Saya tetap akan ambik tempahan di sekitar kawasan KL sebab satu dekat dengan KOMUTER, LRT, MONOREL... dan bas dan teksi yang banyak. Atau kemungkinan besar untuk permulaan nie, saya akan sewa kereta atau PINJAM KERETA ATUKKU PULANG DARI KOTA??? Hihihihi....

Masih dalam perancangan lagi. Tapi korang jangan risau... Bila semua dah settle, saya akan cepat-cepat advertise kan bisnes saya ini... Kalau korang rase berminat dengan bisnes saya, korang boleh add saya di FACEBOOK: MELISSA RAMIRO atau pergi jer kat sidebar blog ni.. Add tau~

Antara gambar-gambar customer dan mereka yang telah gunakan khidmat saya sebagai FREELANCE MUA:










Kejap yer.. Ada lagi nie haaaa~~~

Dan semestinya gambar saya sendiri juga adalah antara gambar yang terselit dalam portfolio ini.. 
 



Saya ambik tempahan untuk outdoor/indoor photoshoot, mekap pengantin, event/function, bridesmaid. Tapi setakat ni hanya terhad untuk mekap sahajalah. Wardrobe saya tak sediakan. Harga?????? Nanti saya buat advertising keyh. Jangan risau~~ Hehehehe

Last but not least, rezeki saya agaknye semalam. Kawan saya dan pesan awal-awal, Datuk Khalid Jiwa atau Datuk K adalah kenalan kepada ayah beliau. OkeyH~ Semalam kenduri kahwin abg beliau yer. Saya ke sana atas nama bisnes. Kawan saya meminta dimekapkan. Hoyehhh!!! Rezeki~ Alhamdulillah.

Agak lama jugaklah saya kat kenduri tersebot. Suke sangat dengan pelamin dan dekorasi dewan. Sangat garden n fairytale wedding... Walaupun buat dalam dewan. Sejuk!!





Hahahaha.. Dah terpesong sudah.. Tadi cerita pasal Datuk K.. Ni tunjuk gmbar lain pulak. Relaks-relaks lah dulu. Tak lari mana pun.... Jadiiiiiiii.... Ini----->



Best giler korang tahu tak???!!! Dato Siti Nurhaliza adalah idola saya nombor satu. Terkelu lidahh nak cakap dengan beliau. Dahlah cantik, lembut jer.. Orang nak ambik gambar dengan beliau, beliau layan jer walaupun beliau nak makan masa tu.. Adoiiii!!!! Cantik sangat-sangat.

Tak keterlupaan, SELAMAT PENGANTIN BARU buat kedua-dua pengantin yer. Maaf! Saya keterlupaan nama lah.. Hehehehe

Pengantin sama HENSEM sama CANTIK... Hehehe

Itu jerlah. Saya rasa korang pun ada rasa nak muntah-muntah dah tengok entry ni  panjang semacam. Gambar yang banyak sebenarnye. Terima kasih sebab membaca yer~



Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-Cita itu SAYA.....

P/s: Seperti yang korang perasan, header blog dah berubah. Comot ker cantik??? Ikhlas keyh~ Buat sendiri tu. Nak belajar?? Tunggu tutorial malam nie yer.... [lepas ni habislah pembuat-pembuat header.. Dah ramai blogger yang reti wat header blog sendiri.. hehehehe]


1 comment:

Fiqa said...

Assalam.

Dik, akak add adik dekat fb..

Akak pakai purdah, and I'm getting married soon. Hujung bulan 6, insya Allah.. Bila tengok adik jadi mak andam for kak toy, akak berminat sangat dengan make up pengantin adik..

Kalau boleh akak tanya details about your make up, pricing, etc..

Adik boleh jadi photographer jugak ke? I'm looking for woman photographer.. Adik letak lah photos yang adik pernah captured before this.. Boleh tak?

Thank you sangat2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...