February 13, 2011

Natural Bridal Looking Makeup Tutorial

SELAMAT.... PENGANTIN BARU.... SEMOGA KE ANAK CUCU.. BAHGIA....[sambung sendiri. Ni kalau masuk Jangan Lupa Lirik, kalah nie weyh!]

Hahahaha.. Apa kes tiba-tiba nyanyi lagu pengantin ni kan?? Saya nak kahwin ker? Hohoho.. Bukanlah. Kan semalam dah bagitahu hari ni nak majlis nikah saya. Jadi saya nak tunjuk tutorial yang saya buat semalam. E'eyh!! Bukan-bukan majlis nikah. Hahahaha.. Korang pun baca jer kan. Tutorial jer yunk. Saya belom kahwin lagi tau! Still single. Available?? Tak tau. [miaahahahahha]

Pak....pong...Pakkkk... Pong...pong....pong..... Okeyh! Stop!

Tengahari ni time-time orang pergi makan lunch, saya update blog sebab per?? Sebab nenek saya tidak masak lagi. Santan tak der. Waaaa.... Perot dah lapar lorh.. Tapi tak apa. Semangat yang berkobar nak update tutorial mekap ni menyebabkan saya lupa segalanya. [yolah tu!!]

Tema tutorial mekap kali ini adalah mekap untuk pengantin. Nama untuk tutorial ni pulak NATURAL BRIDAL LOOKING. Sesuai untuk majlis pertunangan, majlis nikah dan juga sesuai untuk gadis-gadis yang ingin keluar dating. Kenapa pulak saya kata sesuai untuk tiga situasi tersebot?? Kalau nak tau lebih lanjut, baca dulu sampai habis.

*maafkan tuala yang menyibok di belakang. Turquoise tu.. hihii

Kenape tutup mulut?? Biarlah korang suspen sikit untuk tengok sampai habis mekap nie kan.. Thanx untuk selendang yang cantik dan mahal tu... 

Pertama sekali jom kite tengok barang-barang yang saya gunakan semalam untuk hasilkan mekap pengantin ini.


1. Mulakan mekap dengan memakai foundation. Untuk itu saya gunakan SimplySiti New Age.. Simply 5 Cream. Krim ni bagos sebab saya tak perlu nak pakai krim muka keran mengandungi semua yang diperlukan untuk mekap. Mengandungi SPF 20++. Dapat melindungi kulit dari ultra ungu yang bahaya tu.. Aplikasi kan titik di bahagian dahi, hidung, mata dan bawah mata, pipi dan dagu seterosnya bawah dagu. Kemudia seratakan dengan menggunakan jari hantu, jari manis dan jari kelingking. Jangan gunakan jari telunjuk dan ibu jari sebab tekanan kedua-dua jari itu akan menimbulkan kedutan di wajah dengan cepat. Takot?? Jadi guna 3 jari tersebot aje.

2. Aplikasikan pula CONCEALER untuk menutup cela dan noda di wajah. Sebaiknya aplikasikan sebelom memakai bedak. Letak secara titik ataupun sapuan nipis di bahagian hitam bawah mata, merah-merah di bahagian hidung (jika ada) dan bekas-bekas jerawat atau dalam kes saya, jeragat. Tak payah banyak sangat asalkan cukup untuk tutup cela pun dah oke sangat-sangat.

3. Step seterusnya pakai bedak. Sebaiknya pilihan bedak adalah bedak dwi compact atau pun loose powder. Untuk sapuan bedak sempurna, pilihlah dwi compact sebab ia boleh tahan lama di muka. Produk SimpliSiti ni memang best sebab sapuan bedak nampak lembut dan licin. Caranya, korang basahkan span dan tekap bedak dimuka. Kemuadian lihatlah hasilnya seperti gambar di atas.

4. Lepas dah pakai foundation dan bedak, masa untuk aplikasikan eyeshadow. Untuk itu saya menggunakan 4 in 1 palet color jenama In2It.. Baru jer beli kat GUARDIAN minggu lepas dan baru guna minggu ini. Kesemua warna digunakan untuk hasilkan mekap nie. Kenapa number 1 tu ada dua?? Okeyh~ Jom check bawah.

5. Gambar pertama tu, gabungan warna eyeshadow nombor 1. Gabungkan dalam satu sapuan dan kemudian sapukan di bahagian kelopak mata. Tengok gambar nombor satu bagaimana sapuan yang dimaksodkan dibahagian kelopak mata jer. LEPAS TU... ambik warna nombor 2 dan sapukan seperti bulan sabit terbalik di bahagian atas sapuan eyeshadow nombor 1. Sapu separuh jer. Tak perlu sampai hujung kelopak mata.

6. Akhir step untuk eyeshadow, ambil warna putih shimmer berkod nombor 3 dan sapukan di bahagian tulang kening hinggah ke hujung kelopak mata [tengok gambar]. Ini untuk menonjolkan tulang pipi dan memberi efek mata bercahaya.


7. Pakai celak berwana coklat di bahagian atas bulu mata dan gantikan celak dengan eyeshadow warna kod 2 di bahagian bawah mata dan sapu separuh sahaja hingga bahagian tengah mata. [lihat gambar atas]


8. Pakai bulu mata palsu untuk memberi ilusi mata galak. Sapukan gam bulu mata palsu nipis-nipis dan tiup selama 10 saat sebelom pakai. Betul-betulkan sikit supaya bulu mata palsu terletak elok dimata. Dah siap pakai di kedua-dua belah mata, kepit bulu mata dengan pengepit dan sapukan maskara untuk menampakkan hasil natural.

9. Untuk step seterusnya ini, saya tidak tunjukkan gambar sebab terlupa snap. Pakai blusher di bahagian tulang pipi ke hujung dalam gerakan memanjang hingga ke hujung pipi. Dan akhirnya pakai lipstick berwarna pink dan lipgloss warna sama. Tak perlu pakai banyak-banyak. Sapukan lipstik dan gunakan jari manis seratakan di seluruh bahagian bibir. Begitu juga dengan lipgloss. Step yang sama diaplikasikan untuk hasil yang natural dan sedikit matte.

Jadi di bawah ini adalah gambar-gambar untuk hasil mekap ini.  Saya juga turut sertakan pilihan gaya selendang untuk pengantin-pengantin. Jom kita tengok:

Ini fesyen untuk gadis shawl. Kalau korang perasan selendang yang cantik ni ada lebih kat bahagian bawah macam huruf U.. Saya pakai syria dan lilit shawl ini seperti trend terbaru gadis shawl menawan...


Untuk gaya kedua  ni pulak, saya samakan hujung kiri dan kanan shawl kemudian bahagian tengah saya pinkan ke syria di bahagian telinga. Gunakan jarum peniti sahaja. Kemudian bahagian yang lebih disatukan di bahagian bawah dagu dan pinkan dengan kerongsang labuh. Bahagian belah kanan bawak ke atas kepala dan sebelah kiri bawak ke bahu kanan dan pinkan juga supaya tak jatuh.


Gaya gadis arab. Shawl hanya di pinkan di syria di bahagian telinga manakala kedua-dua belah dilepaskan. Sebaiknya pakai inner turtle neck untuk tidak menampakkan leher. 


Gaya untuk pengantin tidak bertudung. [rambut di hidekan]. Rambut dibiarkan lepas dan selendang dilettakan di atas bahagian rambut dan di pin dengan pin warna hitam atau pun pin bunga.

Akhir sekali, sebelum saya menamatkan tutorial ini, saya nak listkan barang-barang yang saya guna supaya nanti senang korang nak refer atau cari di kedai-kedai kosmetik. 

1. Foundation: SimpliSiti New Age Simply 5 Cream (SPF 20++, PA ++). Bau foundation ni BEST!!

2. SimpliSiti Simple Perfect 2 Way Cake in deep beige. [SPT 30].

3. Eyeshadow: In2It waterproff eye color collection code EWF 04 honeycomb. 

4. Celak: Avon G40 cosmic brown, glimmerstick eyeliner.

5. Maskara: Grow LUSCIOUS BY FABULASH, mascara waterproff code 001, blackest black.

6. Bulu mata palsu boleh cari di Sasa dan juga kedai-kedai kosmetik lain. Tiada jenama.

7. Circle Lens warna grey. Sugar candy grey. Cari di sini : Lovely Shop

8. L'oreal Paris, Blush. [code number dah tak nampak sebab pelekat dah hilang]

9. Maybelline Perfect concealer code 02, natural beige.

10. Sasa code 08, Glam Berry dan Lipgloss The Makeup Rouge Alevres code A05 Realrose Roseauthern. [beli di kedai thailand di Times Square]

TAMAT SUDAHHHHH tutorial untuk NATURAL BRIDAL LOOKING. Macam yang saya bagitahu awal-awal tadi, mekap ini sesuai untuk majlis tunang, majlis nikah dan dating. Sebab ianya tak terlalu keterlaluan bukan? Jadi lepas ni boleyhlah cuba kat rumah. 

Sebelum berhenti berceloteh, kat bawah ni ada sedikit gambar buat tatapan. [padahal dah banyak letak dah!] Alah...bukan selalu kan?? Yawwwww


P/s: Selamat Mencuba buat semua. Jangan takut mencuba dan kalau silap pun buat rilex jer. Korang nak nampak cantik kan? Dan ada setengahnya nak nampak cantik di hadapan suami, kekasih dan juga kawan-kawan. Jadi sabarlah kerana Sabar itu tangga kejayaan. Selamat MENCUBA SAYANG2KU!!

-----Special thanks to my untie sebab saya terlupa nak mintak kebenaran pinjam selendang ni semalam. Dia dah tido jadi saya ambil jer. Dah letak elok-elok dah. Kawan saya kata kalau dia marah, nangis dulu. Mana tau dia kesian, tak jadi nak marah malah bagi selendang lagi. Hahahaha

11 comments:

Anonymous said...

simple tapi sesuai..=)

Lalalatif said...

owh...lamanya tunggu entry ni..dari celik mata pagi tadi...
hahaha...
cantik...
i loike...
thanks ya...

Nurul Mazni Sawal said...

zoey: yup.. ssuai sangat..

lala: selamat mencuba tau..

ikeen said...

guwd luck dear =)

Lilynana Lexy said...

awk cantik :)

Nurul Mazni Sawal said...

lilynana lexy: thx lily~ semua gadis di luar sana pun cntik2..

Naz Al Yahya said...

simplenya...dan cantik. best klu dpt make up camni..

Nurul Mazni Sawal said...

Syarifah Nornazrah Al Yahya: nak try dear?? heehhe... cer try sikit2..

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

simple nye =) but nice tau dear.

Nurul Mazni Sawal said...

sis khumaera: wuuuu.. sis datang sini.. tq.. yup2.. simple look jer klu pengantin tak suke mekap yg berat2.. :)

Aqilah Azmi said...



love love love ittttt

bookmarked dah page akak hehehhe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...