January 22, 2011

Purple Gold Glowing MakeUp

Hai semua.. Sebelom paper, ada tak antara korang yang suke bermekap?? Tak kisahlah korang pandai or tak, tapi teringin rase nk dimekapkan?? Nak tengok diri sendiri nampak lain biler depan cermin?

Mekap ni tak mudah dan tak jugak susah kalau korang memang dah biasakan diri dengan peralatan mekap. Actually saya wat entry ni pown coz kawan saya, Syazz yang mintak saya wat entry macam nie. Kalau ikotkan memang dah lame nak buat, tapi tak terbuat-buat gak. N kalau nk tau gak, Syazz pun ada wat tutorial mekap. Simple mekap. Sure korang yang baru nak bertatih2 ni suke kan? Ni linknye keyh: 10 Simple Makeup Steps for Radiant Looks. *ajin2 lah tekan yer.

Sebelom tu cerita sikitlah kan macam mana saya boleh tersuka mekap nie. Dulu time kecik-kecik, saya dah terbiasa tengok mak cik-mak cik saya bermekap, berlawa. Mak saya pulak tak melarang kalau sibok2 mintak lipstick kaler merah menyala tu. Lagi merah lagilah suke!! heheheheh..... So begitulah alkisahnye kenapa sampai sekarang, saya dan mekap macam tak boleyh dipisahkan.. Dah macam adik beradik pun yer.

Tapi haros dipesan di sini yer. Apa-apa pown before start pakai mekap, make sure kulit korang dah dibersihkan dengan pembersih muka , tak kisahlah korang nk pakai jenama apa pun. Dalam case saya, saya pakai NANO WHITE CLAY CLEANSER. Tau kenapa clay atau pun tanah liat? Tanah liat adalah bagos untuk kulit yang berminyak sebab ia mampu membuang lebihan minyak di sekitar bahagian T dan dagu korang. Tambahan pulak ianya boleyh jugak menyegarkan dan merevitalisasi kulit korang sementara menyerap minyak baik untuk kulit. Owh! Bahasa agak klinikal yer. Sila bukak kamus. Hehehe. Tambah satu lagi, kulit korang jugak akan dibaiki dengan kebaikan clay atau dalam bahasa inggerisnye "refines your skin texture". KOrang paham2lah kan kalau translate pakai GOOGLE macam mane.

Dipendekkan cerita, jom kite view sikit ape keje saya sepanjang duduk rumah cuti semester lalu. Saya tahu gambar ni sedikit lama. Tapi tak derlah nampak usang pulak kan. Hahhaahah~ Juz tak update coz tak tau nk cerita macam ner. Ni baru tiba-tiba ade semangat sket, itupun selepas direquest oleyh cik syazz.


Tema untuk mekap ni saya panggil sebagai Purple Gold Glowing. Sebenarnye ini adalah dari tutorial MICHELLE PHAN jugak. Tapi akibat lupa title video tu, saya letak nama sendiri. Sesuka sesuki lah yer... Paduan warna ungu dan gold serta wrna putih shimmer memang satu kombinasi kaler yang cantik.


Macam gambar kat atas nie, kalau korang boleyh fokus kat bahagian mata jap, korang akan nampak warna ungu dan gold berpadu. Memang cantik dan secara tak langsung buat mata korang nampak cam glowing jer. Kalau nak lebih fokus, tengok gmbar bawah nie:


Nampak tak warna ungu dan gold serta white shimmer bergabung sekali. Memang cantik dan kreatif gak. Yerlah.. Kalau orang tu dah biasa bermain dengan warna, memang dia pandai create sumthing yang out of mind. Rite?? Untuk eyeliner pulak, saya gunakan eyeshadow warna hitam dlu sebagai base dan eyeliner jenis gel. Sapu nipis2 jer coz nak kekalkan mood mekap sebagai simple jer.

Yang lain-lain korang kekalkan je. Seperti pemakaian maskara untuk bagi bulu mata nampak lebat dan bervolume sket. Kemudian untuk pemerah pipi, janganlah merah cam nak wat pementasan opera pulak yer. Sikit-sikit cukup. Dan akhir sekali untuk bibir, sapukan warna merah bata dengan lipgloss.. Sedikit asalkan nmpak macam pakai gloss keyh.

Alatan untuk menyiapkan tutorial mekap nie pulak 100% barang-barang saya yang saya ada. Jom tengok sikit.


Lupa nak bagitau, mesti korang pelik kenapa ada eyeshadow coklat kat situ. Eyeshadow coklat ni digunakan sebagai shading untuk pipi dan sebagai blusher gak. Disebabkan bahagian mata dah meriah, pipi korang pun janganlah meriah jugak.. Sori sebab untuk yang ni tak der step macam mana saya buat mekap nie. Coz ini bukan tutorial. Cuma sekadar suka2. Maaf~ untuk keluaran lain saya akan buat tutorial keyh. Insya Allah..

Jadi sampai sinilah. Kalau korang nak sangat-sangat tau macam mana step mekap nie, saya tak derlah kedekot sangat keyh. Kat sini saya kongsi dengan korang link dari mekap guru saya-- Michelle Phan, Enchanting Christmas. Klik je keyh. Kalau tak korang tak tau.

So semua, good luck keyh! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bubye!!!

4 comments:

En Hazwan & Cik Syazz said...

i likeee..wah ada nama syazz di situ :P

En Hazwan & Cik Syazz said...

thanksss:P hehe ade gak nama syazz di situ yea:p

Nurul Mazni Sawal said...

hehehe..haruslah ade nama syazz.. ngeee...

Aqilah Azmi said...

omg kakkkkk
kalau tutorial mcm gmbr akak di header tu ni ke?
omg i wanna be pretty like uuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...