January 28, 2011

Korang tak der hak nak label orang sesuka hati

Wah... Tajuk entry jer macam dah marah-marah. Sebenarnye tak derlah marah. Cuma kadang-kadang hati yang sensitif ni kita kena jaga. Lagi-lagi kalau mulut LASER, LONGKANG, BAJET BAGUS MACAM DIA SORANG JER GOOD-GOOD ni bercakap. Memang tak der limit, memang tak der stop-stop punya. Kalau bawak kete tu, jumpe lampu kuning bukan nak bersedia untuk berhenti tapi dia lagi sedap pecut. Lagi sedap dia melaser, lagi bernanah hati yang mendengar. Haaaaa!!! Hambik ko.

Hari ni bukan lah aku nak bebel panjang-panjang pown. Tapi per masalahnye kalau aku tembam, demok, debab, berisi?? Apa lagi gelaran buat orang macam aku nie?? Yerrrr. Aku mengaku aku memang tembam.. Pipi aku kembong cm pelampong, perut aku dah macam burger Big Mac, berlapis-lapis macam kuih lapis. Peha aku besar macam drumstick ayam. Tapi untungnye sebab aku tinggi, rangka besar. Tu jer~ Jadi apa masalahnye kat korang-korang yang suke-suke menilai orang? Korang ada mulut, tapi korang tak der hak melabel orang sesuka hati.


Lagi bagos kalau orang tu mengaku sendiri macam yang aku buat sekarang. Aku nie memang lembot, memang hati baik, memang suke jaga hati orang. Tapi orang lain?? Ada terfikir nak jaga hati aku? Lagi ditindas-tindas, lagi dipijak-pijak perasaan aku ni adalah. Koranggggg.... Aku bukanlah tak terfikir nak langsingkan badan aku nie, kurangkan berat yang melanda aku nie. Tanyalah kawan aku. Dia pown dah bosan dengar aku asyik cakap benda yang sama every year. Tapi bukan senang. Kalau korang tak der disiplin, memang HANCOSLAHHHHH~~~

Setakat ni tahap kesihatan aku alhamdulillah jer. Aku pun masih aktif derma darah.. Darah aku masih diterima. Tidak di"reject" pown. Tapi aku mengakulah kadang-kadang aku cepat mengah. Aku masih cuba mengurangkan berat yang ada sekarang nie. Doakanlah yer semoga berhasil. Selain tu, korang ada nasihat berguna untuk aku???


Psssst: Maaf sebab tiba-tiba tukar bahasa diri. Hope korang tak kisah. Hari ni hari untuk aku mengganas. Hhahaha~~

6 comments:

~cik tiram~ said...

sabar laaaa....mulut org memang cenggitu..jahat...huhu..

Nurul Mazni Sawal said...

mulut orang memang tak leyh nak jagalah yunk. menci2~

Unknown said...

salam mazni, raudhah singgah yer =)

mazni ni tomey orgnya ..

belajar kat uniten ke?

Nurul Mazni Sawal said...

raudhah: thx dear..
nope. sy blajar kat kolej unikop. uniten no-no.. hehhe

aurora mokhtar said...

kalau derma darah bukan lagi gemukkan ke? rasanya ye sbb pernah terbaca..

Nurul Mazni Sawal said...

aurora: aku tak mkn ubat yg diorang bagi.. so tk der lah isu gemok kat situ~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...