November 12, 2010

ALKISAHNYAAAA

*Pakai fake eyelash dengan tak pakai. Pendapat korang?

Baiklah semua. Sila fokus pada penceritaan ceritera ini yer (macam zaman dahulu kala pulak). Sebelum tu, orang kata, before kita nak buat apa-apa, kena lah bagi salam. Menghormati namanye tu. ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SATU MALAYSIA. hik3... jawab2!

Hari ni tah apa malang menimpa lah. Nak kata MALANG sangat tu tak lah, tapi disebabkan "keterlupaan+kealpaan" coz nak mengejar balik cepat ke kolej, menyebabkan lappy yang dibawa tak disertakan bersama chargernye sekali. Haaaaa!!! no CHARGER!!!!??? yesss... no charger sayang-sayang ku. Bayangkan sendiri lappy tanpa charger, berapa lama boleh bertahan nye? yaaaawww!!! menci. Paling tak best, dah sampai kat STESEN LRT BANDAR TASIK SELATAN, baru sedar bahawa charger tersebut tertinggal! demn.... hahahhahah (mencarut ko yer!!)

Maka disini, saya telah merancang pelbagai strategi, bagaimana nak mendapatkan charger tersebut tanpa saya perlu mengeluarkan duit untuk naik teksi semula, balik ke rumah dan ambik charger. Membazir!!!

1. Meminta adik kesayangan saya, untuk menghantarnye ke LRT. Di sini yer, adik saya ini tidak mempunyai lesen motor mahupun kereta kerana dia baru berusia 14 tahun. Nak jadi cerita, dia kena naik teksi-hantar charger-balik rumah. Dan saya tak perlu kuarkan duit tambang teksi!!!

---------(kemudian mula berfikir, kesian adik saya...tukar strategi lah!)

2. Masih meminta bantuan adik saya, tapi dia tak payah naik teksi. Tapi mintak tolong jiran saya hantarkan dia ke stesyen.... Adik ambik charger-tumpang jiran-jiran hantar sampai LRT-saya ambik charger dari adik! Selesai!

----------(dan kemudiannya berfikir lagi. Cam ner kalau jiran saya tak leyh hantarkan or buzy memasak?? Tak mo ahhhh susahkan jiran!)

3. Strategi baru! Suwoh adik tunggu kat satu tempat bersama charger lappy-saya naik teksi sampai kawasan rumah-ambik charger dari adik-balik ke LRT semula! fewwwww!! Maka strategi inilah yang telah diaplikasikan. Dan hasilnya????!! TARAAAAAAA!!! fikir-fikirlah sendiri tambang teksinye~ ngaaaa (meleleyh tengok jumlah duit dalam dompet!)

Habis dah masalah yang membuat mood riang saya berubah. Kini berfikir kembali, nak pergi sampai SENTUL TIMUR or sampai MASJID JAMEK jer? Kalau pergi Sentul Timur, kena ambik teksi balik kolej, tambang mahal, duit dah lah tak dok! Kalau ke Masjid Jamek, kenalah berpeluh-peluh tunggu bus untuk ke kolej, dengan ketiadaan tempat menunggu bas yang berbumbung dan ada tempat duduk. (panas ko tau tak?! Elok-elok kat Titiwangsa, pigi tukar kat masjid jamek naper???) Perlah masalah saya nie marah korang ye tak?? heheehehe..... (sambil wat muke chumel: janganlah mawah saya????) 

Oke... 5 minit, tak der bus. 10 minit, bus lain yang datang. Dari jauh nampak cam number bas saya tapi bukan. keciwa lagi. 15 minit, yeah!! bus ku sudah datang!!!! dari jauh sudah menanti ketibaannya. Dan dalam masa yang sama ada lagi satu bas yang saya paling tak suke naik kerana tahap dah boleyh TERBARAI DAH!

TIBA2!!! eih3.. Kenapa bas tu melencong ke tempat lain??? waaaaaaaa......... menangis terduduk saya di tengah jalan tu. Ceit!! drama betol ayat. mana der nangis. Mampu tengok jerlah ianya berlalu pergi~~~~~ (korean song tiba2..mood sayu.) 

Tak per2. Alternatif lain, naik jerlah bus yang nak terbarai tu. Nak buat macam ner kan?? Duduk kat seat sorang2 munyer tau. Konduktor bus datang. Aish~!! Duit lagi. TErketar-ketar lah tangan kuarkan RM2.50 dari dompet.... Sikit punyer baik tempat yang saya dapat. Tuhan jerlah yang tau betapa hampir bekunye saya kat dalam tu. Dahlah dengan aircond yang dipasang tah berapa darjah celcius, elok menghala tepat ke saya tanpa boleyh diadjust, redha jerlah!!!!!

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN (kita pendek kan citer keyh???)

Masuklah dua mak cik ni yang mungkin dari pasar kot. (merujuk pada beg plastik yang dipegangnye)... Duduk kat belakang saya.. Pastu biler dah dapat duduk tu, agak2 badan pun dan sejuk, mulelah bukak citer. Dari citer pasal kahwin, sampailah ke rumah kediaman. Semua nak citer dan kalau boleh satu bas nak kasi dengar. Macam bas itu MEREKA yang punya yer..  

(petikan dari dialog mereka. Mungkin ada pertukaran sedikit kerana faktor ingatan yer..ngaaa3!!)

Mak Cik A: Dulu si polan (nama anak mak cik A) ni umur 4 tahun, suami saya dah meninggal. Ingatkan tak mo lah kawin lagi. Tapi dah jodoh kan. Saya kawin pun tanya gak anak-anak. Diorang setuju ker tak. katanye "kalau mak dah rasa orang tu boleh jaga mak, sayang mak, ok jer". 

Mak Cik B: Yerlah. betol lah tu kan... Dah jodoh.

Mak Cik A: Suami saya tu kisah pasal anak-anak dia. Kadang-kadang tanya gak pasal anak-anak kat sekolah (ipta). "Si polan tu ada duit ker?", "Adalah kot. tak kol pun"...

Mak Cik B: Yerlah..betol lah tu kan.... tak berkira namanye tu.

Pendek cerita ag, diorang cerita pulak pasal rumah diorang. Citer pasal apa tah. Tidak berapa nak paham, so skip jer. Tapi yang part last ni, saya suke sebab inilah masanye kita kena guna peribahasa "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". Betol kan peribahasa saya nie??? Senangnye pandang kiri kanan dulu before nak cakap. Cam tu lah.

(conversation balik. kali ni volume suara lagi tinggi)

Mak Cik A: Kawasan rumah kediaman kita tu nasib baik tak ramai cina. yerlah, tau lah cina kan.. India pun sama.

Mak Cik B: Yerlah! India ni memang. Kalau dapat yang INDIA PARIA YANG PENGOTOR tu lagi lah. Suke-suke hati diorang jer. Kalau dapat INDIA PARIA YANG PEMBERSIH tak per lagi. 

Mak Cik A: biasalah tu......

------ aish3!! mak cik-mak cik ku.. Time diorang berborak pasal tu, saya pandang belakang dan ternampak seorang mak cik india. Tapi muka dia sangatlah rilex sedangkan mak cik dua orang tu mengata pasal kaum dia. Alahai!! Tak mo cari gaduh kot... 

Tapi mak cik berdua tu pun tak boleyh lah mengata gitu. Kot nak cerita macam tu, pergi bersidang dengan ahli mesyuarat tingkap or Gossip Girls ker... Barulah gitu!!! Mengikut pengetahuan luas saya (luas ker??), paria ini adalah kasta paling rendah dalam golongan kasta di India... dan orang india sendiri paling pantang dipanggil PARIA. Sebab bukan semua yang datang sini dari golongan tersebut. *kalau agak-agak salah, sila check GOOGLE yer!! saya ni pemalas. Sekadar guna pengetahuan am jer. hehehe

Pengajarannya disini, kalau nak cerita gosip, jangan lah cerita dengan volume yang tinggi. Silalah rendahkan suara anda atau paling tidak, tutup mulut sahaja. Lebih afdalnya begitu. Kalau agak-agak kawan nak bergosip gak, iakan jerlah. Jangan dilayan atau dok sibuk menambah api. PAHAM2 sendiri lah yer....


Akhir kata, air dicincang takkan putus. aish!!! silap peribahasa lak.
Dah lah, dah lah... bubye semuaaaa!!!!!


2 comments:

نورول فريده said...

salam, mcm mana pun akk , akak tetap cantik :)

Nurul Mazni Sawal said...

fieyda: hehehe..fieyda ni out of topic lah yunk...btw, thx dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...