June 18, 2010

Darjat Seorang WANITA

Assalamualaikum semua blogger.. Selamat Petang!! 
Macam mana hari ni?? Semuanya elok-elok kan??
Harapnya macam tulah yer. Moga hari-hari kita diberkati ALLAH S.W.T.


Petang jumaat macam ni elok jugak kalau kita isikan dengan membaca bahan ilmiah atau korang lagi suke tidur???
Kurangkan tidur tu kan lebih baik.. Sama-samalah kita berpesan, sebab saya pun adakalanye lebih pentingkan tidur dari membaca..  


Post kali ni bukan saya yang karang.... Tapi saya copy paste dari Facebook kawan saya..
Buat renungan kita semua.. Moga yang membaca dapatlah memahami bahawasanya wanita itu dilahirkan bukan untuk diseksa jiwa raganya, tetapi untuk disayangi.


"Kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. 


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.





Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. 


Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah..."



Indah kan bait-bait kata dalam ayat nie?? Saya sendiri terharu betapa tingginya darjat seorang wanita itu disisi lelaki rupa-rupanya.. Tapi kenapa masih ramai wanita yang disakiti, didera fizikal dan mentalnya?? 

Dan apakah yang menyebabkan orang-orang dizaman jahiliah membuang anak perempuan mereka, malahan menanam mereka hidup-hidup?? Mungkin kerana tidak mendapat hidayah dari ALLAH dan agama ajaran Nabi Muhammad tidak sampai lagi kepada mereka. Dan adakah situasi ini berbalik semula kepada kita yang kini berada di zaman moden??? 


Hargailah wanita di sisi anda selagi mereka bernyawa.... Kerana mereka telah banyak berkorban untuk kita..

Little Love Always: FIRSYA MELISSA

3 comments:

Lucid Ikemal said...

mak saya juga seorang perempuan.

tanpa perempuan siapalah saya..
tamnpa perempuan juga bagaimanalah saya boleh mahu berbunga2.?

Nurul Mazni Sawal said...

yer..mak kita semua perempuan..
berbunga2??hahaha...mat bunga lah skang nie yer??

kindergartenlibrary said...

so sweet !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...