Firstly nak ucapkan SELAMAT DATANG BULAN JUNE kepada semua follower blog Little Love Always dan juga yang membaca tak kira dimana jua korang berada!! yeay2...dah tengah tahun rupanyer.
Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang tahun nie.. Tapi korang dah lunaskan hutang piutang puasa??
Bulan puasa pun nak dekat dah nie??
Apa kata ambik peluang yang datang nie sebagai cara untuk kuruskan badan sebelum menunggu bulan Ramadhan tiba..
Wah!! Siap bagi tips kesihatan pulak..
[hakikatnya nk berpesan-pesan kat diri sendiri sebenarnya..hak3!!!]
[hakikatnya nk berpesan-pesan kat diri sendiri sebenarnya..hak3!!!]
Sebenarnye nak say sorry sangat-sangat sebab sepatutnye saya post entry ni semalam lagi.
Tapi disebabkan tiada mood untuk mengarang [sumthing happened], jadi saya tangguhkan ke hari ini...
Punyalah banyak benda yang saya nk katakan...
Mula-mula sekali pasal berita yang baru saya tengok pukul 1.30 petang tadi di TV3... Saya ni bukan hantu berita.. Tapi sekali-sekala kenalah tahu apa yang berlaku sekarang kan.. Nanti tak pasal-pasal jadi macam katak bawah mug pulak.. HEhehehe...
Berita 1.30 tghari tadi asyik cakap pasal keadaan 11 warga Malaysia yang mengikuti misi sukarelawan menghantar bantuan ke Gaza yang telah diserang oleh ISRAEL!!!! Nasib diorang semua masih menjadi tanda tanya.. Mintak-mintaklah tak ada apa-apa yang berlaku kat diorang.... Amin~~
Cuma tak pahamlah kenapa Israel nak serang kapal tu yer?? Tindakan diorang tu memang kasi terbakar hati seluruh penduduk dunia lah..Memang kena kutuk habis-habislah tindakan B*D*H diorang tu... erghhh!! Sengal~!!
Tutup pasal berita dunia, nak citer sikitlah pasal semalam.... Semalam saya pergi Midvalley dengan adik lelaki saya yang kini sedang sibuk menguruskan hal kemasukan ke university pilihannya...
Nak dijadikan cerita, saya yang kena belanja dia sebab tujuan utama saya ke MidValley adalah untuk mencari novel Ramlee Awang Murshid yang terbaru iaitu Cinta Sufi.
*Cinta Sufi, pelengkap kepada triologi Bagaikan Puteri..
Inilah novelnya yang saya dok cari-cari sampai membawa saya ke MidValley.. Tapi orang kata dah alang-alang pergi berjalan, takkan pergi sekejap jer kan?? Sebelum cari novel ni, terlebih dulu kitaorang tengok wayang.
Cerita??? Shrek Forever After 3D.. Melayang RM18 untuk satu tiket wayang..dua orang tengok RM36.. huhuhu~~~
Tengok punya tengok, dah puas gelak-gelak bagai pecah perut, pergi makan lah dlu kat food court MidValley... Adik saya beli Grilled Chicken Chop..Nampak sedap tapi saya tak hingin makan sebab saya mencari nasi.. Puas cari-cari akhirnya saya pilih claypot... Menu saya Chicken Rice with Mushroom..Yummy!!! Sedap sangat-sangat..tapi tak habih, sebab banyak sangat..
Lepas tu barulah saya menjelajah MidValley untuk cari MPH BOOKSTORE. Hah!!!! Jumpa jugak akhirnya.. Masuk-masuk saya terus tuju kat bahagian novel..Jumpa-jumpa terus saya nak blah dah.. Hehehe..tak leyh lama-lama dalam kedai buku.. Kang semua buku saya nak capai. Lalalala~~
Memang best sangat-sangat lah semalam.Walaupun duit saya banyak habis.. Alahai~~ Susah betul nak menabung kalau duduk KL nie.. Kenapa lah!!! ish3~~~
Tapi yang tak bestnya tentang nak pergi MidValley ni adalah satu-satunya pengangkutan awam ke sana adalah menaiki Komuter yang lembap macam siput!! Kalau cakap pasal komuter, ini adalah pengangkutan awam kat KL ni yang paling saya benci.. Sebab tu naik pun sekali-sekala je.
On the way nak ke MidValley, of cozlah saya naik komuter jugak kan.. Punyalah lama menunggu, tak jugak datang-datang. Dahlah panas terik, syukur jugaklah sebab dapat duduk. Kalau tak mau berasap gak lah saya kan.. Saya toleh kiri kanan, makin ramai nie. Mata pulak asyik lah pandang jam yang menetapkan masa sampai komuter kat Stesyen saya ada sekarang.. Owh!!! Punyerlah lama bagai...~~ Kata dah upgrade.. Tak der makna pun.. Tetap lambat jugak.. Jadi apa yang di upgrade nya????
Satu jer pembaharuan yang saya perasan, koc untuk wanita! Tapi kata jer koc untuk wanita, ada gak lelaki masuk.
Kenapa?? Tak mau lepaskan ke awek korang tu sorang-sorang dalam koc wanita tu or lelaki-lelaki yang masuk nie tak boleh nak membaca dah signboard yang ada kat pintu masuk untuk koc wanita tu???Aish!! Tak paham betul. Menggedik jer!
Tapi tak der lah bermaksud koc-koc lain perempuan tak leyh masuk sebab tak tertera pulak 'KOC LELAKI'! Huh!! Cam ne tu?? Fikirlahh sendiri kan..
Yang paling tak best pasal komuter adalah time orang nak keluar dari komuter. Tak boleyh ke orang yang masuk ni faham, bagilah orang keluar dulu, baru masuk! Ni tak, orang tak keluar lagi, dia dah berpusu-pusu masuk. Cam kambing masuk kandang.. Memalukan!!! Betul-betul tak der sivik. Tak kira rakyat Malaysia,mahupun rakyat luar negara.. Sama jer..terutama orang-orang negro! [sori.sy bukan kondem org negro keyh. tapi ni apa yg saya nampak]
Last-last saya jugak yang tak dapat masuk. Padahal saya punyalah tunggu lama tren tu..dekat setengah jam jugaklah. Nak tak nak, terpaksa jugak tunggu tren yang lagi satu.. Yang saya kesian, bila perkara macam nie berlaku, perasaan kita untuk hormat pada orang lain pun menghilang. Saya nampak seorang mak cik dan anak lelakinya[anak lelaki dia cute!!!hehehe], cuba nak masuk ke dalam koc.. Tapi tak berjaya. Seolah-olah keadaan sebegitu memaksa kita menjadi tidak sopan dan tiada sivik dalam diri.
Cukup-cukuplah saya berbicara hari ini.. Maybe korang sendiri ada pendapat korang tentang kemudahan awam ni dan apa kaitannya dengan sikap kita sebagai rakyat Timur yang penuh dengan sopan dan santunnya....
Little Love Always: FIRSYA MELISSA
*bebel lagi!!
P/S: Kadang-kadang kita tak sedar, bile kita asyik mengata, benda tu jadi balik kat kita.... So, sedar-sedarlah yer.. Jangan pandai berkata-kata jer tapi tak praktikkan.. huhuhu~~
12 comments:
eh, minat hasil karya ramlee awang mursyid ker?dh bce hijab sang pecinta?bestkan?masa sy mula2 masuk dunia penulisan, editor saya suruh saya study cerita2 hasil karya penulis nilah..memang dy sifu sayalah..hihihi
saya mmg peminat setia ramlee awang murshid..
Mestilah dah baca..start dari bagaikan puteri, cinta sang ratu, n hijab sang pencinta..sy mmg suke giler karya2 ramlee awang murshid..
owh..awak masuk dunia penulisan yer..
cm best jer~n itu lah minat sy gak sebenarnye...
gud luck nisa!!
ngeeee, samalah kita baca buku cinta sufi...mmg pon kalau cite pasal komuter xpenah habis..yang kelakarnya masalah yang lama pun xhabis, tiba2 buat sistem baru yang xmenyelesaikan pon masalah yang lama..
rossoneri: tapi saya tak habis baca lagi pun citer tu..ngah baca novel aisya sofea, yang sebenarnya~~
punyerlah lama tak baca novel..ni baru ada masa..ambik peluang lah kan..
Owh!! sangat betul..prob dlu tak settle, nk upgrade benda baru pulak..
yang penting settle kan benda lama dlu baru ada kan sistem baru..
Tiba-tiba suka pasal awak naik Komuter tu..
Hairi paling benci naik Komuter.pernah dari Seremban ke Tg MAlim..
dekat 4 jam baru sampai..
lambat macam siput sedut... betul x?
Pasal novel.. No komen..
x minat baca lah..
hehehehe...
hairiaks: naper tiba2 suke pulak??hehehe
samalah kita..menci jugak!!
bukan tahap siput sedut dah,kura2, segala apa lagi yg lembap2 lah..broadband yg lembap pun boleyh gak..
hehehe
saya pon x ske naik KOMUTER, tap sbb midvalley pye psal tpksa naek.. .hehe. .I like novel too but dah lama tggalkn hobi 2. .hhee ;)
marlina: huhuhu...kalau ada transport lain ker midvalley tu, tak derlah nak pijak lantai komuter tu..huhuhu
yeah~saya pun dah lama tinggalkn novel...sajer baca balik..
nk dpt feel..hehehe
biar orang takde sivik..kita maintain bersivik..jgn terikut2 dgn yang dorang. jatidiri ken kuat...ecehwah
Latest Entri : Kisah Kapal Mavi Marmara
betul tu fndrocka..
skong statement awak!!!
hehehe.. i pon same gak. x ske naik pengangkutan awa... tapi if g mid, b4 kol5 mesti da gerak if not, kompem sangkut kan.. gagaga.. sungguh x best.. sob..sob..sob... :(
khairiyah hanafi: yup!!tepat sekali~
saya kalau nk dekat kul 5, cepat2 saya angkat kaki balik..
kalau tak berkampunglah kat st midvalley tu..tak sgup...
Post a Comment