May 20, 2010

Keindahan Alam Lautan Ciptaan ALLAH

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)


Photobucket


Salam pembuka bicara~ Selalu jer sy nie post entry malam-malam..
hehehe..nk buat macam mana, sy hanya aktif di waktu malam jer. [macam kelawar pulak] :)

Hari ni dapat e-mail dari emak sy yang bekerja di Jabatan Peguam Negara..sy memang nanti-nantikan e-mail dari mak...mana tau ada yang menarik, mencuit hati, ataupun yang menggerunkan sy.

hurrrrmmmmmmmmmmmmmm.....kali ni sy dapat e-mail mengenai kehebatan dasar lautan ciptaan Yang Maha Besar.
Kita semua tahu yang ciptaan Tuhan tidak akan dapat manusia tandingi sampai bila-bila pun. sedangkan penciptaan manusia itu sendiri pun merupakan ciptaan ALLAH yang tiada tandingannya, inikan pula alam sekeliling yang berada dekat dengan kita.

baiklah!!! kali ini kita akan mengkaji kehebatan ciptaan ALLAH yang sentiasa kita kagumi. [kajian ini bukan dari sy tau...ia merupakan kajian dari seorang yg professional dalam bidang ini]

Sy perkenalkn dulu orang yg terlibat dalam bidang ini, dia merupakan Mr.Jacques Yves Costeau, seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.
Sepanjang hayat beliau, beliau banyak menghabiskan masa menyelam ke dasar lautan di seantero dunia dan mendokumentasikan dokumentari mengenai kecantikan dasar lautan untuk ditonton oleh semua umat manusia.


Photobucket


Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi, beliau terjumpa dengan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur atau tidak melebur dengan air laut yg masin disekelilingnya, seolah-olah punya dinding pemisah di antara keduanya.

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Situasi ganjil yg berlaku itu sememangnya memeningkan pakar tersebut dan beliau cuba mencari jawapan yang memuaskan hati beliau untuk fenomena tersebut namun tidak ketemunya. Sehinggalah pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang profesor Muslim dan menceritakan mengenai peristiwa tersebut.

Lantas Profesor tersebut mengutarakan hadis dikaitkan dengan Terusan Suez[bertemunya dua lautan, Surah Ar-Rahman ayat 19-20] . Ayat tersebut berbunyi:
“Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”
ertinya, “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tetapi tidak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.

Terpesonalah beliau mendengarkan hujah panjang lebar profesor tersebut mencakupi hadis-hadis Al-Quran, malah melebihi keterpesonaanya terhadap alam lautan yg dikajinya selama ini. Ayat-ayat Al-Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yg hidup di abad ketujuh dengan ketiadaannya peralatan selam yang canggih mengatasi abad ke 20 ini. Keajaiban 14 abad dulunya kini dibuktikan pada abad ke 20!!! Masya ALLAH...maha SUCI ALLAH yang menciptakan alam ini terbentang luas tanpa batasannya.

Mengakui kebesaran dan kebenaran hadis-hadis al-Quran itu, membuatkan beliau tertarik untuk memeluk Islam disaat itu juga.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

NANTI DULU!!!
Ada satu lagi keajaiban ciptaan ALLAH yg dirungkai di dalam e-mail yang sy dapat ini.

"Katanya, jika anda seorang PENYELAM, anda sepatutnye mengunjungi Cenote Angelita, Mexico.
Di sana terdapat sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan."

Sesetengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida.
Nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Photobucket

Sampai sini sahajalah entry untuk kali ini.... Semoga kita mendapat iktibar dan semakin mendekatkan diri kepada ALLAH.
Hidup itu Insya ALLAH, mati itu pasti..
Illaliqa'~~!!!!

original message from Norhazyani Abd Lateff

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...