Salam!!! moshi2!!!
ngeeee...
sedar tak tarikh 16 Mei tu apakah maknanyer?? haaaa!!!
Kalau dah tahu, tak payahlah saya bagitahu lagi. Dah tentu-tentu hari tu hari yang paling istimewa sekali buat guru-guru seluruh Malaysia kerana diraikan oleh para pelajar!!
happy kan jadi guru nie???walaupun penat hari-hari ke sekolah mengajar anak-anak kecil yang masih bertatih untuk belajar, tapi setiap usaha mereka tidak harus dipandang remeh.
sebab tanpa mereka, tiadalah anak bangsa yang berjaya seperti Dr.Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri yang amat kita segani ataupun Sheikh Muzaphar Shah, angkasawan negara kita.
16 Mei yg bakal menjelang esok pastinya membuat para guru tersenyum panjang di atas usaha mereka selama ini mendidik generasi masa kini yang penuh dengan pancaroba dan terpengaruh dengan arus permodenannya.
pasti sukar ya untuk mendidik seorang bahkan beratus-ratus anak-anak bangsa untuk menjadi berjaya.
wahhh!! tak sangka kan berat juga tugas sebagai seorang guru nie!
bukan tugas yang mudah, malah bukan juga tugas yang sukar.
bagi saya sekiranya ada keyakinan, takkan ada keluhan untuk melakukan sesuatu yang kita suka. demi mendidik anak bangsa, mereka sendiri ibarat lilin yang memakan diri.
Nyalaan Api Itu
Bagaikan Kilauan Semangatnya
Marak Membara Di Dada
Tidak Pernah Terpadam
Selagi Masih
Walau Tiupan Angin
Tidak Putus Berhembus
Dia…
Bagaikan Lilin Membakar Diri
Menerangi Setiap Jiwa Yang Kegelapan
Memenuhi Setiap Dada Yang Kelohongan
Kata-Katanya Mengundang Kejayaan
Matanya Memancarkan Sinar Harapan
Senyumannya Mentafsirkan Keihklasan
Tidak Pernah Dia Mengeluh
Biar Keringat Membasahi Tubuh
Biar Kejayaan Yang Dinanti
Bagai Pungguk Rindukan Bulan
Dan, Andai Kegagalan Umpama Jelatang
Dia Masih Tetap Teguh Berdiri
Seteguh Tiang Seri Semangatnya
Dia Masih Lagi Di Sini
Menabur Bakti Di Persada Ini....
SELAMAT HARI GURU, CIKGU!!!!!!! JASAMU TETAP DI KENANG~!!
Tweet
2 comments:
terkenang kat cikgu2 kite kat skola smk senai..huhuhuh selamat hari guru...hhehhe
owh.lupa nk ckp...yg entry kali ni akak tjukan special sket buat guru2 smk Sungai besi...expecially cikgu nasyid ku-ustazah shamsina~ngeee
smpai hati ustazah tak panggil sy tengok dak nasyid bertanding...
lalala~~
Post a Comment