Kenangan Yang Berlalu Pergi~~
Assalamualaikum....tahun ini bukanlah tahun yg menggembirakan bagi aku...Kerana satu2nya orang yang aku sayang, yang aku hargai sepanjang hidup aku ni, telah pergi meninggalkan aku...
Dia adalah orang jagaku yang aku panggil ibu..aku tau walaupun aku bukannya lahir dari rahimnya, tapi aku tetap menggangapnyer seperti ibu kandungku kerana dialah yang menjaga aku sedari aku kecil hinggalah umur aku 12 tahun...aku amat syg kan dia seperti aku menyayangi ibuku sendiri...
emakku adalah wanita korporat yang bekerja untuk menyara keluarganya mengikut jejak langkah ayahku...sekrang mak berkerja di Jabatan Peguam Negara... dan ayahku pula polis mahkamah...Mahkamah apa, aku lupa pulak...hehehe...jadi sejak aku umur 4 thun, aku sudah dihantar ke rumah orang jaga...orang memanggilnyer dengan panggilan ibu miah...dia nampak mcm garang..tapi hakikatnyer dialah seorang ibu yang sangt baik, penyayang, dan tidak pernah merotan kami..sedikit pun tidak...
ibulah juga yang mengajar aku makan makanan pedas2..kalau tak,mesti aku tak sentuh langsung makanan pedas nie.. aku bersama ibu dari umah flat pekeliling hinggalah skang duduk kat flat polis kat sungai besi ni...
ibu ada dua anak lelaki yang aku anggap seperti abg kandungku..anak sulung dia aku panggil abg emi..yang kedua, abg ali..dia paling rapat dengan aku coz dia banyak sgt membantu aku dalm pelajran...still lagi berhubung cam biasa coz umah kitaorang dekat jer...
baiklah...ibu sebenarnya bkanlah meninggal kerana sakit tua...tapi ia bermula apabila ibu kena strok dan separuh badannya tak leh digerakkan..so, ibu hanya akan duduk kat kerusi malz sepanjang hari...memang kesian tengok ibu...aku sering jenguk ibu jugaklah kalau datang jumpa abg ali...dia masih seperti yang aku kenal masa dia sihat...berlawa...ibu suka pakai barang perhiasan walaupun duk umah...even dia sakit pun, ayah msih pakaikn barang2 kemas tu kat ibu...
sakitnyer mula teruk biler ada luka kecik kat punggung ibu akibat terlalu lama duduk...daripada kecik ia nye jadik besar hingga memerlukan pembedahan..akibat dari pembedahan tu keadaan ibu jadi lebey teruk dari sebelum nie..ibu tak leh duduk langsung n ibu juz baring atas katil, makn dari tiub, n bergantung kat mesin oksigen.aku yg datang tengok pun tak sanggup nak melihatnyer..ibu kurus sangt...aku tak sempat datang tengok ibu masa kat hospital...tapi kakak ibu citer, kalau ibu tengok seseorang yang seakan sama dengan aku dia akan ckp "Itu nurul"...
Ya allah,hanya tuhan yang tahu apa yang ada dlam hati aku biler ayah aku citerkan perkara tu...aku memang sygkan ibu..syg sngt2..tapi aku tk terkilan coz aku sempat gak jumpe ibu masa dia masih hidup..walaupun aku tak dapat ikut ke majlis perkebumian ibu di Melaka, tapi aku puas kerana dibesarkan oleh seorang wanita yang berjwa cekal sepertinya...aku bangga punyer ahli keluarga seperti ibu...
Ibu, walau siapa pun ibu, walaupun ibu bukanlah ibu kandung ku, aku tetap menyayangi mu seperti aku menyayangi ibu kandungku...semoga ibu sentiasa dlam jgaan Allah S.W.T...amin..~~
1 comment:
maz.. sirius doh ak sedih gler bce post kau yg nie...btw ak tumpang sedih ngan kau.. ak phm rase khilgn org yg penah jage kter dr kecik...
Post a Comment