January 19, 2014

Perimeter Breach Ekspressi Jiwa Anak Muda


Assalammualaikum.. 

Kalau sebelum ni maz hanya buat review barang-barang mekap. But this time, jom maz nak buat review untuk album lagu pulak.

It is not a requested or advertising berbayar. Maz selalunya buat review ikhlas dari hati. hehe.. Even the band mates pun tak mintak maz buat. Tapi maz buat sebab maz memang dah tertarik dengan lagu-lagu yang band ini bawak. 

Kalau ikutkan sebelum ni maz memang hanya dengar lagu-lagu mainstream sahaja yang hanya terdapat di pasaran dan kerap keluar di radio. Maz tak minat muzik underground. Mungkin juga sebab tak didedahkan. 

Bila kita kata musik underground, mostly dalam fikiran akan fikir lagu-lagu yang headbanging semua tu. Well, mungkin ramai yang tak tahu, banyak jenis genre dalam musik underground ni. It depends on the komposer of the band to corakkan every song that they make. 

So yeah! here we go.


Perimeter Breach bukan nama asing bagi peminat muzik metal underground. 3 tahun di dalam bidang ni, mereka dah mampu hasilkan album sendiri. Memperkenalkan demo Perdition sebagai taruhan, mereka akhirnya nekad mengeluarkan EP sendiri mengetengahkan 10 lagu di dalamnya.

Bukan senang hakikatnya untuk band baru menghasilkan sehingga 10 lagu jika tiada nama di dalam bidang muzik tanahair. Tapi itulah yang patut kita respek. Mereka berani mengambil risiko ini untuk memastikan lagu-lagu mereka dapat didengar oleh ramai lagi peminat muzik metal. 

Meletakkan 10 lagu sebagai taruhan di dalam album Betrayal| Provokasi ini antaranya:

1. 4 Months Later

2. Rendering

3. Pintu Gerbang

4. Notasi Suara

5. Korupsi

6. Citra Perwira

7. Rewind

8. Apathy

9. Hijrah

10. Permulaan

Sedikit mengenai band Perimeter Breach, kumpulan ini ditubuhkan pada akhir tahun 2011 dan dianggotai oleh Ejud sebagai vokalis, Afiq (gitar), Jien (bass), Faidhi (drum) dan Walter (gitar). 

Dari kiri: Walter, Afiq, Faidhi, Ejud dan Jien


Setelah berjaya menghasilkan album Betrayal Provokasi ini, insya Allah mereka akan mengeluarkan album kedua pada tahun hadapan dan sekarang sedang dalam proses menulis lirik lagu.

Well, as for me... Memang tak sabar tunggu album kedua. Sebab album pertama pun dah best. Rugi bagi yang tak dengar. Sebab tak semestinya bila album itu bergenre metal progressive, ianya semua lagu headbanging, lagu-lagu yang bila vokalisnya nyanyi langsung tak paham apa liriknya. Tidak. Ianya sangat berbeza di dalam album ini.

Antara lagu-lagu yang maz suka adalah Hijrah, Citra Perwira, Notasi Suara, dan Rewind. 

Pendapat maz sendiri, maz agak negative bila orang cakap musik underground tu best. Sebab maz bukan jenis melayan lagu-lagu macam tu. Tapi sejak maz kenal ramai orang sekeliling maz, rasanya tak salah tukar selera kepada sesuatu yang lebih fresh. Mostly lagu mainstream musik, kebanyakkannya bergenre atau tema yang sama. Cliche dan sedikit bosan barangkali.

Bila diperkenalkan pada band Perimeter Breach ni, tak banyak, sedikit maz dapat belajar sesuatu yang baru. Mesej yang disampaikan dalam setiap lagu, jika dihayati bait-baitnya menyampaikan sesuatu yang generasi baru inginkan. Bukanlah hanya buat lagu atau lirik tangkap muat, Perimeter Breach membuktikan sesuatu yang anak-anak muda inginkan dari jiwa mereka. 

Korang boleh follow band ini di:

FB: https://www.facebook.com/PerimeterBreach

Twitter: PerimeterBreach

Reverbnation: www.reverbnation.com/perimeterbreach


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...