January 11, 2014

Ariana Rose Fenomena Novel Adaptasi Drama


Assalammualaikum...

Siapa dekat sini minat baca novel?

Kalau dah angkat tangan tu jangan lupa letak tangan yer.. hehe..

Actually maz pun minat sangat baca novel nie. Dulu masa umur muda belia lagi memang minat sangat novel cinta. Banyaklah penulis macam Sharifah Abu Salem, Fauziah Ashaari, ramai-ramai!! lagi! Actually maz lupa nama diorang. Tapi mostly novel ingatlah. Macam Bicara Hati lah.. itulah inilah. Okay! Lupa lagi.

Lepas tu ada satu waktu, maz macam malas nk baca novel cinta-cinta nie. Maz beralih genre ke thriller. Saper dekat sini kenal penulis Ramlee Awang Murshid? 

Tolonglah jangan cakap ada yang tak kenal yer. Sebab dia ni antara penulis thriller nombor 1 Malaysia. Banyak novel RAM yang maz ikut. Bermula dari Tombiruo, Semangat Hutan sampailah sekarang yang paling gila maz ikut siri Laksamana Sunan. Novel tu sumpah terbaik. Banyak pengajaran.

Kiranya agak lama maz tinggalkan novel cinta yang bagi maz ceritanya sangat cliche dan sama, tiada perubahan. Hingga maz bertemu dengan satu novel iaitu THE WEDDING BREAKER.

Awal-awal maz tengok tajuk novel nie... i was like talking in my head "novel tajuk bahasa inggeris, tapi isi bahasa melayu... ini poyo!". Seriusly maz tak ambik kisah langsung. Tapi bila once again i met the book, maz terus ambik dan baca, dan mampu habiskan dalam masa 3 hari jer. a week before drama Ariana Rose ditayangkan. 

Sumpah rasa menyesal sebab talking back about the novel. Novel The Wedding Breaker memang sangat terbaik. Different dari novel cinta-cinta before this. Bagi maz inilah salah satu kenapa novel cinta boleh dapat sambutan ramai. Bukan hanya memaparkan kisah percintaan, tapi turut menyelitkan elemen-elemen keislaman yang boleh diterapkan dalam jiwa seorang Muslim. 

Dan lagi bagusnya, jika novel ini dibaca oleh orang bukan Islam, mana tahu secara tak langsung penulis mendidik pembaca untuk mengenali Islam. Sangat indah bila penulisan digarap dengan elemen keIslaman dan mesej yang jelas. 

Dan sekarang, di TV3 sedang bersiaran siri drama Ariana Rose yang nak masuk minggu ke 3. Setakat ni kalau ikut pendapat maz, the casting, producer, the production team, the script and everything was doing their best. Ada perubahan disana-sini. Tapi the story still strong in the message. Walaupun ada jugak negative comments, but as long there are the comments, our industry will do their best. 

Tidak mudah sebenarnya merealisasikan 100% of the content dalam novel. Sebab pengisian novel ianya lebih mendalam, lebih banyak penerangan sebab tidak melibatkan visual dan audio. Berbanding drama, apabila melibatkan visual, setiap pergerakan, skrip dan sebagainya harus kukuh untuk memastikan jalan cerita dalam posisi yang betul. 

Apa-apa pun, bagi yang meminati drama Ariana Rose ini jika tak dapat catch up di TV kerana waktu siaran pukul 7malam, boleh lah layari di tonton.com.my. Set notification so setiap hari Isnin sampai Khamis confirm tak terlepas.

Sampai sini sahaja. Jom kita warnai dunia seni tanah air. Jangan biarkan ia jatuh merudum sebab tanpa sedar, hiburan juga adalah satu wadah keluarga.



Keith Foo- Dato Wira Tengku Adam Kamil

Fathiya Latiff- Ariana Rose

Ziela Jalil- Datin Asra

1 comment:

Aqilah Azmi said...

hi kak huhuhu ;D
best gilaaa cerita ni hihihi
umi punsemangat gila lewlz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...