February 28, 2013

Masker Bibir Buatan Sendiri?



Assalammualaikum..

Sorry sebab maz terlambat post ni.. Hari ni sepanjang hari mood tak berapa baik.. Malam baru okeyh. Mungkin perubahan hormon kot sebab nak balik Shah Alam dah ahad nie.. wuuuuu..

Korang mesti tak suke bibir merekah, bibir kering sebab nanti susah nak pakai lipstick dan kalau korang korang yang gatal tangan suke-suke nak cabut kulit mati tu, boleh sebabkan bibir berdarah.. Kan?

So hari ni maz nak kongsi resepi mudah.. aip! Bukan resipi nak kene masak-masak ke ape yer.. Ni resipi kecantikkan.. Haaaa! Saper nak tau sila scroll sampai bawah yer..


RESIPI MUDAH MASKER BIBIR 

Resipi ni GILA senang! Nampak tak emphasize kat perkataan GILA yang bermaksud memang sangat mudah.. Tak payah bersusah payah, kene keluar peloh bagai.. Tak payah!

Pertama sekali, korang kene ade bahan-bahan kat bawah nie..
1. Vaseline atau boleh juga gunakan madu (tak jumpa madu kat rumah sebab tu maz gunakan vaseline)
2. Gula pasir (1 sudu kecil)
3. Piring
4. Sudu
5. Cermin (tiada dalam gambar) muahaha!!




Kemudian, korang campurkan dalam satu atau dua colek.. paham tak colek tu macam mane? Macam korang colek sambal, cam tulah! Kira-kira besar jari telunjuk, korang colek vaseline tu.. Ade paham? Tak paham gak pakai sudu kecik ambik sebanyak sudu kecik tu tengok baper banyak gula korang letaklah..


Bila dah campurkan tu, hancur-hancurkan sikit gula tu.. sebab nanti senang nak pakai.. Jangan pergi kisar pulak.. Nanti jadi gula halusssss.. Sebab gula ni akan jadi agen untuk menyingkirkan kulit mati dibibir korang.


 Buat sampai jadi macam gambar kat atas nie.. Lepas tu kalau rase-rase kurang vaseline, tambah sikit lagi..




Bila dah siap, jadilah macam gambar atas nie! Hoyeahhh! Then bolehlah sapu kat bibir korang.. Buat dalam gerakan memutar.. Jangan kasar sangat yer.. Takut bibir korang berdarah. erk!

Satu jer kalau pakai vaseline nie, kalau masuk mulut jangan telan.. Tapi kalau guna madu tak der masalah korang nak telan sebab sedap! hehe

Then lepas tu basuhlah.. Vaseline ni biaselah berminyak sket.. Korang kene basuh lebih sikit lepas tu lap dengan tisu.. Done! Korang akan nampak bibir merah-merah, kulit kering pun dah hilang.. Suke tak??? Mestilah suka! Dah ler murah!

Selain dari tu, pastikan korang banyak minom air.. Kenapa bibir kering terjadi sebab korang kurang minom air masak. Dan sebab tu jugak kulit korang tak lembap-lembap, kering jer.. Banyak kelebihan tau air masak nie.. Maz pun tengah amalkan minom 2-3 liter air sehari. haaaaa! Bukan senang, tapi kalau diamalkan insya allah ade hasilnya nanti.

Korang boleh buat masker bibir ni 2-3 kali seminggu.. Dan boleh simpan sebenarnye.. Simpan dalam peti ais, dalam bekas kecik. Bila nak pakai, keluarkan jer.. Jangan letak kat tempat sejuk beku pulak.. Keras kejung masker bibir nie nanti.

Ade jugak produk masker bibir yang korang boleh cuba contohnya brand mary kay. Memang terbaik! Dalam seminit jer bibir korang boleh merah-merah pink gitu, dan kulit kering hilang!

Baiklah! Sampai sini je yer.. Hopefully sangat membantu korang..


twitter: @mazmiyuki
instagram: mazmiyuki

1 comment:

alyiabubbles said...

baru cuba 3 hari lepas.
sapu lembut sgt2 tapi berdarah banyak.
takut dah nak buat :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...