July 30, 2012

Resipi Puding Karamel Ramadhan



Assalammualaikum...

Hari ni maz bukan nak buat post pasal make up tutorial tau.. Tapi nak buat post pasal masak-masak!!!

Haaaaa!!! Siapa kat sini yang suke masak-masak? Angkat laptop tinggi-tinggi!!!! Hehehehe

Maz suke try resipi baru. Apa yang maz teringin nak makan, maz akan cuba carik resipi dalam internet dan cuba masak sendiri.. Ada kadang-kadang tu tak jadi, tapi kebanyakkannya jadi.. Yeayyyyy!!

Baru-baru ni maz cuba masak puding karamel.. Yummy! Oke! Satu perangai maz.. bila maz memasak something, maz takkan fikir same ade orang dalam rumah maz ni suke or tak. Yang penting maz nak cuba, diorang nak rase or tak, belakang kira.. At least maz ade jiran yang anak dia suke makan masakan maz.. hehehe

Pernah sekali jiran maz cerita dia masak fetuccini goreng ala-ala rempah orang melayu punya sebab anak dia request nak macam yang maz masak.. Awwwww! terharu okeyh dik.. Sayang ayie!! aip3!! budak kecik lagi tu.. hehehe


Ni yang maz sempat snap.. Warna atas puding nie sepatutnye macam coklat-coklat sket kan? tapi maz punyer warna jernih sebab gula yang maz masak tu tak berapa nak perang.. aum!! hahahaha

At least first time try jadilah kan? walaupun tak berape gebu bak kate mak cik maz.. nanti maz pukul lagi telor tu sampai gebu.. Baru tau!!

okeyh, cakap banyak pun penat tau sebab bukan cakap, tapi menaip.. Ni resipinye.. Mudah jer :)

Ni resipi yang maz improvise.. means maz tukar sket-sket

500ml susu segar/susu cair

4-5 sudu gula halus [bergantung pada berape manis yang korang nak.. kalau kurangkan manis lagi bagus]

6biji telur-pada suhu bilik [bukan simpan dalam peti ais.. kalau simpan dalam peti ais, letak dekat luar dulu]

2-3 titik esen vanilla

UNTUK KARAMEL

5 sudu besar gula [kalau nak dari 5 sudu gula pun boleh.. utk gula karamel tambahan]

2 sudu besar air [utk 5 sudu besar gula.. kalau lebih tambah ikut sukatan gula]


Cara-cara nak masak.. yeayyyy!!!

1. Panaskan periuk kukus dulu yer :)

2. first kene masak karamel dulu.. caranye: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.. masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan lagi 1 sudu besar air dan masak sehingga keperangan. Kemudian tuangkan ke dalam loyang dan ketepikan

3. Pecahkan 6 biji telur ke dalam bekas lain. Sambil dikacau, masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati dan jangan biarkan berbuih.

4. Dalam periuk lain, masukkan susu dan esen vanilla. Panaskan dengan api sederhana dan jangan sampai mendidih. Cukup sehingga panas sahaja.

5. Dengan susu yang masih panas tadi, tuangkan ke dalam bekas telur tadi sedikit demi sedikit. kacau sehingga sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi (boleh guna loyang bulat atau segi empat, terpulang ikut citarasa)

6. Masukkan loyang ke dalam periuk kukus dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana. 

7. Bila dan masak, keluarkan.. Sejukkan dulu sebelom dimasukkan dalam peti ais.

8. Bolehlah dipotong untuk dihidangkan... siap dahhh!!


Mudah kan? Senang jer.. Sekali korang try, kalau buat lagi konfirm ingat step.. Sebab bahan tak susah carik dan senang. Semudah A,B,C!! 

Cuma kalau nak tau, bila ikut resipi internet nie, diorang tak letak step panaskan periuk kukus tu awal-awal.. So bila nak sampai step tu, baru sibok menggeledah dapur carik periuk kukus.. Sabar jerlah.. Sebab tu maz tukar cara-cara memasak puding karamel nie.. So korang tak kelam kabut kat dapur :)

Baik kan maz? hahahahahha... Ape-ape pun kalau menjadi, link kan dekat blog maz yer...

tenkiyouuuuuuu.. Esok nak cuba masak lasagna pulak.. Nanti jadi, maz buat post pasal tu pulak keyh.. 


Jemput-jemputlah LIKE and FOLLOW yer...


Twitter: NurulMazniSawal


4 comments:

Unknown said...

sedapnya...nk try..nk try...dh angkat lappy tggi2 ni...:)

| CIKZEK | said...

tgh angkat lappy tggi2 gk ni sis ! hehehehe :DD

Nurul Mazni Sawal said...

@Cik Lyeen: hehehe.. nampak dahh tu.. excited sangat.. cepat2 salin resipi :)

Nurul Mazni Sawal said...

@♥ Cik Zack ♥: bagus!! suke memasak ni bagus.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...