November 14, 2011

PUTUS CINTA?? KENAPA????

Assalammualaikum...

Alhamdulillah.. Walaupun maz kurang blogging sekarang, tapi follower blog cabuk ni dah mencecah almost 951.. Thanks untuk awak yer.. Sebab sudi gak follow blog saya yang tak seberapa nie. Mintak maaf jugak sebab maz tak update sebarang tutorial.. I have the busiest time that i ever have before.. Untuk berjaya memang kene susah-susah dulu kan? Hehehehee

Korang-korang, korang pernah bercinta tak?? Bila dah bercinta apa yang korang harapkan? Perhubungan yang kekal sampai jinjang pelamin, betol tak?? Tapi kalau tak menjadi macam yang korang harapkan macam mane?

Maz mengaku maz tak der boyfriend. Wahhhh.. Siyesly okeyh~ So lepas ni tak perlu tanye kat facebook maz, IM bagai... "Awak tak der bf ker?"... Yes! Maz tak der boyfren. TITIK!!

Apa kalau perempuan cantik [masuk bakul angkat sendiri] sket jer harus berBF??? Tak semua bukannnn.. Ade jer yang masih belom berjumpa jodoh mereka.. Cuma bersabar INSYA ALLAH, ade seseorang yang terbaik buat kita. aminnn..

Bercakap pasal cinta, pernah tak korang rase peritnya putus cinta?  Agak-agak apa cara terbaik untuk hilangkan keperitan tu? Sebagai contoh korang dah lama bersama adelah dekat 5-6 tahun. Dah berjanji sehidup semati dan nak kahwin semua. Tapi tup-tup putus di pertengahan jalan. Agak-agak frust menonggeng tak? Hurmmmm.. memang sukar melupakan orang yang pernah kita sayang. Tapi tak guna ingat balik kan?

Macam maz sendiri, maz tak der pengalaman bercinta lama-lama.. Cuma maz dah banyak kali kecewa. Tu jer. Tips yang maz amalkan senang jer. Korang nak tahu?? Meyh check!


DEKATKAN DIRI PADA ALLAH

-banyak di antara kita hanya mendekatkan diri pada ALLAH pada waktu susah jer. Apa kata bermula sekarang, ubah diri dan dekatkan diri pada DIA tak kira masa. Lagi pun solat itu kan wajib. Segala yang disuruh ALLAH itu kan wajib. Maka dekatkan diri pada DIA ketika senang mahupun susah kita. Berdoalah supaya hati kita mampu tenang setenang air di muara. [cewayyyhhhhh!]

MUHASABAH DIRI

-korang sedar tak apa kesilapan korang sepanjang bercinta? Maz bukan nak cakap yang maz letak 100percent kesalahan atau punca putus kat korang jer keyh. Tapi bila terjadinya macam tu, korang cuba tak muhasabah diri sendiri? Mengenal pasti apa yang korang dah buat selama bercinta. Muhasabah diri biarlah dalam keadaan korang tenang dan tidak meroyan yer. hehehe

CUBA UNTUK MELUPAKAN SI DIA

-perkara ni memang mengambil masa yang terlalu lama. Maz sendiri pun akui sampai sekarang masih teringat-ingat jugak kat dia. Tapi maz cepat-cepat ingatkan diri maz balik. Kalau boleh bila fikiran korang terawang-awang kat dia tu, cuba fokus pada benda lain. Atau ubah subjek fikiran korang pada keluarga pulak. Jangan duduk sorang-sorang dalam bilik. Sebab bila sorang-sorang tu, banyaklah 'setan-setan kecik' yang dok sibuk menghasut.

BERKAWAN

-ada tak yang masa bercinta terase diri jauh dari kawan-kawan? Kalau maz sendiri, tak pernahlah.. Sebab apa-apa pun kawan tetap penting. Mereka tetap yang terutama especially BFF maz sendiri. Tapi bila time kita macam nie, percayalah.. Kawan-kawan dunia akhirat korang akan membantu. Tu sebablah perlunya berkawan dengan orang yang positive dan membawa ke arah kejayaan. So amacam? Ade terfikir nak tukar kawan ker? hik3.. Gurau je keyh.

KELUARGA

-sori maz list kawan dulu kat atas.. Tak kisahlah kan. Yang penting dua golongan ni ada. Jangan asingkan diri korang daripada mereka. Takkan sebab putus cinta korang nak putus keluarga jugak kan?? Huisssshhh!! Jangan weyh. Kalau korang biase bercakap dengan mak or ayah korang, cuba cakap dengan diorang masalah korang. Insya ALLAH, maz percaya mereka boleh membantu korang. The best treatment start from your house [quotes SDN BHD] hik3.

Itu jerlah.. maz bukan doktor cinta tau.. Tapi maz cuma berkongsi apa yang maz rase nak kongsi hari nie. Insya allah ade masa maz buat tutorial.. Kalau maz share produk rambut yang maz pakai sekarang, korang berminat nak tahu tak?? Yerlah.. maz kan pakai tudung. Mane nak tau condition rambut maz cam ner kan.. Hehehehe.. Kalau berminat, silalah share entry ni kat facebook yer.. Ngeeee

Bubyeeeee!!!

2 comments:

. r a r a . said...

Maz, maz kena tag. :)

http://rarafaramyza.blogspot.com/2011/11/beauty-contest-from-aina-rahman.html

Nurul Mazni Sawal said...

@. r a r a .: ok dear.. nanti maz buat yer.. tengs tag kat maz.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...