Mula-mula sekali nak mintak maaf pada korang. Saya sedar korang mesti ada yang terase hati dengan saya kan?? Korang mesti cakap macam nie kat saya...
"Huh! Suruh orang tinggal link kat shoutbox dia... Tapi dia sikit pun tak datang singgah balik blog! Baik tak payah datang blog dia.. orang dah POPULAR lah katakan.. Yerlah~ Entry dia kan terpilih sebagai ENTRY KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI hari tu!!"....
Maaf, maaf dan maaf.. Saya bukan tak nak singgah. Tapi saya betul-betul tak ada masa untuk peruntukkan datang ke blog korang. Sebab perangai saya kalau datang blog orang, saya suka telek-telek, dan baca entry korang puas-puas baru tentukan nak jadi follower atau pun sekadar tunjuk muka. Sebab tu bagi saya SABTU dan AHAD adalah hari paling sesuai untuk datang ke blog korang.
Saya tahu anda kecewa dan mungkin mengatakan saya 'SI SOMBONG'.. Katakanlah apa sahaja. Sebab saya tahu saya bukan seperti itu. Mencapap dalam dunia penuh kepopularitian dan kemudian menyombong pada orang yang selama ini menyokong saya sehingga saya berada pada tahap ini. [ayat ARTIS tu!!]
INSYA ALLAH... Sabtu dan Ahad ni saya peruntukkan untuk datang ke blog korang. Insya ALLAH juga kalau hari-hari lain saya ada masa, saya akan cuba untuk balaz kunjungan korang.
Tapi setiap hari mesti ada satu entry dan korang mesti kata lagi....
"Hari-hari boleh pulak post entry.. Takkan singgah blog tak sempat?"
Jawapannya: Sangat TIDAK SEMPAT.. Saya nak luangkan pada kecintaan hati merangkap FACEBOOK DIHATI.. hak3!! Itu, itu dan itu kemudian tidur. Jadi hari minggu sahaja hari paling sesuai. Janganlah bersedih. Janganlah disesalkan menjadi follower saya. Kerana koranglah saya berada di sini di PERSADA DUNIA BLOG ini. [wuissshhh.. muntah banyak-banyak] lalalala~~
Datanglah ke blog pemalas saya ini.. Saya berjanji pada anda dan pada blog ini juga, tidak akan mensia-siakan setiap jejak yang ditinggalkan oleh korang. Kalau tak korang tuntut COTTON CANDY dari saya. [eyh! Cotton candy mahal tau. Satu RM2!!] ... Kalau sepuluh orang tinggal link, tapi saya tak datang.. mahu tak KAYAP????!!!! Ngeee
Nama dia MANJALARA~~ Meow3...
Sampai sini jerlah. Terima kasih kerana sudi melayan celoteh saya...
Penulis Malas Yang Penuh Cinta Dan Cita-Cita itu SAYA....
Tweet
4 comments:
haih..saya pon dah susah nak berbelog dah :'(
p/s : sy maafkn.lol :p
sebelum bercakap , letakkan diri dalam tempat orang yang dikutuk tu . jgn nak fikir kepentingan diri sendiri jer . setakat benda kecik ni nak sentap , ape lagi benda lain kan ? huhu . go go melissa ^^
syairahmohdanuar: thx dear maafkan sy.. hehehehe
Nadhirah-chan: betul tu.. kdg2 org buat blog, nak harapkan org datang jer. tapi diri sendiri tak dtg blog org pastu nak terase hati. maybe org tu buzy kan.. ngeee.. thx dear~
Post a Comment