March 8, 2011

Entry Budak Pemalas Yang Kering Idea Tahap Dewa

Assalammualaikum...

Lama punye sikit saya duk fikir-fikir.. Nak post entry apa malam nie. Duk menghadap MUKABUKU dulu. Layanlah apa yang patot kan. Kang orang kata sombong pulak. Dah puas, bukak blog orang lain pulak. Menghadaplah entry mereka. Mana yang kelakar, saya bantailah gelak sorang-sorang. Mana tak kelakar, saya buat-buat senyum pun jadilah kan.

Saya memang suka post entry malam-malam. Tapi weekdays jerlah. Kalau weekend, pagi/petang/siang/malam kalau boleh nak post entry untuk korang. Kadang-kadang tu yang jadi terencat idea tu. Macam sekarang ni.. Masih lagi dalam peringkat memilih-di-dalam-otak-tajuk-entry-nak-citer-kat-korang-ni-haaaa~~

Adoi..... Idea..idea.. Dimanakah dikau??

Tapi tak per.. tak per.. Kita ceritalah pasal tadi kan.. Hari ni first time tau ikut bos pergi workshop. Yelah! Pelajar PRAKTIKAL cam saya ni saper yang nak bawakkan.. Tapi kawan-kawan lain adalah yang dah merase jalan sana sini sepanjang praktikal diorang. Saya jer TAK!

Hari ni meraselah berjalan sampai PD.. Lama tak datang situ. Geram pulak tengok PANTAI yang terbentang luas tu. Rasa macam on the spot lalu situ, on the spot gak nak terjun dalam pantai tu. Hehehehe~~

Tapi yang paling best lah rasanye kan.. aircond yang sejuk tahap gaban sampai toilet macam dah jadi rumah kedua. Grrrrr....trrrrrr~~ Sejuk giler sampai menggigil-gigil. Dahlah tak bawak sweater, stokin pun tak pakai. Hambik ko lah kan!! Esok nak pergi lagi jangan buat macam tu! Esok memang kena siap sedia dengan segala perkakas pemanasan badan. [lucah?? TAKKKKK.. baca dan faham betul-betul dulu]

Ni semalam pulak punyer cerita.. Kat foodcourt lah nie. Seronok korang.. Dapat tengok DRAMA SWASTA free!! Hihihi.. Ada dua budak tak cukup+tak berape nak matang bergaduh masa orang tengah keluar lunch. Korang bayangkan sendiri ramai tak ramai food court masa tu kan.

Yang paling tak boleh tahan, saya tengok budak perempuan cina tersebut sudah lencun dibadannya. Mungkin disimbah air sambil pergi dari situ bersama boyfriend nya. Dan budak perempuan india yang fasih cakap cina tu ditenangkan oleh kawannya lagi sorang.

Pengajarannya kat sini.. Kalau agak-agak nak bergaduh pun, janganlah buat di depan orang ramai. Tau tak secara tak langsung korang bagi kitaorang tiket free tengok drama swasta korang yang memalukan tu. [Tapi best gak tengok perempuan gaduh nie. Nak-nak yang tarik-tarik rambut tu!]


Itu jerlah.. Celoteh panjang-panjang pun, sampai kesudah tak der idea yang timbul. Penat jer karang panjang-panjang kalau tak der saper yang sudi baca.. [ayat sedih]..

TERIMA KASIH..

Penulis Malas Yang Penuh Cinta dan Cita-Cita itu SAYA....

2 comments:

logorithm said...

Kalau tengok sambil makan popcorn atau kuaci pada masa tuh kan best? Haha...

Nurul Mazni said...

logorithm: sy advanced skit.. mkn nasi. hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...