February 22, 2011

Yang Terindah Dan Terbahagia

>Assalammualaikum<

Korang, korang.. Hari ni kan hari yang paling bahagia buat saya. Tahu kenapa??? Ngeeeeeee... Nak cerita ke tak mo eyh?? Ceritalah kan.. Sharing is caring bak kata orang mat saleh tu lah~ Tapi caring tang mana, korang fikirlah sendiri. Hahahaha~~

Okeyh-okeyh. Berhentilah kan merepek-repek kat atas tu. Terus ke titik utama cerita. Hari ni dah semalam, di tempat praktikal saya uruskan sesi ambil gambar untuk EASY CARD. Kalau tak tahu, meyh saya cerita dululah yer... Easy card tu adalah sebagai menggantikan tradisi lama penggunaan punch card yang telah lama dilupakan oleh syarikat-syarikat besar di negara ini. Mane der dah orang guna punch card. Tempat saya ni jer dok guna lagi sedangkan kawan-kawan lain dah berlagak kata pakai thumbprint lah, footprint lah.. *ait!! ade ker?
~ Ceyh!!! [kejelesan pula melanda kan....]

Nak jadi cerita, ZULHUZAIMI saya tu datang hari ni!!! Tapi dia datang tersangatlah lambat. Time sesi photography dekat-dekat nak tamat. Nasib baik tak lambat sangat sebab sebelum tu dah bagi tahu suruh datang dalam masa yang ditetapkan. Wuuussshhh!! Siap mesej lagi kannnn. Gitu!!!

Sebelum dia sampai tu, saya pergi toilet dulu nak betolkan mekap. Yerlah.. kalau dia datang nanti, tak derlah comot semacam jer kan. Dalam perjalanan nak ke toilet tu, hati dah terdetik, 'kejap lagi mesti dia sampai ni'.... Dah siap calit lipstick, kuar dari toilet, sreeetttt.. *bunyi kasut kawan praktikal datang berlari-lari kata 'si dia dah datang, si dia dah datang!'

Ape lagi... Berlarilah jawabnya ke sana.. sambil nyanyi lagu BERLARI-TOMOK----okeyh.Tipu!

Masuk-masuk jer bilik mesyuarat [dijadikan tempat mengambil gambar untuk dua hari sahaja], terus nampak dia. Oh mo!!! Mana nak letak muka ni?? Mana nak pandang nie?? Mana nak lari nie??? Memang tak der tempat nak lari dah. Dah sah-sah ada depan mata. Tengok jerlah kan. Tiba masa dia ambik gambar, aishhhh~~ malu-malu pulak pegang nombor staff tu kan. Hihihi.. Suka!!

Masa dia ambik gambar, saya pandang-pandang, jeling-jeling jer dengan dia. Tak macam staff-staff lain yang ambik gambar. At least saya senyum dekat mereka supaya mereka pun senyum dalam gambar nanti. Dengan dia???? Owh tidak! Saya tak senyum pun. Nak pandang mata dia pun saya tak lepas. Inikan nak senyum! ---Satu perkara yang tidak tahu bila akan saya buat biler berhadapan dengan dia.

Citer ni tak habis lagi tau. Bak kata kawan saya, KISAH CINTA NUR QASEH. Okeyh! Title tak leyh blah! Hahahaha...

Lepas selesai dia ambik gambar, saya keluarkanlah diri saya dari bilik mesyuarat tersebut sebab tak ada staff nak ambik gambar lagi. Nak jadi cerita, tengah jalan-jalan sambil dalam kepale fikir nak pergi mana sebab tak der keje nak buat, tiba-tiba telinga ni dikejutkan dengan panggilan dari seseorang. CISSSSS!!! Ternyata PA bos yang comel lagi menawan tetapi telah berkahwin dan mempunyai anak sorang berumur 5 tahun telah memanggil saya.

"NURULLLLL"!!!!!  Hambik ko! Dia panggil kuat-kuat sampai satu department dengar.

Tapi kan....tapi kan... Korang tau apa yang terjadi. Bukan saya jer yang pusing badan bila akak PA tu panggil, tetapi SI ZULHUZIMY saya juga pusing kepala.. Waaaaahhh!! [saya nampak reaksi si dia itu!!]

Persoalannya, adakah kerana dia terkejut maka dia memusingkan kepalanya??? Urmmmm~~ Tiada jawapan.

Sekarang ni, hanya perkataan bahagia jer yang tertulis dalam kepala saya nie.. Bahagia... bahagia dan bahagia..... Woaaaaahhh!!!! Ini ker perasaan orang bercinta?? Tak tau nak cakap.


Dan lagu Yang Terindah nyanyian Dakmie saya tujukan buat semua~~ Awwww....!!! Indahnya perasaan ini.. Pendapat korang???

3 comments:

dieyarghamid said...

nk usha mke zulhuzaimy 2 gk maz!!!!hehehehexcited nk tw gk!!heeheh

Anonymous said...

aisehh...usha jejaka idaman mmg best kan..smangat ja hari2 hahahah...
cptlah bertindak..

Nurul Mazni Sawal said...

@dieyarghamid: sabar2 dlu dear.. aku ngan dia tak der paper ag. tak mo tunjuk2 dlu.. kite rilex2 je keyh~

@zoey: betul tu dear.. each time nk g keje, semangat betol expecially time nk plih baju.. hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...