February 23, 2011

Nak buat apa untuk tarik blogger lelaki datang ke blog?

Saya perasanlah sekarang kan.. ramai blogger yang singgah blog saya ni kebanyakkannye perempuan-perempuan jelita lagi muda-mudi, menawan tertawan.. Awwww!! Puji melambung melangit sudah.. Bukan selalu kan... Lagi pun siapalah saya si blogger picisan yang terhimpit di antara ribuan blogger POPULAR lagi GLAMOR serta BERGETAH! Eit~~ Bukan2!!

Jadi bagaimanakah caranya ingin menarik perhatian blogger lelaki untuk datang ke blog saya??? Saya ni nak kata tak jalan-jalan blog orang, datang.. Selalu jugak singgah di blog abg perkasa- BEN ASHAARI. Tapi adakah beliau datang ke blog saya?? Owh!! Jangan ditanya. Saya pasti terlalu ramai permintaan dari peminatnya untuk beliau datang ke blog mereka dari saya yang jauh ketinggalan ini. [kenape merendah diri sangat nie?] Hehehe~~

Setelah mencongak, mendarab, menolak dan menambah mana yang patot.. Maka idea-idea sebegini telah muncul di benak fikiran saya. Wah! Ayat~ Nak tinggi jer..


Buat entry pasal produk penjagaan lelaki
-Baru terfikir kenapa selama ni tak pernah nak wat promosi ataupun buat tutorial kepada insan-insan bernama lelaki ni tentang produk penjagaan lelaki.. Kalau tak dari head to toe pun, head to kepala lutot pun jadilah..

Buat muka ala-ala comel macam nak mintak pelempang, dan tempek kat blog
-Ada antara blogger lelaki memilih untuk datang blog kerana si pemilik comel macam anak patung.."Aishhh!! kalau ko boleyh berkapel 4, dah lame isi form nak kapel dengan ko".. Itu ayat blogger-blogger yang frust biler tengok si anak patung comel dah berpunya. Apakan lagi si anak patung comel memang FOFULAR lah~~ ngeeee. Lepas ni boleh lah buat muka ala-ala si anak patung.. Mana tau leyh tarik lagi ramai blogger jejaka.. wahhhhhhhhhhhhhh!!!


Banyakkan jalan-jalan di blog lelaki, kurangkan jalan-jalan di blog gegurls
-Berjalan-jalan di blog lelaki seperti contohnya blog Aizul Marcello, Ben Ashaari.. Aizul Marcello.. Ben Ashaari.. Sah!! Saya memang kurang jalan di blog lelaki. Kenapa yer?? Adakah blog mereka tidak menarik minat?? Tidak,tidak, tidak!! Harussssss lepas ni rajin-rajin jalan di blog JEJAKA IDAMANsss..... Gurls dun cry. Nanti saya melawat kawasan blog korang keyh selepas puas bergonjeng di blog JEJAKA.. Ahakz!!

Tinggalkan ayat menggoda di shoutbox, komen box dan katakan, "I love you" di setiap tempat yang boleh dikomen
- Nanti kalau datang blog JEJAKA, kalau ada shoutbox, cepat-cepat nak tinggalkan komen berbunyi "saya rindukan blog anda setiap hari" wink3!! Ataupun " saya rindukan pemilik blog ini kalau sehari tak tatap blognya", sambil wat emoticon senyum malu malu..

Panggil si pemilik blog dengan panggilan-panggilan manja apabila tinggalkan jejak
-Kesukaan kaum ADAM apabila dipanggil dengan panggilan manja.. Contohnya, SAYANG, HONEY, DARLING, DARL.....Apakan lagi si peninggal link [owh! ayat cam nak cakap si meninggal pulak. aish!!] seorang yang kiut miut rasa macam nak picit-picit jer pipi bagi kuar semua jerawat kecik yang tumbul comel di mukanya.. Hahaha...



Tak der maknanya idea-idea lagi menjahanamkan dan menjunamkan ini diguna pakai. Tapi kalau yang nombor 1 dan 3 tu mungkin boleh pakai dan diterima akal sikit.. Jadi blogger LELAKI DAN LAGI MASKULIN LAGI MACHO LAGI HENSEM LAGI GAGAH LAGI PERKASA, nantikan ketibaan si GADIS DENGAN JULUKAN PANGGILAN MELISSA RAMIRO DI FACEBOOK ATAU NURUL MAZNI SAWAL DI BLOG untuk datang berterbangan di blog anda bersama-sama ayat-ayat menggodanya! Buwerrrkkk~~!!

Sehingga itu, selamat tinggal dan selamat berjumpa lagi malam ini dengan keputusan akhir peserta-peserta KONTEST GADIS SHAWL MENAWAN. Sabar menanti........

P/s: Saya nak pergi mandi dulu yer.. Bersihkan diri, bersihkan minda dan jangan lupa kerjakan kewajipan bagi yang beragama ISLAM. Jangan kerana blog, iman pun berblog sekali yer~ Maaf jika ada terkasar bahasa. Saya cumalah insan biasa.. Assalammualaikum....

5 comments:

zOeY zAu YaH said...

saya vote for I LOVE U ! haha
mesti depa berdesup msuk blog ni blk nk tgk anak sapa la yg kata tu hahahaha

Nurul Mazni said...

@zoey zau yah: hahhaa.. nanti try buat yer dear..

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

hi saya lelaki! bertubuh sasa.keh keh

wan farah said...

muahhahaa..kompom berduyung singgah blog=)

Nurul Mazni said...

@Mohd Fakhrurazi Jamaludin: hihii.. sasa yer?? ngeee~~

@wan farah: kompom!! hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...