Yess! Tutorial mekap gegurls. Hehehe~~ Tapi sebelum tu, korang dah siapkan bahan-bahan nak memasak belom?? Pegi siapkan dulu sebelum mak-mak korang menjerit tak tentu pasal kat korang. Haaaa!! Kang jangan cakap saya pulak yang punyer sebab korang tak tolong mak korang keyh. Hiiiiiiii *dah cam mak lampir pulak aku gelak.
Bersambung pada alkisahnye mekap tutorial. Hari ini punyer tutorial diberi nama Simplest Glowing Makeup.
Soalan: Kenape make up ni dipanggil Simples Glowing Makeup?
Jawapan: Senang jer. Korang scroll dulu sampai bawah. Baru korang paham kenape. Yawwww!!!
List barang-barang di bawah:
Sebelom tu!!! Pastikan korang telah bersihkan muka dengan pembersih muka mengikut jenis kulit korang. Ini pun penting sebab sebelum tu mungkin korang pergi mane-mane hinggakan sebum atau minyak kulit pun timbul. Ini perlu di elak sebab nanti akan cacatkan mekap.
*Ikot arah pusingan jam
1. Fair n Lovely: Krim muka perlu diapply sebelum korang start mekap. Ini bagi memastikan muka korang mendapat lebih lembapan dan seterusnya foundation mudah menyerap ke dalam kulit. Steps penting kalau foundation korang tak disertakan dengan krim muka di dalamnya. Contoh cam Simply Siti New Age. 5 in 1 okeyh~
2. Foundation: Saya guna REVLON PHOTO READY IN GOLDEN BEIGE. Foundation ni bagos sebab ia adalah teknologi baru airbrush dan memang sesuai untuk sesiapa yang selalu buat photoshoot. Hasil nampak cantik dalam gambar dan biler di depan flash. Memang puas hati pakai. Dan ada sedikit goldust dalam foundation nie.
3. Loose powder Silky Girl in 02, Natural Medium: Loose powder adelah sebagai tabir mekap. Sebab tadi korang dah apply foundation dan nampak sedikit berminyak kan muka korang? Disinilah kepentingan loose powder. Sapu sikit-sikit jer pakai beros besar. Lepas tu baru pakai compact powder dan pupuk-pupuk jer. Tak mo pakai banyak.
4. Eyeshadow (tak der dlm gambar): Dua color digunakan dalam mekap tutorial nie.. Light yellow dan white shimmering untuk bagi bahagian mata dan bahagian hujung mata (tear duct) nampak bercahaya.
Kite tengok gambar sket supaya korang paham macam mane nak buat nanti.
*Ikot arah jam. Pakai foundation dan kemudian bedak dan loose powder.
Step yang tak boleyh di skip. Ingat3!!
* Nombor 1: warna Light Yellow
Applykan warna ini di seluruh bahagian kelopak mata. Jangan semua sampai alis kening pulak. Kang dah macam opera Cina. Mau???
* Nombor 2: White Shimmering eyeshadow
Untuk color code nombor 2, korang kena apply dari bahagian hujung mata (tear duct) hingga ke hujung alis kening... Ini supaya tulang kening korang nampak bercahaya dan cantik. Tengok gambar bawah:
*ikot arah jam
Sila tengok gambar nombor 3 (ikot pusingan jam). Warna kuning diletakkan pada separuh jer kelopak mata dan warna putih pada tulang kening dari hujung kelopak mata hingga ke hujung alis kening.. Dan jangan lupa letakkan sedikit di bahagian bawah hujung mata..
5. Celak (tak der dlm gambar gak! ngee) : Untuk celak, saya gunakan celak warna coklat dari Avon untuk bahagian atas dan bawah mata. Cuma sapukan nipis sebab tak mahu nanti terlalu melebih-lebih. Kemudian pakai celak warna putih shimmer pada waterline supaya mata nampak besar dan dolly~
6. Maskara: Selesai step-step dari pemakaian eye shadow hingga ke celak. Kita terjun terus ke pemakaian maskara. Maskara yang saya gunakan adalah dari revlon GROW LUSCIOUS. *sila carik di toko-toko kecantikan sekitar korang (iklan jap!) Apply maskara dalam gerakan zig-zag atau pun dari akar bulu mata ke hujung. Ini supaya setiap bahagian bulu mata kena maskara.
7. Blusher: Blusher janganlah korang pilih warna yang terlalu terang dari kulit muka korang. Bukan ape. Kadang-kadang saya tengok ramai yang tak reti pilih warna blusher hinggakan warnanye terlalu terang dan berbeza sangat sampai dah macam opera cina wat pementasan tengah bandar pulak. Jangan nanti korang dipanggil clown pulak. Blusher yang sesuai adelah warna light pink dan korang boleyh campurkan sedikit dengan warna coklat gelap untuk membentuk shading di bahagian pipi.
8. Lip Balm: Kalau tak mo kulit bibir korang gelap, sila pakai lip balm. Saya gunakan Lip Ice dari Mentholathum (alah..duta diorang Lisa Surihani tu). Best tau lipbalm ni sebab bile korang pakai jer, ade rasa macam sensasi dingin kat bibir korang. Best!!
9. Lipstick: Warna yang saya gunakan adelah GLAM BERRY, code 08 dari SASA. Cantik warnanye dan ramai jugak yang bertanya warna lipstick yang saya pakai. So disini secara ekslusif, saya dedahkan rahsia warna lipstik tersebot bersama codenye sekali. Nanti senanglah korang nak cari kat SASA. ceyh!! SASA jer tau ade warna lipstick nie.
10. Step terakhir, Lip Gloss: Lip Gloss ni saya beli kat Times Square. Dari Thailand. Cantik dan murah. Apply lipgloss di bahagian bawah dan atas bibir. Tak perlu banyak-banyak, letak satu titik di atas dan satu titik dibawah, kemudian sapukan menggunakan berus lip gloss supaya serata di bahagian bibir.
Berakhirnye step 10, maka berakhirlah tutorial mekap ini. Masa untuk ambik gambar untuk final step! Pakailah tudung kegemaran korang (bagi yang bertudung) atau pun gayakan rambut korang sesuka suki korang asalkan sesuai. Jom tengok final step tersebot:
SELAMAT MENCUBA!!!!
Tweet
6 comments:
kawaiiiiiiiiiiiii!
wahhhhh pandai mekaplah...comel sesangat
syazana: thx dear...
fya: biasa2 jer.. fya klu mekap pun comel gak tau~btw, thx~
comel la.. suka cara mekap ni.. ^_^
@ShiKin: tengs shikin.. simple mekap jer.. :)
omg kak mazniiii thank u so much aaaaaa
Post a Comment