February 20, 2011

Mari Belajar Bahasa Tinggi

Assalammualaikum.. ~~

Sekarang ni, sana-sini orang nak buat blog. Kalau kat facebook tu, remaja-remaja sekarang dah jadikan blog sebagai medium untuk meluahkan rasa hati yang terbuku di dada. [skema weyh!!] Betol ke tak betol saya cakap? Tak percaya,  cuba korang check dalam frenlist korang sendiri, baper ramai sekarang yang dah ada blog???

Walaupun tak 90 peratus di antara mereka yang mempunyai blog. Paling tidak 45 peratus tu ada blog. Tapi ini bukan nak citer pasal ketaksuban "orang lain ade blog, aku pun ade jugak" yer.... Ni nak citer pasal bahasa-bahasa yang korang gunakan sekarang. Kalau nak jadi citer, YUYU ZULAIKHA pun dah pernah kupas pasal nie. ANWAR HADI pun same jugak.

Paling suka biler bahasa tersebut diberi namanya tersendiri. Contohnya bahasa ewww ataupun "BAHASA COMEL", dan ada juga bahasa "Y", "M" dan bermacam-macam lagilah~ Kalau citer sampai esok, entah biler pulak nak habis.

Dalam kamus dwibahasa yang dah berapa generation tu, tak pernah pulak jumpe bahasa tinggi macam nie. Sikit punya susah nak paham apatah lagi bagi otak macam saya ni yang nak kena asah banyak kali untuk paham satu-satu perkataan. Lagi-lagi kalau blogger yang buat entry guna ayat-ayat macam nie. Adehhhhhh~~~

Seribu abad pun takkan pahamlah ape yang korang nak citer. Kalau yer pun orang baru, baru berkecimpung dalam dunia blogger, tolonglah dan tolonglah.... Jangan guna bahasa seperti ini! Lagi satu, hari tu adalah sorang kawan, tiba-tiba IM tanya pasal bahasa-bahasa tinggi nielah.

Soalannya berbunyi begini:
U, u ada tau tak apa-apa bahasa yang I tak tau tapi u tahu?? [banyaknye tauhu ko.. eyh! TAHU]

Jawapan:
Tahu, tapi tak fasih sangat. Kenape?? Nak belajar ker??

Memang saya ada belajar satu bahasa yang mana korang boleh sampaikan rahsia tanpa pihak lagi satu paham. Selalunya diaplikasikan bila korang sendiri tahu yang orang lagi satu tu tak paham bahasa korang dan hanya korang dan penerima mesej sahaja yang paham.

Saya panggil bahasa ini bahasa "F". Jom tengok dialog bawah:

"Afa kufu tafa hufu kafa ufu afa defe skanfa dalfa defe nganfe Fahfa rinfi Ahfa Madfa"

Paham??? Okeyhlah.. Saya alih bahasa yer..

"Aku tahu kau ada skandal dengan fahrin ahmad"

Simple dan lagi mudah menaipnya bukan???

Memang tak payah cakap dahlah kalau ada blogger yang guna bahasa nie. Rasa nak sepak laju-laju pun ada gak. [sepak di komen sahaja..ngeee] Dan macam saya cakap awal awal tadi, bahasa ni kebanyakkannya diguna untuk sampaikan rahsia. Jadi adakah korang salah seorang blogger yang buat entry untuk sampaikan rahsia pada pembaca korang???

Tak!! Jadi gunakan sahaja bahasa sedia ada. Sebab takkan korang nak blogger-blogger sebaya korang jer datang blog korang?? Blogger-blogger otai [senior blogger, tapi bukan saya] tak paham bahasa tinggi korang tu tau~ Maka dengan itu, fikirlah guna hati, buat guna hati, jangan buat SESUKA HATI..

P/s: Eyh!! tersuka pulak pada ayat akhir tu. Wahhhh!!! Harap maaf kalau entry ni kasar. Saya buat supaya korang sedar yang membaca entry korang adalah human being yang dah terbiasa dengan bahasa "standard". Lepas ni jangan pergi buat kelas bahasa nie pulak. Tetiba ada tutorial kelas bahasa tinggi lak. Uiks!! Sekian terima kasih..

4 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya mmg x paham..anda blh geng dgn saya kalau bab nih haha

Nurul Mazni Sawal said...

@zoey: hahaha...boleyh2.. nanti kite geng keyh~ ngeee

Lalalatif said...

atdoiyai...bahasa 'F' 2...sy lebih rela bercakap bahasa 'F' dari menaip bahasa 'F'... Dasyat yg amat nak taip...

Nurul Mazni Sawal said...

@lala latif: tau tak per.. saya taip pun dua tiga kali betulkan.. sebab tak biasa sgt ckp bahasa tu. faham tu yer. tapi nk ckp lembap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...