January 2, 2011

SAKURA DI BUMI GERSANG

Bismillah.....
Sekadar ingatan pada keadaan genting masa lalu. 
Takkan ade siapa pun yang mungkin dapat melupakan cerita dan kisah yang pernah berlalu.
Mungkin menghakis dari minda, tapi dari hati dan kotak fikiran yang mengalaminya, cerita seakan segar dan tak dapat diluputkan. Kita juga merasai jerih perihnya.

Sekadar nukilan dan harapan saya, karya saya ini tak dicopy paste. TERIMA KASIH..

SAKURA DI BUMI GERSANG

Di malam yang hening ini, bertemankan laptop ku yang setia
Aku menaip baris kata, melemparkan luahan hati yang tidak tenang
Melihat pelbagai perkara di sekelilingku
Seakan tidak akan surut, seakan tidak mahu pergi
Tetapi ku kira semakin bertambah dan bertambah..
Dan aku pula semakin merasai ketakutan untuk terus hidup di muka bumi ini

Tetapi, tidaklah ku berani menghadap Allah Azza Wa Jala dengan keadaan yg tidak cukup ibadah buat bekalan
Tidak ku berani mengangkat muka walau untuk memohon keampunan…
Tidak ku terdaya menyatakan bahawa aku ingin hidup bahagia di syurga
Sedangkan itulah yang aku mahukan selama aku diberi nafas untuk hidup di bumi ini

Aku tidak mampu berbuat apa-apa dengan keadaan ini
Cuma doa dan harapan yang tidak putus-putus..
Mengharapkan adanya sinar cahaya buat mereka ini yang ketandusan kasih sayang
Yang kehilangan kasih yang tercinta tatkala insan lain mengulit mimpi indah
Dan terpaksa menjadi buruan walau hakikatnya berada di tanah tumpah darah sendiri!

Kenapa harus ada peperangan???
Kenapa harus ada perbalahan pendapat??
Sungguh, hati ini tidak mampu menahan melihat anak-anak kecil yang tidak bersalah
Ya!! Mereka tidak bersalah..
Tetapi kenapa meletakkan situasi masa lampau sebagai jalan mudah untuk menamatkan mereka ini??
Apakah mereka bukan manusia??
Dan adakah mereka yang membunuh ini juga bukan manusia??
Tidak ku faham mengapa ianya harus terjadi…….

Ya ALLAH…
Aku hanya mampu merintih padaMu, mengharapkan ada sinar buat mereka
Mengharapkan ada harapan untuk mereka..
Berikan mereka kekuatan… Kerana aku sendiri yakin, di jiwa mereka sudah tertanam satu benteng kekuatan yang kukuh
Tidak lut dek peluru
Tidak gentar dek serangan…..

Ya ALLAH, semoga aku juga mampu jadi sekuat mereka..

Istimewa buat warga Gaza dan Sukarelawan yang membantu Gaza



Anak-anak kecil yang tidak bersalah ini mengapa harus menjadi mangsanye?
Semoga kita menjadi lebih kuat dan tidak terburu-buru sebelum membuat keputusan yang bukan-bukan.
Akibatnya orang lain yang menjadi mangsa.
Innalillah dan Al-Fatihah buat warga Palestin yang terbunuh dalam peperangan ini.
Assalamualaikum.. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...