May 3, 2010

Dalam Rokok Ada Babi???!!!

Korang jangan terkejut keyh?? ini memang tajuk yang benar.. saya terbaca artikel ni di dalam majalah EH! Mei 2010, cover magazine: Dato' Siti Nurhaliza.
dalam ruangan EH! yang hangat, ada beberapa artikel yang menarik termasuklah pengakuan dari Angelina Jolie mengenai kehidupannya selepas bergelar ibu dan juga mengenai AIM-17...tetapi!!!ada satu lagi artikel yang sangat menarik perhatian saya iaitu............... ROKOK ADA BABI!
what!!!!biar btul??? dalam artikel ini sendri mengatakan bahawa Profesor Simon Chapman, daripada Universiti Sydney mendakwa bahawa di puntung rokok terdapat haemoglobin babi. ia dikatakan medium saringan nikotin paling efektif sebelum asap memasuki paru-paru.
menurut beliau lagi, penggunaan haemoglobin babi di dalam penapis rokok adalah salah satu daripada 185 kegunaan industri babi yang telah dikenalpasti oleh penyelidik Belanda.

urmmmmm....ini mungkin membuatkan perokok-perokok tegar di luar sana untuk berfikir seribu kali sebelum membeli rokok. kerana kat artikel ini sendiri bulat-bulat menyatakan bahawa rokok mengandungi babi. Islam sendiri ada menyatakan bahawa rokok itu haram, ditambah pula dengan kenyataan di dalam artikel ini bakal menguatkan lagi kenyataan yang harus diterima oleh perokok-perokok tegar bahawa jelas lagi bersuluh terang [tak tau kalau nak suluh pakai lampu suluh pulak] yang rokok itu diklasifikasikan sebagai HARAM!!!!!

Jadi nasihat saya kat sini, berfikirlah sebelum membeli.. kuasa ada di tangan anda.. kuasa yang ada tulah bakal menentukan bahawa anda akan menderita kesakitan atau tidak. bagi saya, semua orang tahu keburukan yang ada pada rokok mengatasi kebaikannya. kalau ada kebaikan, sila lah jelaskan dan senaraikan untuk saya dan kita bandingkan sama-sama ok?

akhir kata
Tepuk dada, tanya selera. kalau selera anda demand nyer masih pada rokok, terpulang! mungkin artikel ini tidak cukup kuat lagi untuk meyakinkan anda.
Salam sayang dari Nurul Mazni! Muahhhhhhhhh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...